Sabtu, 1 Februari 2014

KEREPEK NGAKU

 As-Salam buat semua..
Ngaku,Sengkuang cina,Arrow head adalah tiga nama ynag menggambarkan benda yang sama.Sana-sini kawan-kawan dok post Kerepek Ngaku hingga saya jadi teruja untuk mencubanya.Kerepek ini habis sebelum matahari timbul keesokkan harinya!Saya selalu nampak ubi ini kat pasaraya time nak Chinese New Year,time lain tak ada,tapi tak pernah nak kisah tentangnya.Time raya cina sesuailah postkan resepi Kerepek Ngaku di sini.
Bila semua orang dok cakap sedap dan rangup,akhirnya saya membeli beberapa biji ngaku,saja nak rasa.Ada sorang uncle cina kat sebelah saya siap cakap"saya tak tau la melayu makan ini macam mana"he..hee malunya!.uncle tu cakap dia selalu makan ngaku yang di goreng bersama ayam dan daging.Kalau kenal, dah saya bagi kerepek ngaku kat uncle tu sikit biar dia rasa,sedapnya kerepek ni-tak serap minyak,tak letak apa-apa perisa pun sedap,rasa macam potato chips pula!dan yang bestnya ia krupppp..krapppp..

KEREPEK NGAKU
Sumber:My small kitchen.thanks Hazila

Bahan-bahan
ngaku secukupnya
air garam
minyak untuk menggoreng terendam

Caramembuatnya 
  •  Ngaku dikupas, cuci, hiris nipis/slicing dan ketepikan
  • Sediakan satu bekas yang sesuai. Masukkan air dan 1 sudu makan garam kasar.
  • Kemudian kupas buah ngaku  dan hiris nipis ke dalam bekas yang mengandungi air garam tadi. Bila semua sudah di hiris,  biarkan seketika kemudian basuh dengan air.
  • Kemudian panaskan minyak, masukkan secubit garam kasar ke dalam minyak dan biarkan hingga minyak panas.Masukkan hirisan buah ngaku ke dalam minyak kemudian kacau perlahan- lahan supaya hirisan buah ngaku tidak melekat.
  • Balikkan beberapa kali sehingga warna kerepek keperangan.
  • Toskan minyaknya dna simpan di dalam bekas kedap udara.
Semasa anda memasukkan kepingan buah ngaku ke dalam minyak panas, minyak akan mengeluarkan gelembung gelembung kecil. Bila anda dapati gelembung sudah hilang, cepat cepat angkat kerepek kerana kalau tidak ia akan terlampau garing dan agak pahit.


Rabu, 29 Januari 2014

KEK MINYAK

 As-Salam buat semua...
Dah ramai yang cuba buat Kek minyak,kita pun try buat juga.Coraknya boleh di buat seperti kek marble atau di letak dua warna yang di sukai.Kek ini mudah di buat dan sedap pula rasanya.Kepada kawan-kawan yang suka makan kek kosong tanpa aising bolehlah cuba buat kek yang lembut dan gebu ini.Sesuai di buat hidangan semasa minum petang.Kat rumah saya,buat makan malam dan minum pagi pun jadi,siang malam makan kek!..yang tu susah nak slim tu..he..hee.

KEK MINYAK
Sumber:Marsha mohamed@My resepi.com.tq

Bahan-bahan

5 biji telur
1 cawan minyak     saya guna minyak canola
1 cawan susu pekat
1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sb ovalette
1 sudu teh esen vanila
Pewarna pilihan

Cara membuatnya


  • Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
  • Pukul telur, gula, ovalette sampai gebu.
  • Masukkan susu pekat dan esen vanila.Masukkan minyak dan pukul lagi.
  • Akhir sekali masukkan tepung dan pukul sampai sebati.
  • Bahagikan adunan mengikut warna pilihan. Selang- selikan adunan dalam loyang sampai habis.
  • Bakar selama 45 minit pada suhu 160'C hingga masak.

Selasa, 28 Januari 2014

POPIA NESTUM


As-Salam buat semua..
Petang-petang ni buat kudapan kunyah depan Tv sambil menonton Ariana rose tak sedar dah habis separuh bekas.Nak makan dan perabih sekejap sahaja ,time nak membuatnya sakit habis belakang.Tu pun dah siap kerah orang lain tolong pisahkan sehelai-sehelai sampai habis.Saya pula jenis tak boleh buat kerja-kerja jenis tak bergerak ni,naik lenguh satu badan.Lagipun kita ni dah terbiasa marathon sana -sini,tu yang tak tahan !apapun sebab nak makan,siap juga....

POPIA NESTUM
Sumber:Ilhamdapur.blogspot.tq.

Bahan-bahan
1 paket kulit popia-lembutkan sekejap
Nestum keluarga secukupnya
susu tepung secukupnya
Gula
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
  • Kisar halus nestum keluarga dan masukkan dalam bekas besar.Kemudian campurkan dengan gula halus(ikut kemanisan yang kita suka),susu tepung dan sedikit garam.Ketepikan.
  • Gaul sebati dan rasa agak cukup manis dan lemak.Boleh tambah bahan-bahan ikut citarasa.
  • Potong memanjang kulit popia dalam anggaran satu inci,kemudian gunting kepada saiz kecil-kecil seperti dalam gambar atau ikut citarasa.
  • Kemudian leraikan/buka satu-satu dan masukkan ke dalam bekas.
  • Panaskan minyak dalam kuali,kemudian masukkan satu hingga dua genggam kulit popia yang telah siap di lerai tadi sambil di kacau -balik selalu agar masak sekata dan tidak melekat.
  • Goreng sehingga kekuningan dan sedikit perang dengan api sederhana.Angkat dan toskan.
  • Masukkan ke dalam nestum yang telah siap di gaul tadi.
  • Dengan menggunakan sudu,kacau balikkan agar kulit popia sebati dan bersalut dengan nestum.
  • Masukkan ke dalam bekas kedap udara dan bolehlah di makan.

Isnin, 27 Januari 2014

KETAM SAMBAL TELUR MASIN

As-Salam buat semua..
Saya masak ketam ni semalam atas permintaan Amzar yang suka makan ketam.Kali ini saya cuba buat ketam sambal bersama telur masin pula.Sedap juga di makan dengan nasi putih dan Sayur kacang goreng.

KETAM GORENG TELUR MASIN
Olahan:daridapursuzana
 
Bahan-bahan
3 ekor ketam-di cuci
1 labu bawang besar-potong kiub
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 cm halia-cincang halus
5 sudu besar cili kering kisar
1 suud besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
1 biji telur masin-di pukul

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dalam kuali,goreng ketam sekejap dan ketepikan.kemudian  tumis bawang besar,halia dan bawang putih hingga naik baunya. 
  • Masukkan cili kering kisar,masak dengan api sederhana.bila dah pecah minyak,tambahkan sos cili,sos tomato dan sos tiram.
  • Masukkan ketam yang telah di goreng tadi dan gaul rata.Masukkan telur masin dan gaul biar telur bersalut rata dengan ketam.Tambahkan sedikit air.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.



KACANG PANJANG GORENG TELUR
Oleh:Rohah.tq.
Olahan:daridapursuzana
 
Bahan-bahan
10 tangkai kacang panjang-potong pendek
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar  -potong nipis
1-2 tangkai cili besar merah-potong kecil
10 gm udang kering     saya ganti dengan serbuk cukup rasa
1 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam    saya tambah
sedikit air
gula dan garam secukup rasa
sedikit minyak

Cara membuatnya
  • Tumbuk bawang merah,bawang putih.Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang di tumbuk dan bawang besar hingga naik baunya.
  • Masukkan  kacang panjang dan sedikit air.
  • Goreng dengan api sederhana hingga kacang layu sedikit kemudian pecahkan telur ke dalam kuali.Gaul rata supaya telur bersalut dengan kacang.
  • Tambahkan cili merah dan serbuk cukup rasa maggi dan serbuk lada hitam.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

Sabtu, 25 Januari 2014

PISANG PANGGANG RATU

As-Salam buat semua..
Dalam bulan ni banyak juga resepi dari pisang yang saya cuba buat hanya kerana ingin menghabiskan pisang yang masih banyak di dalam peti sejuk.Salah satunya adalah Pisang panggang ini yang enak di buat dessert.Makan sejuk-sejuk dalam cuaca yang tengah sejuk ni,nasib baiklah matahari memancar terang!.

PISANG PANGGANG RATU
Sumber: ilhamdapur.blogaspot.tq..

Bahan-bahan
6 biji pisang berangan yang sederhana masak
susu cair secukupnya         saya guna low fat milk
kepingan badam secukupnya-di panggang sekejap
sedikit mentega
sedikit madu
sedikit serbuk kayu manis
sedikit buahan-jika suka

Cara membuatnya
  • Panaskan kuali non-stick,masukkan 1-2 sudu besar mentega.
  • Bila mentega dah cair masukkan pisang dan masak sehingga perang.
  • Balik-balikkan agar pisang dipanggang sepenuhnya.
  • Dalam pinggan atau bekas yang sesuai,susun pisang,kemudian sapukan pisang tadi dengan sedikit madu.Tuang susu cair secukupnya dan taburkan sedikit kayu manis.
  • Akhir sekali letak kepingan badam secukupnya,sedikit buahan jika suka dan boleh hias ikut citarasa sendiri.
  • Sedia untuk di hidangkan.Lagi sedap jika susu cair itu di sejukkan terlebih dahulu

Jumaat, 24 Januari 2014

BISKUT COKLAT CHIP SAPI

 As-Salam buat semua...

Dah lama rasanya tak buat biskut,last sekali buat biskut untuk raya dalam bulan pusa tahun lepas.Saya buat biskut ini atas permintaan Amzar pula.Dia kata nak buat kudapan untuk hujung minggu ni sambil-sambil buat kerja sekolahnya yang bertimbun tu.Best juga biskut ni sebab ia rangup dan ada kekacang di dalamnya.Dalam penat-penat lepas balik dari bertugas sempat juga saya habiskan sepetang di dapur menyudahkan 2 jenis biskut(nanti nak post next entry).Anak nak makan...badan penat pun jadi kuat!

BISKUT COKLAT CHIP SAPI
By:Izah.Tq.

Bahan-bahan
175 gm mentega
50 gm minyak sapi
150 gm gula perang   saya letak 90 gm
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan coklat chip
2 cawn almond flakes/nibs
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya
  • Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat.Ketepikan.
  • Satukan mentega,minyak sapi dan gula perang ke dalam mangkuk.Kacau menggunakan handwisk sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
  • Masukkan pula tepung gandum ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
  • Kemudian masukkan pula coklat chip dan almond flakes.
  • Bentukan mengikut saiz yang di sukai.Jarakkan biskut sedikit kerana ia jenis yang mengembang bila di bakar.
  • Bakar pada suhu 170'c selama 20-25 minit bergantung pada oven mAsing-masing.
** biskut ini akan meleper dan mengembang sedikit.Jadi bila  di bentukkan bulat-bulat akan menghasilkan biskut seperti dalam gambar.

Rabu, 22 Januari 2014

KUIH KETAYAP

As-Salam buat semua...
Kuih ketayap yang menjadi kesukaan Azim.Dalam banyak-banyak kuih ,makan pulak dia kuih dulu-dulu ni,kalau buat puding tu sedikit pun dia tak makan !Kalau time jumpa kelapa muda,saya akan cuba buat kuih ni.Puas hati dapat makan,intinya pulak kita letak banyak sikit!.

KUIH KETAYAP
sumber:Hana memorries.tq

Bahan untuk kulit
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 cawan air
1 sudu besar air pandan
sedikit pewarna hijau
minyak untuk mendadar


Cara membuatnya

Blend semua bahan di atas kecuali minyak.
Lengserkan minyak atas kuali.dadar adunan tadi hingga masak.
Angkat.Masukkan inti dan gulung.
Siap dihidang.


Bahan untuk inti
Sumber:Izahdaut.Tq

1 biji kelapa parut
setengah ketul gula merah

3 sudu gula pasir
setengah cawan air
2 helai daun pandan

Cara membuatnya

 Masak air bersama kedua dua gula dan daun pandan sehingga hancur. Kemudian masukkan kelapa. Gaul sehingga kelapa sedikit kering dan berminyak.Angkat dan sejukkan.

Selasa, 21 Januari 2014

KEK GULUNG CHEESE

 As-Salam buta semua...
Semalam buat Kek gulung yang menjadi kesukaan anak-anak tapi kali ini saya buat versi yang ada cheese pula supaya ada sedikit kelainan.Selalunya saya buat Kek gulung warna-warni dan di letak topping krim tapi kali ini saya cuba letak topping cream cheese pula.Menggunakan resepi Kek gulung yang dah biasa saya buat dari Dayang Jack dan resepi di bawah telah di olah dengan menambahkan cheese.

KEK GULUNG CHEESE
Resepi asal :DapurKu SaYang/ dayangjack.blogspot  .Tq.

Bahan-bahan
  • 70 g tepung gandum -diayak
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • sedikit pewarna oren     saya tambah
bahan lain
parutan cheddar cheese secukupnya      saya tambah

Cara membuatnya
  • Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll.Alaskan dengan baking paper.Sapukan dengan sedikit mentega. 
  • Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak)di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 
  • Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula. 
  • Tuangkan adunan di dalam loyang pembakar dan ratakan
  • Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit.Separuh dari masa membakar,taburkan keju parut di atas permukaan kek.Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  • Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar. 
  • Kemudian sapukan dengan topping cream cheese tadi.Taburkan keju parut selebihnya di atas krim.
  • Gulung kek dengan kemas. 
  • Bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Bahan untuk topping cream cheese
Resepi:Dapur Tanpa Sempadan.../Tiffin biru.blogspot.thanks

180 gram cream cheese
50 gram mentega
1/2 camca teh lemon jus
Sedikit parutan kulit lemon    saya ganti dengan parutan cheese
Gula aising secukup rasa, diayak (anggaran 1 - 2 sudu besar)


Cara membuatnya
  • Satukan semua bahan untuk krim cheese dalam mangkuk adunan, putar hingga sebati dan putar lagi hingga kembang dan keputihan, boleh digunakan untuk menggulung kek tadi. 

Isnin, 20 Januari 2014

NASI LEMAK HARUM SERAI

As-Salam buat semua...
Saya buat Nasi lemak atas permintaan Azim yang sudah lama tidak makan Nasi lemak buatan sendiri.Dia tidak makan Nasi lemak yang di jual di kedai.Azim makan nasi lemak ni seperti sudah setahun dia tak jumpa!berbaloi juga penat membuatnya kerana dia telah menghabiskan dua pinggan nasi dan 3 biji telur serta sambal tumis..a big portion!he..hee.Lauk yang ada di tepi Nasi lemak tu.
semuanya dia tak makan.
Selain dari Telur rebus,Nasi lemak ini di gandingkan dengan Sambal tumis cili kering,Udang,Ikan bilis bersama Kacang tanah goreng yang terhangit sikit serta sayur wajib saya kalau makan Nasi lemak iaitu Sayur kangkung celur.

NASI LEMAK HARUM SERAI
Resepi:Joha Hassan

Bahan-bahan
500 gm beras basmathi  saya guna beras biasa
santan segar secukupnya 
2 helai daun pandan
2 batang serai-di titik
garam secukup rasa
daun pisang-jika ada utk. di alas dalam periuk nasi

Cara membuatnya
  • Masak santan di di dalam periuk bersama daun pandan dan 1 batang serai yang di titik hingga mendidih.Letakkan garam secukup rasa .Ketepikan.
  • Beras di rendam dalam 15 minit dan di toskan.
  • Letakkan daun pisang jika ada di dalam periuk nasi dan tuangkan beras ke dalamnya.Letakkan daun pandan dan 1 batang serai,masak hingga nasi masak. 
  • Hidangkan Nasi lemak bersama lauk kesukaan.

Sabtu, 18 Januari 2014

PUDING PEACH


As-Salam buat semua...
Saya buat Puding Peach ini untuk di bawa ke rumah sepupu sempena kenduri Maulidur Rasul.Nak buat kenduri sendiri sentiasa saja tak kesampaian,bawa kuih-muih sajalah tumpang ambil berkat.Kalau nak buat untuk makan sendiri ni rasanya tak habis makan sorang-sorang, tambahan pula peminat puding kat rumah ni tak berapa ramai.
PUDING PEACH
Sumber:Anjung Nory.tq

Bahan-bahan
1 paket agar-agar serbuk/10 gm
600 ml air
250 gm gula atau ikut kesesuaian manis sendiri
1 tin susu cair
1 biji telur
2 sudu besar tepung kastard
pewarna merah
1 tin kecil buah peach

Cara membuatnya
  • Masak agar-agar bersama 600 ml air.
  • Bila mendidih ,masukkan gula dan kacau hingga larut.
  • Kemudian perlahankan api dan masukkan susu cair.
  • Untuk lapisan kedua,asingkan 3 cawan agar-agar dan letak dalam periuk yang lain dan di tambah dengan pewarna merah.
  • Pukul telur,masukkan tepung kastard yang telah di bancuh dengan sedikit air,masukkan ke dalam agar-agar yang selebihnya dan kacau sebati.
  • Susun buah peach dalam bekas yang sesuai ,tuangkan adunan pertama.Tunggu hingga beku.
  • Apabila lapisan pertama sudah beku,tuangkan adunan kedua iaitu adunan yang berwarna merah.
  • Sejukkan dahulu sebelum di bekukan di dalam peti sejuk.