Gambar:Google Image
As-Salam buat semua..
Coretan terakhir pada 31 disember 2013.Banyak kenangan yang berbekas di hati telah menjadi ingatan yang tak mungkin saya lupakan di sepanjang tahun ini.Terimakasih buat semua yang sudi menjadi rakan blogger saya serta pengunjung blog ini .Ada setengahnya saya tak dapat nak follow balik kerana tiada link.
Sepanjang 2013 telah banyak merubah diri saya untuk menjadi insan yang lebih tabah.Kadang waktu teruji juga dengan dugaan yang tak termampu saya hadapi.Hanya kerana ada Allah yang satu tempat saya mengadu,telah menjadikan saya seorang yang lebih berkeyakinan.
Banyak juga resepi yang saya cuba sepanjang tahun ini.Semua gambar yang di muat turun dalam blog ini adalah hasil dari cubaan itu.Kadang menjadi dan ada juga yang tidak menjadi.Itu semua bukan salah resepi tapi mungkin salah saya mengolahnya.Terimakasih buat semua yang sudi berkongsi resepi di blog masing-masing.Buat semua rakan Bloggers,silent readers selamat menyambut Tahun baru 2014.Saya memilih untuk bahagia.... dengan rasa syukur kepada Allah.Amin.
Selasa, 31 Disember 2013
Ahad, 29 Disember 2013
TART TELUR
As-Salam buat semua..
Tart telur ini mengambil masa selama empat hari untuk muncul di dapur ini.Ceritanya....hari pertama saya buat kulit tart atau tart crust/shell.Rupanya adunan kena biarkan selama satu malam kat dalam peti sejuk jika inginkan doh yang baik(tak perasan!).ok, bila dah perasan simpan dulu dalam peti sejuk selama satu malam.
Hari kedua.. buat tart crust/shell,bila siap penat sangat-sangat,simpan dulu kulit tart yang rangup ini (dah masak, 2 biji masuk mulut!) dalam bekas kedap udara.
Hari ketiga..barulah buat filing/intinya.Letak inti sikit saja ingatnya bila bakar ia melimpah keluar,rupanya tidak.Sebab tu lah nampak filling/inti telurnya sikit sahaja.Hari keempat,barulah ambil gambar.Panjang ceritanya!..
TART CRUST/SHELL
Sumber:Azlita masam manis
Bahan-bahan
170 gm marjerin atau mentega
50 gm gula aising
1 biji telur gred C
290 gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
acuan tart
Cara membuatnya
- Putar marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.Jangan putar lama sangat.
- Masukkan telur dan esen vanila.Putar lagi dengan senduk kayu.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
- Uli hingga menjadi doh yang lembut.Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.Untuk mendapatkan doh yang baik,masukkan doh dalam beg plastik dan simpan dalam peti ais semalaman.
- Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart.Cucuk dengan garfu sebelum di bakar.
- Bakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit atau sehingga masak.
TART TELUR
by:Zaidah
Sumber: Azlita masam manis
Bahan-bahan
1 tin susu cair F&N
1 cawan air suam
1/3 cawan gula pasir/ikut suka manis
1 sudu kecil esen vanila
4 biji telur gred A
sedikit pewarna kuning
Cara membuatnya
- Kacau gula dn air suam hingga gula larut.
- Bila gula dah hancur dan air telah sejuk,masukkan semua bahan yang lain dan kacau rata.
- Tuangkan adunan ke dalam kulit tart yang telah di bakar terlebih dahulu tadi.
- Bakar semula dalam oven dengan suhu 180'C selama 20 minit.
Sabtu, 28 Disember 2013
PUDING KELAPA
As-Salam buat semua...
Puding kelapa ini di buat dengan menggunakan Buah kelapa madu yang di tanam di belakang rumah.Buahnya sungguh lebat dan pokoknya rendah sahaja.Saya ambil beberapa biji untuk di buat minuman air kelapa dan isinya yang keras sedikit di buat puding ini.
PUDING KELAPA
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
1 paket serbuk agar-agar/10 gm
600 ml air
1 tin susu cair
3 cawan kelapa muda parut
pewarna merah jambu
gula dan garam secukup rasa
Cara membuatnya
- Masukkan air,serbuk agar-agar,gula ke dalam periuk dan kacau rata.Masak hingga gula larut .
- Tambahkan susu cair serta sedikit garam.
- Bila agar-agar mendidih,masukkan pewarna merah jambu dan kelapa muda parut,kacau rata.
- Angkat dan masukkan ke dalambekas atau acuan yang sesuai ,
- Sejukkan sebentar sebelum di bekukan di dalam peti sejuk.Potong ikut bentuk yang di sukai.
Jumaat, 27 Disember 2013
APPLE COBBLER
As-Salam buat semua...
Hari nak hidangkan Apple cobbler ini yang sedap di makan sama ada suam atau sejuk.Lapisan bawah adalah campuran buah epal yang manis manakala lapisan atasnya adalah Cobbler mix yang rangup .
APPLE COBBLER
Sumber:Dapur Ibundo
Bahan A-Apple mix
2 biji epal besar
1 sudu besar tepung serbaguna
7 sudu teh gula
1.2 sudu teh jus lemon
Bahan B-Cobbler Mix.
3/4 cawan tepung gandum
3/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar mentega
1/2 cawan buttermilk(1 sudu besar jus lemon/cuka campur dengan 1 cawan susu).
Cara membuatnya
Hari nak hidangkan Apple cobbler ini yang sedap di makan sama ada suam atau sejuk.Lapisan bawah adalah campuran buah epal yang manis manakala lapisan atasnya adalah Cobbler mix yang rangup .
APPLE COBBLER
Sumber:Dapur Ibundo
Bahan A-Apple mix
2 biji epal besar
1 sudu besar tepung serbaguna
7 sudu teh gula
1.2 sudu teh jus lemon
Bahan B-Cobbler Mix.
3/4 cawan tepung gandum
3/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar mentega
1/2 cawan buttermilk(1 sudu besar jus lemon/cuka campur dengan 1 cawan susu).
Cara membuatnya
- Campurkan semua bahan Apple mix dalam bekas bekas atau bekas tahan panas.Gaul rata.Biarkan selama 1/2 jam.
- Dalam mangkuk yang lain,campurkan tepung,baking powder,soda bikarbonat,garam,gula dan mentega.
- Dengan menggunakan hujung jari,gaul kesemua bahan hingga menjadi seperti bread crumbs.
- Masukkan buttermilk dan gaul rata .
- Tuang Cobbler mix ke atas Apple mix.Tidak perlu di gaul.
- Masukkan ke dalam oven yang telah di panaskan dalam suhu 200'C dan bakar selama 30 mInit atau hingga bahagian atas berwarna perang.
- Sejukkan dahulu sebelum di makan atau boleh di letakkan di dalam peti sejuk jika suka di makan sejuk.
Khamis, 26 Disember 2013
TOFU TELUR BLACK PEPPER
As-Salam buat semua...
Saya kena bertugas pada 25 disember semalam di mana semua orang bercuti dan hari ini tiba giliran saya pula bercuti di mana semua orang kembali bertugas.Macam tu lah rutin kehidupan saya yang kadang -kadang tak sama dengan orang lain.Ok kembali kepada resepi yang nak di postkan hari ini iaitu Tofu telur yang saya masak untuk hidangan tengahari nanti.Dah lama tak masak Tofu telur,ramai peminatnya dalam rumah ni!
TOFU TELUR BLACK PEPPER
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
1 bungkus tofu telur-potong bulat
2 biji cendawan shiitake-potong nipis
3 ulas bawang putih-cincang
1 biji lada merah-potong halus
1/2 inci halia-cincang
1/2 labu bawang besar-potong dadu
1/2 batang karot-potong dadu
1/2 batang saderi-potong nipis
daun sup/bawang-potong halus
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos lada hitam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar serbuk cukup rasa Maggi
air secukupnya-untuk kuah
tepung jagung-utk.pekatkan kuah
garam/gula secukup rasa
Cara membuatnya
- Panaskan minyak di dalam kuali.Bila minyak sudah panas,masukkan tofu telur dengan perlahan-lahan dan goreng hingga nampak perang sedikit.
- Goreng sampai habis dan toskan minyaknya.
- Panaskan sedikit minyak lain dan tumiskan bawang putih,halia dan bawang besar hingga naik baunya.
- Tambahkan sos lada hitam,sos tiram,sos cili dan sos tomato dan serbuk lada hitam.Tambahkan air secukupnya untuk kuah.
- Masukkan saderi,karot dan lada merah dan masak sebentar lagi.
- Tambahkan serbuk cukup rasa Maggi,garam dan gula secukup rasa.Pekatkan kuahnya sedikit dengan bancuhan tepung jagung.Padamkan api.
- Akhir sekali,susunkan tofu telur yang telah di goreng tadi di dalam pinggan yang sesuai(saya letak dalam Hot plate).Curahkan kuah keatasnya.Taburkan daun sup/bawang.
- Sedia untuk di hidangkan.
Selasa, 24 Disember 2013
ENDING HOLIDAY IN 2013..
13 Disember 2013..
Percutian kami di penghujung 2013 yang terakhir dalam tahun ini.Banyak sangat berjalan sampai semua cuti tahun saya tak berbaki lagi.Hari pertama di Simpang 3 Karangan,Kedah kerana menghadiri kenduri kahwin.Hari seterusnya di Pulau Pinang
14 Disember 2013..
Hari kedua di Simpang 3 karangan,Kedah kerana menghadiri kenduri kahwin Shahila Anis(kanan) dan Syafiqah(kiri) pada Sabtu,14 Disember 2013.Lauk kenduri orang Kedah yang best!..Kurma telur,Kari nangka,Acar buah,Gulai daging dengan umbut batang pisang!.
15 Disember 2013..
Hari ketiga dan keempat di Pulau Pinang,kali pertama bercuti di Pulau Pinang,anak-anak paling suka,kami pun ....Akhirnya dapat juga merentasi jambatan terpanjang di Malaysia(13.5 km) dan keempat di Asia.
16 Disember 2013..
Akhirnya sampai di Bukit Bendera,umur dah dekat separuh abad baru dapat menjejakkan kaki di atas Bukit Bendera.Puncak Bukit Bendera mempunyai suhu yang dingin dan permandangan yang indah dan nyamannya di atas bukit.Takut dan berdebar-debar naik train ke atas bukit yang tingginya 830 meter.
Train penuh sampai kena berdiri semasa naik dan juga semasa turun..
Disini kita boleh melihat ke bawah dan boleh nampak seluruh Pulau Pinang.
Kat Padang Kota,Georgetown yang mengadap ke laut.Di sini ada bangunan bersejarah-Fort Cornwallis,tinggalan British-tempat Kapten Francis Light mengibarkan bendera Union Jack.Di sini juga ada makanan hawker's street seperti Pasembor,Nasi Kandar,Cendol dan Laksa.
Akhirnya sampai juga kat Pesta Pulau Pinang..murah-murah barang kat sini.
Happy Ending...
Isnin, 23 Disember 2013
BINGKA SUSU
As-Salam buat semua...
Hari ini nak tayang kuih Bingka susu yang baru pertama kali saya buat.Lepas ni nak kena buat lagi sebab dah ada orang yang request nak makan lagi.Kebetulan selepas bingka ini masak dan sedang di sejukkan untuk di potong,ada pula tetamu datang dari kampung.Langkah kanan la dia orang makan bingka yang baru siap di buat ni!..
BINGKA SUSU
Sumber:Kak Fida@myR
Bahan A-loyang 8x8
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat manis
50 gm gula pasir
1 cawan tepung gandum -di ayak
2 biji telur
Bahan B
500 ml /2 cawan air
100 gm/ 6 1/2 sudu besar mentega/marjerin
50 gm /5 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil garam
bijan saya tambah
Cara membuatnya
Hari ini nak tayang kuih Bingka susu yang baru pertama kali saya buat.Lepas ni nak kena buat lagi sebab dah ada orang yang request nak makan lagi.Kebetulan selepas bingka ini masak dan sedang di sejukkan untuk di potong,ada pula tetamu datang dari kampung.Langkah kanan la dia orang makan bingka yang baru siap di buat ni!..
BINGKA SUSU
Sumber:Kak Fida@myR
Bahan A-loyang 8x8
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat manis
50 gm gula pasir
1 cawan tepung gandum -di ayak
2 biji telur
Bahan B
500 ml /2 cawan air
100 gm/ 6 1/2 sudu besar mentega/marjerin
50 gm /5 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil garam
bijan saya tambah
Cara membuatnya
- Satukan bahan A dan ketepikan.Satukan bahan B dalam periuk dan kacau rata.Masak hingga pekat di atas api yang perlahan.
- Masukkan bahan A ke dalam bahan B yang telah di masak tadi.
- Kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi.Matikan api.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di sapu mentega,taburkan bijan dan bakar pada suhu 160 'C selama 30-40 minit atau hingga permukaan kuih garing.
- Bila kuih benar-benar sejuk di dalam loyang,potong dan bolehlah di hidangkan.
Ahad, 22 Disember 2013
CARROT CHEESE CAKE
As-Salam buat semua..
Sudah beberapa tahun saya simpan resepi ini tetapi tetapi baru kali ini saya cuba membuatnya.Lupa pula nak catat resepinya ambil kat mana.Sesuai untuk dijadikan hidangan buat minum petang.Kek ini tidaklah begitu kuat rasa kejunya kerana ia telah di campurkan dengan mentega.
CARROT CHEESE CAKE
Bahan A
125 gm cream cheese
150 gm mentega-di lembutkan pada suhu bilik
230 gm gula kastor saya letak 180 gm
5 biji telur
Bahan B
230 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
*kedua bahan ini di ayak bersama
Bahan C
50 gm lobak merah parut-perah buabg airnya
1 sudu teh esen vanila
hiasan
parutan lobak merah-perah airnya
Cara membuatnya
- Panaskan oven pada suhu 170'C
- Putar bahan A hingga berkrim.Masukkan gula kastor dan putar lagi hingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan dan putar lagi hingga gebu.
- Tuangkan bahan B sedikit demi sedikit menggunakan kelajuan perlahan sahaja.
- Masukkan parutan lobak merah dan esen vanila.Gaul rata.
- Masukkan adunan kek ke dalam acuan spring form/loose tin.Taburkan lobak merah parut.
- Bakar secara bain marie(meletakkan bekas kek di dalam bekas yang berisi air)selama 60 minit atau sehingga masak.
- Bila masak,buka pintu oven separuh dan tunggu kek sejuk sedikit barulah di ambil keluar.
- Sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong.
Sabtu, 21 Disember 2013
ACAR TIMUN
As-Salam buat semua..
Acar timun ini di gandingkan dengan Ayam masak merah dan Nasi beriani.Bahan-bahan dan cara membuatnya mudah dan ringkas sahaja.
ACAR TIMUN
Sumber:Gee Hut
1 batang timun- di hiris memanjang
1 batang lobak merah -di hiris halus memanjang
1 biji lada besar-di mayang
1 ulas bawang merah besar-mayang saya tambah
3 sudu besar cuka makan
4-5 sudu besar gula pasir
garam secukupnya
Cara membuatnya
Campurkan semua sekali dan gaul sehingga mesra.Sedia untuk di hidang.
Acar timun ini di gandingkan dengan Ayam masak merah dan Nasi beriani.Bahan-bahan dan cara membuatnya mudah dan ringkas sahaja.
ACAR TIMUN
Sumber:Gee Hut
1 batang timun- di hiris memanjang
1 batang lobak merah -di hiris halus memanjang
1 biji lada besar-di mayang
1 ulas bawang merah besar-mayang saya tambah
3 sudu besar cuka makan
4-5 sudu besar gula pasir
garam secukupnya
Cara membuatnya
Campurkan semua sekali dan gaul sehingga mesra.Sedia untuk di hidang.
Jumaat, 20 Disember 2013
AYAM MASAK MERAH
As-Salam buat semua...
Selesai sahaja tugasan malam sebentar tadi saya terus saja ambil sarapan pagi.Kalau kat Kelantan ni sarapan pagi adalah makan nasi dan hari ini saya bersarapan pagi dengan Nasi kerabu ayam bakar dan ikan keli goreng.Best...baru lena tidur!.Resepi hari ini ialah lanjutan lauk untuk Nasi beriani yang saya postkan resepinya semalam iaitu Ayam masak merah.Jom kita tengok resepinya.
AYAM MASAK MERAH
Sumber:gee-hut.blogspot.com/Tq!
Bahan A
1 kg ayam
Bahan B (kisar)
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
20 gm cili kering
2 sudu makan tomato puri
1 inci halia
Bahan C
1 biji tomato-belah empat
1 biji bawang besar-potong bulat
garam dan gula secukup rasa
sos tomato dan sos cili secukup rasa
1 paket perencah ayam masak merah Maggi saya tambah
hirisan daun limau purut saya tambah
Cara membuatnya
Selesai sahaja tugasan malam sebentar tadi saya terus saja ambil sarapan pagi.Kalau kat Kelantan ni sarapan pagi adalah makan nasi dan hari ini saya bersarapan pagi dengan Nasi kerabu ayam bakar dan ikan keli goreng.Best...baru lena tidur!.Resepi hari ini ialah lanjutan lauk untuk Nasi beriani yang saya postkan resepinya semalam iaitu Ayam masak merah.Jom kita tengok resepinya.
AYAM MASAK MERAH
Sumber:gee-hut.blogspot.com/Tq!
Bahan A
1 kg ayam
Bahan B (kisar)
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
20 gm cili kering
2 sudu makan tomato puri
1 inci halia
Bahan C
1 biji tomato-belah empat
1 biji bawang besar-potong bulat
garam dan gula secukup rasa
sos tomato dan sos cili secukup rasa
1 paket perencah ayam masak merah Maggi saya tambah
hirisan daun limau purut saya tambah
Cara membuatnya
- Ayam di potong,di bersihkan dan gaul dengan garam kunyit dan di goreng sebentar.
- Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan-bahan B sehingga garing dan pecah minyak.
- Masukkan ayam yang sudah di goreng tadi dan gaulkan sehingga sebati.
- Masukkan pula bahan C dan biarkan hingga mendidih .
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa yang di inginkan.
- Sedia untuk di hidangkan.
Khamis, 19 Disember 2013
SIMPLE NASI BERIANI
As-Salam buat semua...
Saya cuba membuat nasi beriani ini yang pada mulanya saya ingat amat susah untuk membuatnya.Cubaan pertama ini berhasil dan di sukai oleh anak-anak saya.Banyak resepi yang saya cari ,dan resepi Nasi beriani simple ini memang ringkas untuk membuatnya dan tidaklah kompleks sangat bagi saya yang baru pertama kali membuatnya.Ia di gandingkan dengan Ayam masak merah dan Acar timun yang saya akan postkan resepinya satu persatu setiap hari kalau ada kesempatan.Nak postkan sekaligus tak sempat pula nak berlama-lama depan PC ni...Thanks Gee,kerana kongsikan resepi yang mudah ini!....
SIMPLE NASI BERIANI
Sumber:Gee Hut. Tq!
Bahan-bahan
500 gm beras basmathi-basuh dan toskan
air secukupnya
4 sudu teh minyak sapi
2 biji bawang merah-di hiris
1 inci halia
4 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah beriani
rempah penumis
daun pandan
kismis
bawang goreng
Cara membuatnya
Saya cuba membuat nasi beriani ini yang pada mulanya saya ingat amat susah untuk membuatnya.Cubaan pertama ini berhasil dan di sukai oleh anak-anak saya.Banyak resepi yang saya cari ,dan resepi Nasi beriani simple ini memang ringkas untuk membuatnya dan tidaklah kompleks sangat bagi saya yang baru pertama kali membuatnya.Ia di gandingkan dengan Ayam masak merah dan Acar timun yang saya akan postkan resepinya satu persatu setiap hari kalau ada kesempatan.Nak postkan sekaligus tak sempat pula nak berlama-lama depan PC ni...Thanks Gee,kerana kongsikan resepi yang mudah ini!....
SIMPLE NASI BERIANI
Sumber:Gee Hut. Tq!
Bahan-bahan
500 gm beras basmathi-basuh dan toskan
air secukupnya
4 sudu teh minyak sapi
2 biji bawang merah-di hiris
1 inci halia
4 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah beriani
rempah penumis
daun pandan
kismis
bawang goreng
Cara membuatnya
- Panaskan minyak sapi di dalam periuk rice cooker di atas dapur biasa.Tumiskan rempah penumis dan bahan-bahan yang di hiris sehingga naik harumannya.
- Masukkan pula rempah beriani yang telah di bancuh dengan sedikit air.
- Masukkan air dan tunggu sampai mendidih.
- Masukkan pula beras,daun pandan dan kacau rata.Pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
- Bila nasi masak,taburkan bawang goreng,kismis dan daun parsli jika ada.
Rabu, 18 Disember 2013
KEK MARBLE
As-Salam buat semua...
Kek marble adalah kek yang menggunakan marjerin dan di buat berwarna-warni untuk kelihatan lebih menarik lagi.Rasanya tidak memuakkan dan amat lembut sekali.Bagi saya ia adalah kek yang mudah untuk di sediakan dan cepat laku di rumah ini.Resepinya adalah dari blog Kak Yah.Izinkan saya kongsi resepi ini di dapur saya pula.
KEK MARBLE
Sumber:dapurkakyah.blogspot.tq!
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar susu tepung
1 cawan gula kastor saya letak 3/4 cawan
1 cawan marjerin
1 suud teh esen vanila
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
pewarna merah dan hijau
Ccara membuatnya
Kek marble adalah kek yang menggunakan marjerin dan di buat berwarna-warni untuk kelihatan lebih menarik lagi.Rasanya tidak memuakkan dan amat lembut sekali.Bagi saya ia adalah kek yang mudah untuk di sediakan dan cepat laku di rumah ini.Resepinya adalah dari blog Kak Yah.Izinkan saya kongsi resepi ini di dapur saya pula.
KEK MARBLE
Sumber:dapurkakyah.blogspot.tq!
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar susu tepung
1 cawan gula kastor saya letak 3/4 cawan
1 cawan marjerin
1 suud teh esen vanila
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
pewarna merah dan hijau
Ccara membuatnya
- Panaskan oven ke suhu 180' C.Ayakkan tepung gandum,tepung jagung bersama baking powder.
- Putar gula dan marjerin hingga kembang.Masukkan telur satu-persatu dan putar lagi hingga kembang.
- Masukkan esen vanila.Tambahkan tepung,putar lagi dengan kelajuan sederhana.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.Tambahkan sedikit pewarna mengikut kesukaan satu bahagian di biarkan kosong.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah di sapu dengan marjerin dan di alas dengan kertas kek secara berselang-seli sehingga habis.
- Bakar dalam oven yang telah di panaskan tadi dengan suhu 180'C selama 45 minit atau sehinga masak bergantung pada oven masing-masing.
Selasa, 17 Disember 2013
OBLONG BURGER
As-Salam buat semua.
Selama lima hari dapur saya tak berasap,cuti-cuti Malaysia lagi tapi kali ini ke utara pula iaitu Kedah dan dan Pulau pinang.Banyak benda baru saya jumpa dan banyak makanan baru boleh di rasa sepanjang perjalanan ini.Di Kedah saya dapat rasa Gulai daging dan umbut pisang,Kurma telur,Acar buah,Kari nangka,Ikan kering goreng tepung yang pastinya tiada di sini.Di Penang pula tentulah Pasembor dan Nasi Kandar.Mesti nak pergi pula sekali lagi!.
Resepi hari ini adalah Oblong burger saiz besar,kalau sedang diet boleh potong empat!.Biasanya kita menggunakan Daging oblong yang sedia di jual tetapi kali ini saya hanya menggunakan daging cincang sahaja.
OBLONG BURGER
Olahan_daridapursuzana
Bahan-bahan
roti oblong
daging cincang atau daging oblong
1 labu bawang besar-potong dadu
1 biji tomato-potong dadu
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu teh serbuk lada hitam
daun salad
hirisan tomato
mayonis
planta untuk sapuan pada roti
sedikit minyak canola
garam secukup rasa
Cara membuatnya
Selama lima hari dapur saya tak berasap,cuti-cuti Malaysia lagi tapi kali ini ke utara pula iaitu Kedah dan dan Pulau pinang.Banyak benda baru saya jumpa dan banyak makanan baru boleh di rasa sepanjang perjalanan ini.Di Kedah saya dapat rasa Gulai daging dan umbut pisang,Kurma telur,Acar buah,Kari nangka,Ikan kering goreng tepung yang pastinya tiada di sini.Di Penang pula tentulah Pasembor dan Nasi Kandar.Mesti nak pergi pula sekali lagi!.
Resepi hari ini adalah Oblong burger saiz besar,kalau sedang diet boleh potong empat!.Biasanya kita menggunakan Daging oblong yang sedia di jual tetapi kali ini saya hanya menggunakan daging cincang sahaja.
OBLONG BURGER
Olahan_daridapursuzana
Bahan-bahan
roti oblong
daging cincang atau daging oblong
1 labu bawang besar-potong dadu
1 biji tomato-potong dadu
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu teh serbuk lada hitam
daun salad
hirisan tomato
mayonis
planta untuk sapuan pada roti
sedikit minyak canola
garam secukup rasa
Cara membuatnya
- Panaskan minyak canola dan tumiskan bawang besar hingga layu.Masukkan daging cincang dan gaul rata.
- Tambahkan sos tiram,sos tomato sos cili dan serbuk lada hitam.Gaul sebati .Tambahkan sedikit garam secukup rasa.
- Bila semua bahan telah masak,padamkan api.
- Belah dua roti oblong dan sapu dengan planta.
- Susun daun salad ,tomato dan daging cincang,picitkan mayonis/sos cili di atasnya dan letakkan daun salad lagi.
- Cara menyusun ikut kesukaan masing-masing.Sedia untuk di hidangkan.
Jumaat, 13 Disember 2013
HEAVENLY CARROT CAKE
As-Salam buat semua....
Kek ini asalnya di buat adunan untuk sebiji tetapi untuk memudahkan anak-anak makan saya meletakkannya di dalam cawan kertas.Rasanya memang best dan tidak berapa manis.Dari asalnya saya nak makan sebiji dua dah jadi' bercawan-cawan' !
HEAVENLY CARROT CAKE
Sumber:Tiffin biru.blogspot
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam halus
1 1/4 sudu teh serbuk kayu manis
*semua bahan di atas disatukan dan di ayak
2 biji telur gred A
3/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula perang
1 1/4 cawan parutan lobak merah-perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas tin-toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut-cincang
Bahan cream cheese(topping)
70 gm mentega tanpa garam
125 gm cream cheese
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 sudu besar gula aising -di ayak
Cara membuatnya
Kek ini asalnya di buat adunan untuk sebiji tetapi untuk memudahkan anak-anak makan saya meletakkannya di dalam cawan kertas.Rasanya memang best dan tidak berapa manis.Dari asalnya saya nak makan sebiji dua dah jadi' bercawan-cawan' !
HEAVENLY CARROT CAKE
Sumber:Tiffin biru.blogspot
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam halus
1 1/4 sudu teh serbuk kayu manis
*semua bahan di atas disatukan dan di ayak
2 biji telur gred A
3/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula perang
1 1/4 cawan parutan lobak merah-perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas tin-toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut-cincang
Bahan cream cheese(topping)
70 gm mentega tanpa garam
125 gm cream cheese
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 sudu besar gula aising -di ayak
Cara membuatnya
- Panaskan oven pada suhu 175'C.Sapu loyang bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak.Alas dasarnya dengan kertas minyak.
- Walnut di goreng tanpa minyak hingga wangi,angkat dan ketepikan.
- Kelapa kering juga di goreng tanpa minyak hingga harum,tapi jangan sampai hangus biar perang sedikit sahaja.Angkat dan ketepikan.
- Dalam satu bekas,masukkan telur,minyak jagung dan gula,kacau dengan whisk hinga rata,sebati dan gula hancur(dalam 3-4 minit) .
- Masukkan bahan -bahan yang telah di ayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati dengan menggunakan spatula.
- Masukkan nenas,lobak merah parut,kelapa kering dan walnut.Gaul rata dengan spatula hingga sebati.
- Tuang dalam loyang dan bakar selama 55 minit hingga 1 jam atau hingga masak.Jika di buat kek cawan seperti saya masa membakar adalah berlainan dan juga bergantung pada oven masing-masing.
- Sejukkan kek atas jaringan sebelum di sapu dengan cream cheese dan hias ikut suka.
- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati.
- Masukkan gula aising dan esen vanila,terus memutar hingga gebu dan halus dengan menggunakan kelajuan sederhana .
- Boleh sapu atau paipkan di atas kek dan hias ikut suka.
Rabu, 11 Disember 2013
RENDANG AYAM
As-Salam buat semua...
Ini baru kali pertama saya cuba membuat Rendang ayam.Orang lain dah bertahun dan dah puas makan Rendang ayam buatan sendiri, saya baru nak try buat.Selalunya makan juga rendang tapi kat rumah orang,time raya!.Rendang ayam ni saya buat untuk di makan bersama pulut kuning.Resepinya dari blog Kak Azie.Izinkan saya kongsikan di dapur ini pula.
RENDANG AYAM
Sumber:aziejaya.blogspot.com/.Tq!
Bahan A
1 ekor ayam
2 cawan santan pekat
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit-di siat
2 keping asam gelugor
gula dan garam secukup rasa
Bahan B(di kisar)
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 tangkai cili kering
15 biji cili api jika suka pedas
Cara membuatnya
Ini baru kali pertama saya cuba membuat Rendang ayam.Orang lain dah bertahun dan dah puas makan Rendang ayam buatan sendiri, saya baru nak try buat.Selalunya makan juga rendang tapi kat rumah orang,time raya!.Rendang ayam ni saya buat untuk di makan bersama pulut kuning.Resepinya dari blog Kak Azie.Izinkan saya kongsikan di dapur ini pula.
RENDANG AYAM
Sumber:aziejaya.blogspot.com/.Tq!
Bahan A
1 ekor ayam
2 cawan santan pekat
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit-di siat
2 keping asam gelugor
gula dan garam secukup rasa
Bahan B(di kisar)
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 tangkai cili kering
15 biji cili api jika suka pedas
Cara membuatnya
- Ayam di buang kulitnya,di bersihkan dan potong kecil.Toskan.
- Masukkan kesemua bahan kecuali kerisik,daun kunyit,garam dan gula ke dalam kuali besar .
- Masak di atas api perlahan.Kacau sebati sehingga semua bahan bercampur rata dengan ayam.
- Tambahkan kerisik,daun kunyit,garam dan gula secukup rasa.
- Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang pada kegemaran masing masing.Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.
Isnin, 9 Disember 2013
PUDING ROTI PELANGI
Puding roti pelangi yang saya buat ini tidak di letakkan adunan plain di bahagian bawahnya seperti yang kita lihat di dalam blog-blog lain kerana saya mencampurkan semua warnanya.Saya membuat adunan puding ni separuh dari sukatan asal,jadi adunan ini tidak cukup untuk menjadikannya kelihatan dua lapisan.
PUDING ROTI PELANGI
Sumber:dari dapur Kak Yah
Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar
500 ml air
3 keping roti
2 biji telur
3 sudu besar susu pekat manis
1 tin susu cair
1 sudu besar oren sunquick
1 sudu besar jus lemon
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar gula
Pewarna
Cara membuatnya
- Masak agar-agar dengan air hingga mendidih.
- Blender roti bersama susu cair, susu pekat manis, telur, gula, sunquick, jus lemon dan esen vanila hingga hancur.
- masukkan ke dalam periuk.Biar mendidih.
- Angkat dan ambil/keluarkan 4 senduk dan setiap senduk masukkan 1 warna.(plain, hijau, biru dan puple)/warna pilihan sendiri
- Tuang adunan plain ke dalam bekas dan tuang/titikkan sedikit demi sedikit adunan berwarna secara berselang seli di atas permukaannya sehingga habis.
- Bekukan dan sedia untuk dipotong.
Sabtu, 7 Disember 2013
HATI GORENG DENGAN BROKOLI
As-Salam buat semua...
HATI GORENG DENGAN BROKOLI
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
Hati lembu-di potong nipis
1 sudu teh serbuk kunyit
1 biji lada hijau-di hiris
1 biji lada merah-di hiris
1 labu bawang besar-potong bulat
garam secukup rasa
1 sudu besar ketumbar-tumbuk halus
2 sudu besar kicap manis
sayur brokoli
minyak canola
Cara membuatnya
HATI GORENG DENGAN BROKOLI
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
Hati lembu-di potong nipis
1 sudu teh serbuk kunyit
1 biji lada hijau-di hiris
1 biji lada merah-di hiris
1 labu bawang besar-potong bulat
garam secukup rasa
1 sudu besar ketumbar-tumbuk halus
2 sudu besar kicap manis
sayur brokoli
minyak canola
Cara membuatnya
- Hati di perap bersama serbuk kunyit,ketumbar dan serbuk lada hitam serta garam.
- Panaskan air dan masukkan sedikit garam.Bila mendidih, masukkan brokoli dan celur sebentar.Toskan brokoli dan masukkan ke dalam air sejuk dan toskan sekali lagi.
- Panaskan minyak canola dan goreng hati hingga hampir masak.
- Masukkan kicap manis dan gaul rata.Tambahkan bawang besar,lada hijau dan merah.
- Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.
- Susun brokoli dalam bentuk bulatan dan curahkan hati goreng di tengah-tengah,sedia untuk di hidangkan.
Jumaat, 6 Disember 2013
KEK BATIK
As-Salam buat semua...
Kek yang seterusnya saya buat dalam cuti sekolah ni adalah Kek batik.Ia juga adalah salah satu dari kek kesukaan anak-anak saya.Buat sendiri boleh makan puas-puas.Time hujan macam ni sedap juga makan kek batik dengan secawan nescafe panas.Lupa pula ambil resepi ni kat mana.
KEK BATIK
Bahan-bahan
1 paket biskut marie(450 gm)
150 gm marjerin/butter
1 biji telur
150 gm gula saya letak 100 gm
50 gm serbuk koko
50 gm milo
1 sudu teh serbuk nescafe
1/2 cawan air
1 cawan susu cair
Cara membuatnya
Kek yang seterusnya saya buat dalam cuti sekolah ni adalah Kek batik.Ia juga adalah salah satu dari kek kesukaan anak-anak saya.Buat sendiri boleh makan puas-puas.Time hujan macam ni sedap juga makan kek batik dengan secawan nescafe panas.Lupa pula ambil resepi ni kat mana.
KEK BATIK
Bahan-bahan
1 paket biskut marie(450 gm)
150 gm marjerin/butter
1 biji telur
150 gm gula saya letak 100 gm
50 gm serbuk koko
50 gm milo
1 sudu teh serbuk nescafe
1/2 cawan air
1 cawan susu cair
Cara membuatnya
- Masukkan marjerin atau butter,gula,serbuk koko,milo,nescafe,air dan susu cair ke dalam periuk.
- Kacau sehingga sebati dan panaskan dengan api sederhana sehinga mendidih.
- Masukkan telur,kacau rata .Padamkan api.Masukkan biskut marie yang telah di patah-patahkan.Gaul sebati
- Setelah sebati masukkan ke dalam bekas yang sesuai.Ratakan dan mampatkan adunan.
- Setelah mampat,sejukkan adunan di dalam peti sejuk.Setelah itu bolehlah di potong dan hidangkan.
Khamis, 5 Disember 2013
AYAM BAKAR SOS BARBEKU
As-Salam buat semua..
Tengahari semalam sayabuat Ayam bakar untuk Azim ,sekali dia makan habis satu ketul paha ayam besar ini(ayam potong empat).Saya ingat dia tak suka makan kerana ayam ini di campur dengan sayuran,rupa-rupanya berselera sekali dia makan sampai dua pinggan!.
AYAM BAKAR SOS BARBEKU
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
2 ketul peha ayam yang besar
2 sudu besar sos barbeku
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
1 sudu teh serbuk cukup rasa Maggi
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 batang karot-potong baji
1 biji bawang besar-potong nipis
1 biji ubi kentang-potong dadu besar
garam secukup rasa
Cara membuatnya
Tengahari semalam sayabuat Ayam bakar untuk Azim ,sekali dia makan habis satu ketul paha ayam besar ini(ayam potong empat).Saya ingat dia tak suka makan kerana ayam ini di campur dengan sayuran,rupa-rupanya berselera sekali dia makan sampai dua pinggan!.
AYAM BAKAR SOS BARBEKU
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
2 ketul peha ayam yang besar
2 sudu besar sos barbeku
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
1 sudu teh serbuk cukup rasa Maggi
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 batang karot-potong baji
1 biji bawang besar-potong nipis
1 biji ubi kentang-potong dadu besar
garam secukup rasa
Cara membuatnya
- Perapkan ayam dengan semua bahan dan sayuran serta bawang besar selama 15 minit.
- Panaskan oven ke suhu 200'C.
- Alaskan loyang dengan aluminium foil dan letakkan ayam yang telah di perap bersama sayuran tadi .
- Bakar di dalam oven selama 1 jam.Di antara masa membakar selama 1/2 jam keluarkan ayam sebentar dan balikkan ke sebelah lagi.
- Bakar ayam hingga semua air hampir kering.Bila masak hidangkan bersama nasi putih.
Rabu, 4 Disember 2013
PUDING KASTARD BERKUAH
As-Salam buat semua...
Hujan-hujan pun saya buat puding juga,tak kiralah walaupun cuaca sejuk sekarang ni.Lagipun mood memasak masih ada lagi kerana saya bercuti hari ini.Puding ini sedap di makan sejuk dan bertambah sejuk lagi kerana di makan dalam musim hujan!
PUDING KASTARD BERKUAH
Sumber:Azlita masam manis.
Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung kastard di bancuh dengan 1 cawan air
beberapa biji ceri merah untuk hiasan
1 sudu kecil esen vanila
Cara membuat agar-agar
1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit cocktail-untuk hiasan
Cara membuatnya
Hujan-hujan pun saya buat puding juga,tak kiralah walaupun cuaca sejuk sekarang ni.Lagipun mood memasak masih ada lagi kerana saya bercuti hari ini.Puding ini sedap di makan sejuk dan bertambah sejuk lagi kerana di makan dalam musim hujan!
PUDING KASTARD BERKUAH
Sumber:Azlita masam manis.
Bahan-bahan
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung kastard di bancuh dengan 1 cawan air
beberapa biji ceri merah untuk hiasan
1 sudu kecil esen vanila
Cara membuat agar-agar
- Masak agar-agar bersama gula dan air hingga mendidih dan gula larut.Tuangkan susu cair dan esen vanila.
- Tepung kastard yang telah di bancuh tadi di tapiskan dan masukkan ke dalam agar-agar.
- Kacau adunan hingga hampir pekat.
- Apabila telah masak,tuang ke dalam acuan kecil-kecil.Biarkan sejuk dahulu sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.
1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
fruit cocktail-untuk hiasan
Cara membuatnya
- Masak susu,air dan gula dengan api yang perlahan hingga mendidih.
- Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam adunan kuah.Tambah secubit garam dan esen vanila.Biarkan kuah mendidih.Tutup api
- Biarkan kuah sejuk dahulu sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.
- Untuk menghidang,masukkan kuah ke dalam mangkuk besar.Letakkan ais dan fruit cocktail dan letakkan puding tadi siap untuk di hidangkan.
Selasa, 3 Disember 2013
KEK PISANG COKLAT CHIPS
As-Salam buat semua...
Bulan November lepas adalah bulan paling banyak saya buat kek.Pisang pun tengah banyak,bahan-bahan tengah ada,anak-anak tengah selera nak makan,jadi yang tukang suka buat kek ni,pantang ada masa free,rumah pun dah bau kek!tapi kek pisang saya ni,semua coklat chip tidur kat bawah!.he..hee
Bulan November lepas adalah bulan paling banyak saya buat kek.Pisang pun tengah banyak,bahan-bahan tengah ada,anak-anak tengah selera nak makan,jadi yang tukang suka buat kek ni,pantang ada masa free,rumah pun dah bau kek!tapi kek pisang saya ni,semua coklat chip tidur kat bawah!.he..hee
KEK PISANG COKLAT CHIPS
Sumber :shiawasemrsbangpek.blogspot tq!
Bahan-bahan
4 biji pisang emas
3 biji telur
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula saya guna 1/2 cawan
1/2 cawan minyak
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar coklat cip
Cara membuatnya
- Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan ketepikan.Lenyek pisang hingga hancur.Panaskan oven.Sapu butter dan alaskan loyang kek.
- Pukul telur dan gula hingga kembang,masukkan pisang yang telah di lenyek tadi.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul,masukkan minyak dan gaul rata.
- Akhir sekali masukkan coklat cip dan gaul rata.
- Tuang ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 200'C selama 60 minit.(suhu dan masa membakar bergantung pada oven masing-masing.
- Sejukkan kek terlebih dahulu sebelum di potong.
Ahad, 1 Disember 2013
SAMBAL UDANG PETAI
As-Salam buat semua...
Hari ini tak dan nak buat karangan panjang-panjang, kerana kesuntukan masa,nak study sikit esok ada exam(sempat lagi curi masa tulis blog!).Kita terus tengok resepi saja...
SAMBAL UDANG PETAI
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
15 ekor udang saiz sederhana
2 papan petai-ambil isinya sahaja
1sudu besar jus asam jawa
1 senduk cili kering kisar
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili thai
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Garam dan gula secukup rasa
6 helai daun limau purut
1 batang serai-hiris nipis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Bahan kisar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji buah keras
minyak canola untuk menumis
Cara membuatnya
- Panaskan minyak canola dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga naik baunya.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa.
- Masukkan jus asam jawa,sos cili,sos tomato,sos tiram dan petai dan daun limau purut serta serai.Kacau rata, masak hingga petai layu.
- Masukkan udang.Masak sekejap,perasakan dengan garam secukup rasa dan tambahkan kicap manis serta serbuk lada hitam.
- Kacau rata, rasa dan jika sesuai,bolehlah di matikan api.Sedia untuk di hidangkan.
Langgan:
Catatan (Atom)