Ahad, 27 Januari 2013

SPONGE MIX BLUEBERRY CAKE

Salam bahagia buat  semua...
Saya bercuti selama empat hari bermula hari  ini.Semalam  buat sebiji kek span demi untuk menghabiskan baki tepung sponge mix yang dah lama di buka.Kek yang simple sahaja dan di lapisi oleh krim putar dan blueberry filling.he..hee blueberry filing saya berbintil-bintil kerana tidak di kacau dengan betul...
SPONGE MIX BLUEBERRY CAKE
Sumber:kelas kek Sweetberry

Bahan-bahan
vanila sponge mix

  • 250 gm tepung sponge mix
  • 5 biji telur B
  • 75 ml air
  • 75 ml minyak masak
Cara membuatnya
  • Putar semua bahan sehingga kembang kecuali minyak.
  • Mula-mula putar dengan speed rendah kemudian tukar ke speed tinggi selama 5 minit.
  • Lepas 5 minit tukar ke medium speed selama 1 minit.
  • Kemudian perlahan-lahan masukkan minyak masak,kacau sebati.Masukkan ke dalam loyang 9 inci yang telah di lapisi baking sheet.
  • Kek ini juga boleh di bahagi dua adunannya di bakar berasingan untuk mendapatkan dua biji kek yang nipis jika tidak mahu memotongnya kepada dua lapisan apabila masak kelak selama 15-minit.
  • Bakar selama 30-35 minit(untuk 1 adunan kek) pada suhu 180'C sehingga masak.
  • Apabila masak sejukkan dahulu sebelum di letak topping.

Topping
*guna golden peak non diary whipping cream

  • Putar sehingga stiff peak menggunakan high speed .
  • Ambil blueberry fillling campur sedikit air dan kacau sebati .
Cara melapis kek
  • Kek di bahagi dua lapisan,dan di lapis krim putar sehingga rata seluruh permukaan kek.
  • Letakkan blueberry filling di atas krim putar dan lapis dengan sekeping kek lagi.
  • Sapukan seluruh permukaan kek dengan krim putar dan letakkan sedikit lagi blueberry filling di atas permukaan kek.
  • Gunakan nozzle pilihan masing-masing untuk menghias kek mengikut kreativiti sendiri.
  • Setelah siap masukkan ke dalam peti sejuk.Kek ini sedap di makan sejuk.  

Jumaat, 25 Januari 2013

IKAN KELI GORENG BERLADA

Salam bahagia buat semua..
Ikan keli goreng adalah salah satu dari ikan yang menjadi kesukaan saya.Sedap di goreng garing dan dimakan bersama nasi putih.Sedap juga di buat gulai lemak kuning bersama daun kesum.Untuk membuang bau  ikan air tawar ini basuhlah ia dengan tepung gandum,kalau tidak susah untuk menyiangnya kerana ia licin.

IKAN KELI GORENG BERLADA
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan keli
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • sedikit  belacan *
  • 5 tangkai cili kering *
  • 1 ulas bawang besar *
  • 2 cm halia*
  • 2 batang serai *
  • 2 ulas bawang putih *
  • garam dan gula secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya
  • Kisar semua bahan bertanda *
  • Lumurkan ikan keli yang telah di bersihkan dengan garam dan kunyit .
  • Kemudian di goreng garing.
  • Panaskan kuali dan tumis bahan kisar * hingga naik bau.Tambahkan sedikit gula dan garam.
  • Masukkan ikan keli yang telah di goreng dan gaul sebati.

Khamis, 24 Januari 2013

APAM BALIK

Salam bahagia buat semua...
Bestnya dapat makan Apam balik yang di buat sendiri.Biasanya di beli kat pasar malam sahaja.Tetapi oleh kerana anak-anak sukakannya saya cuba membuatnya pula setelah jumpa resepi yang mudah ini kat dapur ibundo.Oleh kerana teruja membuat sendiri letak intinya banyak sikit sampai meleleh keluar kat tepi-tepinya.Teksturnya lembut dan tidak rangup.Walaupun tak sesedap yang di buat kat kedai tapi puas hati dapat makan Apam balik yang intinya banyak!...

APAM BALIK
Sumber:  Norzailina Nordin. (Belajar memasak langkah demi langkah)
               dapur ibundo.blogspot
 
Bahan-bahan
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh yis segera
  • 35 gm gula kastor
  • 20 ml air suam
  • 2 biji telur
  • 50 ml minyak masak
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh air
  • garam secukupnya

Bahan tabur

  • 100 gm kacang goreng
  • 50 gm gula kasar
  • 100 gm jagung berkrim
Cara membuatnya
  • Campurkan gula kastor, garam dan tepung gandum.
  • Masukkan yis dan kacau rata
  • Tuangkan telur dan minyak masak. Gaul sebati.
  • Tambah air dan pukul sebentar.
  • Satukan soda penaik dan air. Tuang ke dalam adunan dan kacau lagi  sehingga sebati.
  • Tutup adunan dan biarkan selama 1/2 jam.  Kacau bila mahu digunakan.
  • Panaskan kuali leper.Lenser dengan sedikit minyak.Ambil sesenduk adunan dan ratakan di dalam kuali.
  • Bakar atas api perlahan sehingga berlubang-lubang.Taburkan gula pasir, kacang tanah yang telah ditumbuk kasar dan jagung berkrim.
  • Bila masak, lipat dua dan angkat.

GULAI UDANG bersama REBUNG JERUK

Salam bahagia buat semua..
Hari ini saya hidangkan satu lagi masakan kesukaan saya iaitu Gulai udang bersama Rebung jeruk.Kebanyakkan orang tidak suka akan Rebung jeruk mungkin kerana baunya.Tapi..I like!!terutama jika di campur dengan bahan lain semasa membuat apa-apa gulai masakan.

GULAI UDANG BERSAMA REBUNG JERUK
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 2 batang kecil rebung jeruk-potong bulat
  • 15 ekor udang - dibersihkan
  •  santan secukupnya
  • 1 keping asam gelugor
  • garam dan gula secukup rasa
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 3 tangkai cili kering
Cara membuatnya
  • Kisar halus bawang merah,bawang putih,kunyit hidup , dan cili kering.
  • Satukan santan,rebung jeruk, asam gelugor dan bahan kisar halus ke dalam periuk,kacau rata.
  • Bila mendidih masukkan udang.
  • Perasakan dengan garam dan sedikit gula, kacau dan masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu.
  • Sesuaikan rasanya.Bila masak bolehlah di hidangkan.

Rabu, 23 Januari 2013

MAULIDUR RASUL

 Salam bahagia buat semua..

Selawat dan selamat sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.24 Januari 2013 bersamaan dengan 12 Rabiulawal Nabi Muhammad di lahirkan pada tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masehi.

AMANAT TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W KEPADA KITA

" Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendakku katakan.
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu kamu selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan ia kepada orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kami kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun supaya orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu pasti akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah mengharamkan riba mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah pada Ramadhan, dan tunaikanlah zakat daripada harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. 
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah tidak seorang pun yang lebih mulia daripada yang lainnya terkecuali dalam takwa dan amal soleh.
Ingatlah kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang kamu kerjakan. Oleh itu, awaslah supaya jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku. Dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain dan yang lain menyampaikannya pula kepada orang lain.
Semoga orang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang mendengar terus daripadaku. Saksikan ya Allah, bahawasanya aku sampaikan risalah-Mu kepada hambanya."
(TERKANDUNG DALAM KHUTBAH NABI YANG TERAKHIR DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ARAFAH PADA 9 ZULHIJAH TAHUN 10 HIJRAH).

AYAM GULUNG BAYAM

Salam bahagia buat semua...
Selamat bertemu kembali di disini.Sudah sepuluh hari tidak bersiaran kerana mengalami masalah gangguan internet.Pada mulanya saya bertangguh dan tangguh lama-lama saya pun stress tak dapat nak menulis. Terpaksalah hubungi TM service kat talian 100.Selepas dua pekerjanya datang ke rumah barulah semuanya pulih.Harap-harap tiada lagi masalah selepas ini.Alangkah bagusnya jikalau macam kat Korea satu negara ada internet.
Resepi untuk hari ini adalah Ayam gulung bayam.Sedap di makan bersama sos pilihan.Resepi yang amat simple.

AYAM GULUNG BAYAM
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 2 keping dada ayam
  • beberapa helai daun bayam hijau
  • serbuk lada hitam
  • serbuk lada sulah
  • minyak zaitun/minyak masak
  • sedikit garam
  • daun salad
Cara membuatnya
  • Potong nipis dada ayam ,letak di antara dua helai plastik wrap dan ketuk supaya ia jadi menipis dan lebar.
  • Alaskan beberapa helai daun bayam dan mula menggulung dengan kemas.Ikat dengan benang di tiga bahagian iaitu di kedua-dua  hujung dan tengahnya.
  • Perasakan dengan serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam serta sedikit garam.Biarkan seketika.
  • Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali non-stick dan goreng gulungan dada ayam di kedua-dua belah sehingga masak. 
  • Selepas masak buka benang yang mengikat ayam tadi dan potong serong.
  • Hidangkan bersama sos cili thai yang di campur bersama kicap manis dan daun salad.Boleh juga di makan bersama sos lada hitam.   
cerita tentang ayam gulung..
Kebiasaannya kita memanggil chicken roll atau ayam gulung.Selain kelazatannya,ayam gulung menampilkan 
keistimewaan di mana ia boleh di padukan dengan berbagai bahan lain.Contohnya gulungan yang di kombinasikan dengan daging atau sayuran lain.
Proses memasak gulungan di lakukan dengan pelbagai cara,di kukus,di bakar dan goreng.Untuk yang di goreng,gulungan memerlukan lapisan seperti putih telur atau serbuk roti supaya ayam tidak menjadi kering dan keras.

Ahad, 13 Januari 2013

KEK CAWAN DURIAN


Salam bahagia buat semua...
Hari ni saya bercuti,pagi-pagi lagi masuk dapur nak buat beberapa resipi dalam senarai menunggu.Saya buat puding,kek,ais krim dan masak tofu serta goreng ikan.Esok dah mula bekerja jadi tak dapatlah lama -lama berada di dapur.Dah tengahari barulah siap kesemuanya,rehatkan diri sekejap sementara menunggu untuk mengambil anak pulang dari sekolah pula.Cuti sehari rasa macam separuh hari sahaja! betapa cepatnya masa berlalu...tapi saya rasa lega sebab dapat release tension dengan memasak.
Resepi asal Kek durian ini bukannya di letak ke dalam acuan kek cawan.Saya telah membakarnya di dalam acuan kek cawan supaya anak-anak saya tertarik untuk memakannya.

KEK CAWAN DURIAN
Sumber:Kak Besah@My Resepi

Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh ovalette
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 3 ulas isi durian(lebih kurang 1/2 cawan)
  • 1 cawan susu segar
  • secubit garam
  • sedikit almond nib-untuk hiasan    saya tambah

Cara membuatnya
  • Masukkan gula,susu segar,isi durian,minyak masak,ovalette dan telur ke dalam pengisar/food processor.Blend hingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bikarbonat dan garam sedikit demi sedikit sambil di kisar perlahan-lahan.
  • Sapu loyang dengan minyak dan alas dengan baking paper.Tuangkan adunan ke dalam acuan kek cawan atau loyang ,taburkan almond nib dan bakar pada suhu 170'C sehingga masak.

SIEW PAK CHOY and MINCED CHICKEN

Salam bahagia buat semua...
Hari ini masak sayur lagi,hari-hari mesti kena masak sayur.Kalau tak ada sayur kat meja makan,tak ada seleralah si dia tu makan nasi.Siew pak choy kalau simpan lama-lama dalam peti sejuk ia cepat rosak kerana ia sejenis sayuran berdaun hijau.
Saya paling suka makan siew pak choy yang di celur, kemudian di tambah dengan lain-lain bahan di atasnya dan pada kali ini saya meletakkan daging ayam cincang.Satu gabungan yang sesuai dan sedap.

SIEW PAK CHOY AND MINCED CHICKEN
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 2 ikat siew pak choy
  • 1/2 isi dada ayam-cincang halus
  • 5 ulas bawang putih-cincang
  • 1/2 labu bawang besar-hiris nipis
  • 1 biji lada hijau-hiris halus
  • 1 biji lada merah-hiris halus
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu teh air perahan limau nipis
  • sos ikan dan gula secukup rasa
  • sedikit bawang goreng untuk taburan atas sayur
Cara membuatnya
  • Panaskan air dan celur sayur sekejap.Masukkan ke dalam air sejuk dan toskan.Tujuannya supaya sayur tidak menjadi terlalu masak dan juga untuk mengekalkan warna hijaunya.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih cincang sehingga naik baunya.
  • Masukkan sos tiram,sos cili dan ayam cincang.Gaul rata dan goreng sekejap lagi.
  • Tambahkan serbuk lada hitam,sos ikan dan gula secukup rasa.Tambahkan lada hijau dan lada merah serta air perahan limau nipis.
  • Masak sebentar lagi dan bolehlah di angkat.
  • Susunkan sayur di dalam pinggan dan curahkan ayam cincang di atanya.Taburkan bawang goreng di atasnya dan sedia untuk di hidangkan.

Jumaat, 11 Januari 2013

AIS KRIM GORENG



Salam bahagia buat semua..
Minggu lepas saya ada membeli dua bekas ais krim cadangnya nak buat ais krim goreng yang dah lama saya idamkan dan ingin merasa sendiri kesedapannya.Setelah berjaya membuatnya,memang betul..ia memang sedap!.Tak sempat saya nak ambil beberapa keping yang telah siap di goreng,semuanya di makan oleh anak-anak dengan begitu cepat sekali.Tinggal dua ketul ni,mujur sempat posing!

AIS KRIM GORENG
Sumber:1001 resepi.blogspot

Bahan-bahan
roti,ais krim perasa pilihan
cutter /gelas dan penyembur air/botol spray air

Cara membuatnya
  • Mula-mula ambil 2 keping roti.Kemudian semburkan sedikit dengan air di atas permukaan roti.Jangan sampai basah.
  • Ambil satu scoop ais krim,letakkan di atas sekeping roti di tengah-tengah.Telangkupkan roti yang sekeping lagi ke atasnya(1).
  • Tekan sedikit di sekeliling roti(2).Ambil cutter/gelas dan tekapkan ke atas dua keping roti tersebut sehingga roti terpotong dan jadi bentuk bulat(3),(4) dan (5).
  • Buatlah beberapa keping sebanyak yang di inginkan.
  • Masukkan ke dalam bekas/beg plastik sesuai  dan simpan di dalam freezer selama 3 jam.Saya simpan semalaman(6).
  • Panaskan minyak untuk menggoreng tenggelam.Bila minyak sudah panas,keluarkan ais krim dari freezer dan goreng sekejap dengan api yang sederhana.
  • Goreng sekejap sahaja sampai kekuningan.Angkat dan toskan.Sedia untuk di makan.
 

PIKNIK @ LATA TEMBAKAH



Hutan Lipur Lata Tembakah merangkumi kawasan seluas 300 hektar dan terletak kira-kira 24 km dari Jerteh dan 130 km dari Bandar Kuala Terengganu.Kawasan Hutan Lipur Lata Tembakah merupakan sebuah hutan hujan tropika yang dikelilingi oleh hutan simpan kekal pelagat.Kawasan ini mula dimajukan sekitar tahun 1987 dan menjadi tarikan pengunjung-pengunjung dari dalam dan luar negeri.
Demi memenuhi permintaan Azim yang sudah lama ingin pergi berkelah,maka saya dan kakak sekeluarga telah pergi berkelah ke air tejun Lata Tembakah pada Jumaat yang lepas.Saya yang tidak suka mandi di mana-mana tempat perkelahan telah menjadi tukang ambil gambar dan tukang barbeku  dan juga tukang makan!.
Seronok betul budak bertiga tu mandi.Agaknya sebab sudah hampir dua tahun saya tidak pergi berkelah kerana  masa yang tidak mengizinkan serta anak-anak yang sibuk dengan kelas sekolah dan tuisyen pada setiap hujung minggu.Waktu pulang ketiga-tiga mereka telah tertidur di dalam kereta dek keletihan mandi air terjun!.