Rabu, 13 Mac 2013

PUDING JELI PIC


As-Salam buat semua...

Puding Jeli Pic ini resepinya saya kongsikan di sini dari hasil tangan CT Delima yang tersiar di dalam Majalah Saji .Rasa puding ini yang lemak manis dan macam biasalah ia sedap di makan sejuk-sejuk dalam cuaca yang panas begini.Ter-acccident pula sewaktu melapis bahagian bawah di mana lapisan jeli telah tercampur dengan lapisan susu.Sepatutnya lapisan atas cuma kelihatan warna hijau jeli sahaja.Macam biasalah,orang kata sudukan perlahan-lahan,saya pula sudukan dengan lajunya.Namun ia tidak menjejaskan rasanya.Cubalah buat,ia sedap sangat!
PUDING JELI PIC
Sumber:CT Delima-Majalah Saji Mac 2013

Bahan-bahan jeli
3 sudu makan serbuk jeli
100 gm .gula pasir
400 ml air
pewarna hijau secukupnya

Bahan puding
1 bungkus serbuk agar-agar
100 gm gula pasir
250 gm .buah pic dalam tin-kisar halus
700 ml.susu cair

Bahan hiasan
100 gm.buah pic-potong dadu

Cara membuatnya
  • Basahkan acuan pilihan dan taburkan buah pic yang di potong dadu ke dalamnya.Ketepikan.
untuk membuat jeli
  • Satukan gula pasir,serbuk jeli dan air di dalam periuk.Masukkan pula pewarna hijau dan kacau perlahan-lahan dengan api sederhana sehinga mendidih.Angkat.
  • Seterusnya sudukan jeli ke dalam acuan tadi dan biarkan jeli mengeras sedikit.
untuk puding pula
  • Satukan gula pasir,serbuk agar-agar dan susu cair ke dalam periuk.Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa sehingga mendidih.
  • Masukkan buah pic  yang di kisar tadi dan kacau rata.Angkat.
  • Akhir sekali,sudukan adunan puding perlahan-lahan ke dalam acuan berisi jeli tadi.Biarkan puding suam dan sejukkan di dalam peti sejuk.
  • Sedia untuk di hidangkan.



Ahad, 10 Mac 2013

KEK KUKUS KEJU OREO


As-Salam buat semua...

Hari ini saya entrikan resepi Kek kukus keju oreo dari Azlita yang tersiar di dalam Majalah Saji.Kebetulan bahan-bahan yang di perlukan semuanya ada di dapur ,lalu saya terus cuba membuatnya.Sedap juga bila dimakan bersama secawan nescafe panas.Kek ini sedap di makan sejuk.
Keistimewaan kek ini adalah dari rasa gabungan oreo dan nescafe yang enak dan harum baunya.


KEK KUKUS KEJU OREO
Sumber:Azlita masam manis-Majalah Saji Mac 2013

Bahan-bahan
110 gm .tepung naik sendiri
100 gm gula kastor
250 gm krim keju
160 ml. susu cair
10 keping biskut oreo-di kisar
4 biji kuning telur
4 biji putih telur
1 sudu makan coklat emulco
1 1/2 sudu teh serbuk nescafe segera
1 sudu teh esen vanila

 Cara membuatnya
  • Pukul krim keju bersama separuh gula kastor sehingga lembut.
  • Kemudian masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan di pukul terus.
  • Setelah itu masukkan tepung naik sendiri dan susu cair secara berselang seli dan di kacau rata.
  • Masukkan pula esen vanila dan di gaul sempurna.Ketepikan.
  • Di dalam bekas berasingan,pukul putih telur sehingga kembang.Masukkan pula baki gula kastor dan pukul lagi sehinga kental dan kaku.
  • Masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan krim keju dan kaup balik sempurna.
  • Seterusnya masukkan baki telur selebihnya dan kaup balik rata.
  • Ambil 1/3 adunan dan letakkan pes nescafe dan coklat emulco.Kacau rata.
  • Sediakan loyang berukuran lapan inci yang telah di alas dengan kertas kek dan di sapukan mentega.
  • Tuangkan separuh adunan putih dan ratakan.
  • Setelah itu masukkan separuh adunan nescafe dan ratakan.
  • Taburkan pula biskut oreo secukupnya.
  • Ulangi langkah sehingga adunan habis.
  • Akhir sekali tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama sejam.
  • Sejukkan dan sedia untuk di hidangkan.
*bancuhkan serbuk nescafe dengan sedikit air suam untuk di jadikan pes.

Sabtu, 9 Mac 2013

TOM YAM CAMPUR

As-Salam buat semua...

Hari ini masak Tom yam yang ringkas sahaja kerana sudah lama tidak membuat hidangan yang berkuah.Tujuannya nak habiskan bahan-bahan yang sudah  lama berada dalam peti ais.Itu pun masih berbaki lagi kerana saya hanya masak untuk 3 orang sahaja.Anak-anak tak makan Tom yam ni sebab mereka tak makan hidangan berkuah kecuali  kuah gulai ayam/daging sahaja.

TOM YAM CAMPUR
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 8 ekor udang
  • 2 ekor sederhana besar
  • 1/2 isi dada ayam
  • 2 kiub pati tom yam/2 sudu besar pes tom yam
  • 4 helai daun limau purut
  • 3 biji bawang putih-di ketuk 
  • 1/2 biji lada benggala hijau
  • 1 batang karot kecil
  • 5 biji cili padi-diketuk
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2 batang serai-diketuk
  • jus limau nipis
  • air secukupnya
  • garam/gula secukup rasa
*Boleh di tambah sayuran kesukaan.
 
Cara membuatnya
  • Masukkan bawang putih serta bawang besar dalam periuk dan tambahkan air secukupnya untuk kuah tom yam.Tambahkan kiub pati tom yam.
  • Masukkan karot ,cili padi dan daun limau purut serta serai dan renehkan sehingga ia mendidih.
  • Tambahkan sotong,ayam dan udang.Bila semua bahan masak masukkan lada benggala,jus limau nipis,garam dan gula secukup rasa.

Jumaat, 8 Mac 2013

ICE CREAM CONE CAKE


As-salam buat semua...

Hari ini entri cone cake pula.Kek mentega yang di olah resepinya di dalam kon ais krim supaya menarik minat anak-anak untuk memakannya.Ia seolah-olah seperti ais krim sahaja.Warna-warna dan hiasan untuk kek boleh di ubah suai mengikut kreativiti sendiri.Nak sangat buat kek ni,kon ais krim yang sepatutnya flat bottom,saya gunakan juga yang hujungnya tirus,cuma yang ni sahaja ada kat dapur.Pandai-pandai la adjust masa nak membakarnya supaya tidak terbalik.
ICE CREAM CONE CAKE
Sumber:Scent of kitchen

#12 flat bottom kon ais krim
Bahan-bahan
115 gm.mentega-suhu bilik
115 gula kastor
125 gm .tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil baking powder
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Bahan lain
1/2 sudu kecil pewarna dan perasa strawberi
1 sudu kecil coklat emulco
buttercream/whipping cream
*boleh juga guna pewarna atau perasa kesukaan

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 175'C.
  • Sediakan acuan muffin yang di lapik dengan aluminium foil di dalamnya dan masukkan kon ais krim.Ini supaya kon tidak jatuh bila di masak didalam oven.
  • Satukan semua bahan kek dan putarkan dengan kelajuan sederhana lebih kurang 5 minit.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama rata dan masukkan pewarna merah dan perasa strawberi.Manakala satu lagi masukkan coklat emulco(saya biarkan adunan plain sahaja).Gaul sebati.
  • Jika nak senang,masukkan adunan ke dalam piping bag dan pancitkan berselang-seli ke dalam kon sehingga 3/4 penuh.
  • Bakar sehingga 20 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.Biarkan seketika di dalam oven selama 5 minit dan sejukkan di luar.
  • Hiaskan dengan buttercream atau krim putar mengikut kreativiti sendiri.

Khamis, 7 Mac 2013

KERABU SOTONG

Salam bahagia buat semua..

KERABU SOTONG
Sumber:Buku sajian tradisi Chef Wan

Bahan-bahan
500 gm sotong
2 biji mangga hijau-di kupas dan hiris halus
60 gm udang kering-digoreng
10 ulas bawang merah-hiris halus
2 batang serai -hiris halus
2 helai daun limau purut-hiris halus
15 tangkai daun pudina  saya ganti dengan daun ketumbar
8 biji cili padi-hiris halus   saya ganti dengan lada merah besar
6 sudu besar sos ikan/secukup rasa
6 sudu besar gula melaka-di parut
3 ulas bawang putih-dicincang
2 sudu besar bijan-goreng tanpa minyak  tak letak
2 biji limau nipis-ambil jusnya
1 biji tomato-buang biji dan potong nipis   saya tambah

Cara membuatnya
  • Cucikan sotong dan buang hitamnya.Kemudian rebus sehingga masak dan tuskan.Sejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk.
  • Masukkan kesemua bahan termasuk sotong ke dalam mangkuk dan gaulkan sehingga sebati dan secukup rasa yang diinginkan.
  • Letakkan di atas pinggan dan bolehlah di hidangkan.

Rabu, 6 Mac 2013

AYAM KUKUS LADA HITAM

Salam bahagia buat semua..

Hari ini  saya nak entrikan satu lagi resepi sihat untuk diet dan juga untuk orang yang berpantang iaitu Ayam rebus lada hitam.Resepinya saya olah dari Majalah Saji.Saya gandingkan ayam rebus ini dengan brokoli dan salad Romaine serta sos lada hitam berbawang.Ayat powernya ,tak makan nasi pun tak apa(untuk 3-4 jam pertama!),makan ayam ni pun dah kenyang sangat-sangat!

AYAM KUKUS LADA HITAM
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
1 keping dada/paha ayam-buang tulang
4 cm halia -hiris kasar
1 sudu besar lada hitam-tumbuk kasar
400 ml.air
sedikit garam

Bahan sos
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar mentega
1 labu bawang besar -cincang
2 cawan air
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar lada hitam-tumbuk kasar
sedikit garam dan gula

Cara membuatnya
  • Untuk membuat ayam rebus,didihkan air,masukkan hirisan halia dan lada hitam.Reneh seketika sehingga naik bau.(Saya mengukus ayam ini).
  • Kemudian masukkan kepingan ayam dan sedikit garam.Reneh seketika sehingga daging ayam sedikit empuk.
  • Saya toskan ayam ini dan panggang sekejap dengan minyak zaitun.
Untuk membuat sos lada hitam
  • Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang.
  • Masukkan bawangbesar,tumis sehingga wangi.Tuangkan air dan masukkan pula sos cili dan kicap pekat.Kacau sebati.
  • Selepas itu masukkan pula lada hitam, garam dan gula secukup rasa.Apabila sudah mendidih masukkan pula tepung jagung yang sudah di bancuh dengan sedikit air.Kacau sehingga kuahnya sedikit pekat.Tutup api dan ketepikan.
  • Hiaskan mengikut kretiviti anda dan hidang dengan sos lada hitam berbawang.Saya menambahkan sayur brokoli,tomato yang di celur sekejap dan di makan bersama salad Romaine.

Selasa, 5 Mac 2013

MAIN MASAK-MASAK...


Salam bahagia buat semua..

Saya ingin kongsikan di sini kelas memasak Chinese food yang di hadiri oleh saya dan Sr.Jaa,Kak Timah dan Tini oleh Rusdi Muhammed yang di adakan pada 2/3/13 yang lepas.Dee telah mengajar kami semua-ibu-ibu yang suka memasak ni sebanyak 5 jenis masakan Chinese food.Berbaloi-baloi!..
Inilah dia cikgu memasak kami yang hensem and sweet pada hari tu..Dee dan pembantunya Da.Inilah kali pertama saya masuk kelas memasak,selalunya kelas baking sahaja.Banyak tip-tip masakan yang di ajar oleh Dee yang tidak lokek ilmu memasaknya.Terimakasih untuk Dee yang sudi mengajar kami dalam keadaan cuaca yang panas pada hari itu.Berpeluh-peluh cikgu masak kita!
Resepi pada hari tu adalah Butter prawn special.Siap sekali dengan tip bagaimana cara nak buat juraian telur supaya betul-betul menjadi dan yang penting sekali ia sedap!.
Ini pula di tunjukkan cara nak buat Sizzling beancurd with chicken meat.
Resepi yang terakhir pada hari itu ialah Kerabu daging Thai sauce special.5 jenis resepi Chinese food yang di pelajari pada hari itu adalah-
  • Deep fried boneless chicken with Lemon sauce
  • Deep fried seabass with Nyonya sauce
  • Sizzling beancurd with Chicken meat
  • Butter prawn special
  • Kerabu daging Thai sauce special
Inilah sahaja sebahagian dari gambar-gambar yang sempat saya ambil pada hari itu.Terimakasih semua..kalau ada lagi kelas masak,saya pasti akan datang lagi!.Dan kepada sesiapa yang ingin belajar masak dengan Dee bolehlah add beliau di facebook Rusdi Muhammed.

DAGING MONGOLIA

 Salam bahagia buat semua..

Resepi untuk hari ini adalah Daging mongolia/Mongolian beef yang pada kali pertamanya di makan semasa dinner  kat Restoren Thai-Keng som.Pada mulanya saya tidak tahu bagaimana rasanya.Waiter mencadangkan supaya kami makan Daging mongolia kerana rasanya sedap.Memang betul seperti apa yang di beritahu olehnya.Anak-anak saya sukakannya.Kali ini saya cuba membuatnya lagi di dapur sendiri dengan versi saya dan di olah dari resepi yang saya jumpa semasa blog walking.

DAGING MONGOLIA
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan

250 gm daging-hiris nipis
1/2 cawan tepung jagung
4 sudu besar kicap manis
*perapkan daging dengan bahan di atas

1 labu bawang bombay-hiris nipis
3 ulas bawang putih-cincang
2 cm halia-cincang
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 biji lada merah-potong nipis
sedikit bunga kubis-potong kecil
beberapa tangkai daun bawang-potong panjang
1/2 sudu besar serbuk lada putih
2 sudu besar gula/secukup rasa
2 sudu besar mentega 
garam secukup rasa/jika perlu
1 cawan minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya 
  • Perap daging selama 1/2 jam.
  • Panaskan minyak  di dalam kuali dan goreng daging tadi hingga hampir masak dan angkat.Ketepikan minyak lebihan.
  • Gunakan mentega dan tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau.
  • Masukkan kesemua sos  dan daging yang telah di goreng tadi serta bunga kubis.
  • Tambahkan serbuk lada putih dan gula- secukup rasa dan garam -jika perlu (daging ini rasanya manis sedikit).
  • Akhir sekali masukkan bawang besar,daun bawang dan lada merah.Gaul rata kesemuanya.
  • Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Sabtu, 2 Mac 2013

JELLY SUSU

Salam bahagia buat semua..

Saya bersiaran lagi kali ini dengan tayangan percuma puding pula.Dah lama tak  buat puding,kerana cuaca yang sentiasa hujan membuatkan tekak tidak teringin untuk makan makanan sejuk.Tapi sekarang dengan cuaca yang panas terik ni sedapnya makan puding yang sejuk-sejuk ni.Puding yang saya buat ini ringkas sahaja mengikut bahan yang ada kat dapur.

JELLY SUSU
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan

15 biji sumi jelly
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
300 ml.air
sedikit garam
10 biji buah strawberry kecil-potong dua
2 sudu besar jus pekat oren sunquick

Cara membuatnya
  • Campurkan susu cair,susu pekat,air dan sedikit garam ke dalam mangkuk besar.Susu pekat manis boleh di tambah ikut kemanisan yang di inginkan.Kacau rata.
  • Tambahkan jus sunquick,jelly sumi dan buah strawberry.Sejukkan di dalam peti ais sebelum di makan.Ia sedap di makan sejuk
*Boleh di tambah pelbagai buah lain yang di sukai.

PIZZA PARATHA

Salam bahagia buat semua..

Teringin sangat nak makan pizza tapi tak ada doh pizza(nak menguli tepung..malas!),saya menggunakan paratha yang telah sedia ada sejak sekian lama di dalam peti sejuk.Untuk ke sekian-sekian kalinya(entah le ayat apa ni!) saya dapat makan pizza yang mempunyai base yang garing di bawahnya.Anak-anak makan dengan cepat sekali!.

PIZZA PARATHA
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
3 keping paratha 

Bahan intinya 

1 tin kecil nenas kiub-potong nipis
250 gm daging ayam cincang/minced chicken
5 sudu besar sos prego tradisional
3 ulas bawang putih-cincang
1 labu bawang besar-cincang/potong kiub kecil
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar saus manis abc
garam secukup rasa
keju parut Mozarella secukupnya

Cara membuatnya 
  • Keluarkan paratha dari tempat frozen,letakkan di dalam loyang yang telah bersapu marjerin.Biar sekejap dan kemudian sapu dengan sos prego di seluruh permukaannya.
  • Panaskan minyak di dalam kuali.Tumiskan bawang putih dan bawang besar cincang hingga naik baunya.
  • Masukkan kesemua sos dan gaul rata.Tambahkan daging ayam cincang dan sedikit air dan biarkan mereneh hingga ayam masak .
  • Tambahkan serbuk lada hitam,saus manis abc dan garam secukup rasa.Bila nampak inti hampir kering,bolehlah di angkat.
  • Panaskan oven dan bakar sekejap paratha tadi dalam 8-10 minit.
  • Keluarkan dari oven dan letakkan inti ayam rata-rata di atasnya.Taburkan nenas dan keju Mozarella sebanyak mana yang di inginkan.
  • Bakar semula di dalam oven hingga paratha garing di bahagian bawahnya dan keju mencair .
  • Keluarkan dari oven dan potong lapan ketika masih panas.Bolehlah di hidangkan.