Khamis, 6 Oktober 2011

AIR BARLI

Salam semua,saya suka minum air barli yang menyejukkan badan ini.Beras barli yang lebih buat bubur barli hari tu masih ada lagi.Petang -petang begini tak ada kerja nak buat .Mari kita masuk dapur ada juga faedahnya.Selain itu....aktiviti lain yang lebih berfaedah adalah tidur!.

Bahan-bahan
  • 250gm.beras barli
  • gula
  • secubit garam
Cara membuatnya
  • Basuh bersih beras barli dan rendam seketika. Masukkan air kedalam periuk.
  • Rebus beras barli hingga air tinggal separuh.Boleh tambah air jika perlu.
  • Biarkan beras barli empuk dan kembang serta air bertukar jadi putih dan keruh.
  • Masukkan secubit garam dan gula ikut manis masing-masing.
  • Bila masak,pindahkan air barli yang panas ke dalam jag dan sejukkan.
*Air barli boleh juga di minum suam dan boleh di tambah ais.

Rabu, 5 Oktober 2011

KEK KOPI

Pertama kali membuat kek ini ,rasanya agak manis, tak sempat nak adjust jumlah gulanya.Tambahan pula ia dilapisi oleh gula perang dan coklat cip ditengahnya(2 lapis)dan di atas sekali.Namanya kek kopi tapi dalam resipi tiada pula bahan tertulis kopi.Masa tengah buat baru perasan.Akhirnya saya menambah sendiri coffee emulco yang kebetulan ada dalam peti sejuk...supaya sesuai dengan namanya,tak gitu!!
                                                                               
KEK KOPI
BahanA
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bicarbonat
  • 125gm.mentega
  • 1/2 cawan gula kastor(resipi sebenar 1 cwn.)
  • 2 biji telur-di pukul
  • 1 cawan krim masam(guna yogurt)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu teh coffee emulco(tambah sendiri)
Bahan B
  • 1/4 cawan gula perang
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 2/3 cawan coklat cip
*Campurkan kesemuanya dalam satu bekas.


 Cara membuatnya
  • Ayak tepung gandum,baking powder dan soda bicarbonat bersama-sama .Ketepikan
  • Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan gebu.
  • Masukkan telur,krim masam/yogurt,esen vanila dan putar hingga sebati.
  • Kaup balikkan tepung ke dalam adunan kek.Bahagikan adunan menjadi 3 bahagian.
  • Ambil satu bahagian adunan dan masukkan ke dalam loyang pembakar.Taburkan sedikit bahan B  dan bakar selama lebih kurang 10 min.dalam suhu 170'c.
  • Apabila adunan sudah separuh masak,angkat dan masukkan satu bahagian lagi adunan dan tabur bahan B dan bakar sehingga masak.
  • Setelah itu,angkat loyang pembakar dan masukkan bahagian akhir dan taburkan bahan B dan bakar sehingga masak.
  • Keluarkan dari oven dan sejukkan.
 Sumber:Majalah Wanita Mei 2004.

Selasa, 4 Oktober 2011

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS


As-Salam buat semua..seperti biasa kita mulakan hari ini dengan cerita.Hampir kena tahan kat road block tadi.Tangan dah terketar-ketar pegang stering.Tiba-tiba je sebaik terpandang muka saya ni pak cik polis bagi isyarat suruh jalan.Lega rasanya.Masa tu juga teringat nak check lesen memandu.Alahai dah tamat pada 24/7/11 lagi!.dah masuk 2 bulan setengah expired(hari ni 4/10/11).Macam mana boleh tak perasan ...macam biasa la,koya memanjang...
Balik rumah masak untuk makan tengahari-sambal tumis ikan bilis.Mari kita tengok resipinya.

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
Olahan:daridapursuzana

Bahan -bahan
  • 250gm.ikan bilis
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • 2 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit garam dan gula.
  • sedikit air perahan limau nipis
Cara membuatnya
  • Basuh ikan bilis dan rendam seketika supaya lembut dan toskan.
  • Panaskan minyak,masukkan bawang dan tumis hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak
  • Masukkan kesemua sos ,gula dan garam dan tambah sedikit air.
  • Masukkan ikan bilis,gaulkan hingga rata.Bila ikan bilis masak,masukkan sedikit air limau nipis bolehlah di angkat dan hidangkan.
*sambal yang saya buat ni agak kering sedikit.

    MARAH..

    8 LANGKAH MENGAWAL KEMARAHAN
    sumber mdfahmi.blogspot
     
    Sifat marah bagi setiap manusia adalah lumrah dan terjadi di mana-mana juga pun, dan kadangkala akan berterusan sekiranya ianya tidak diberi perhatian yang serius. Apa yang penting sekali, janganlah sesuatu kemarahan itu menjadi punca pertelingkahan atau persengketaan yang berpanjangan walaupun ia bermula dari sesuatu perkara yang kecil dan ramah. Walau dari apapun, kita tidak harus dikawal oleh emosi kita kerana sesungguhnya kita yang seharusnya mengawal emosi kita sendiri. Sememangnya, setiap kemarahan perlu ada keseimbangan akal dan fikiran untuk mengawalnya, apatah lagi ianya berkaitan prinsip dan ideologi kita sendiri.

    Dibawah ini diberikan beberapa langkah mengawal kemarahan sebagai panduan kita sendiri.

    • Sebelum melepaskan kemarahan,cuba berfikir, apakah kemarahan anda akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara.Persoalan ini memberi anda ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika anda mendapat jawapannya lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan anda.

    •  Fikirkan sejenak kesan buruk jika anda melepaskan kemarahan anda. Apakah tindakan anda itu meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang daripada kemarahan anda. Jika benar lebih baik anda bertenang, dan andainya kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil lebih baik lupakan saja.

    •  Ketika marah cuba letakkan diri anda sebagai diri orang yang anda marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.

    •  Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana anda dianiaya atau ia memang kesalahan anda atau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika tugasan anda tidak diterima oleh ketua, fikir semula, apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya.

    •  Ketika kemarahan anda sedang memuncak,cuba buat kiraan 1 hingga 10 dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa, walaupun kaedah ini tidak membantu anda memadam kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan itu.

    •  Ketika marah, pejamkan mata anda dan duduk sebentar, bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian yang istimewa bersama yang tercinta. Jika keadaan tidak mengizinkan anda memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran merawang jauh ke sana. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda.
    •   Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokus cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.

    •  Jika cara di atas belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, anda boleh meluahkan perasaan pada suami atau isteri, saudara-mara, teman-teman atau pakar kaunseling agar anda tidak di belenggu dengan kemarahan sendiri.
    GAMBAR:CIK GOOGLE

    Isnin, 3 Oktober 2011

    SIRA UBI KAYU

     Pokok ubi kayu tepi rumah dah lama di tanam oleh Amzar.Saya nak tengok saiznya dah besar atau tidak .Tarik keluar satu pokok ada  la ubinya tapi kurus je macam tuan yang menanamnya(nasib baik dia tak baca blog ni)kalau tidak mesti emosi..kenapalah ubi kayu tu tak gemuk macam Azim .Kan bagus boleh di buat macam -macam.Dah sikit saya buat sira aje.Nak masuk blog juga? mestilah ..nak lepaskan tension  dengar Cik Ton membebel di pagi-pagi hari..

     Bahan-bahan
    • ubi kayu,gula ,garam dan air .
    Cara membuatnya
    • Basuh bersih ubi kayu dan potong buang kulitnya.
    • Masukkan air ke dalam periuk,letakkan ubi kayu dalam air rebusan.
    • Bila empuk dan nampak lembut serta gebu,tambahkan gula dan sedikit garam.
    • Bila gula hancur dan jadi sebati dengan ubi kayu,padamkan api.
    • Letakkan dalam peti sejuk.Balik kerja boleh makan.

    BROWNIES KUKUS


    Semasa memandu kereta pulang dari kerja, buletin pagi dari  Suria fm menyiarkan Datin Rosmah Mansor ada menyatakan orang perempuan hendaklah saling bantu -membantu bukannya saling menjatuhkan.Apa yang berlaku sebenarnya di sekeliling kita adalah sikap yang suka menjatuhkan itu.Dan saya dah kena semalam.Bengang sekejap, sekarang dah ok balik lepas makan Brownies kukus yang sejuk ni.Ok lah Cik Ton,kita layan resipi pula.Telan dan buat tak tau aje,kan lebih baik!

    Bahan-bahan
    • 100gm .gula kastor
    • 150ml.susu cair
    • 100ml.susu pekat manis
    • 150gm.mentega
    • 50gm.serbuk koko
    • 150 gm.tepung gandum 1sdt.baking powder
    • 1/2 sdt.soda bicarbonat
    • secubit garam
    • 2 biji telur gred A
    Cara membuatnya
    • Ayak tepung gandum,baking powder dan soda bicarbonat.Ketepikan.
    • Masak gula kastor,susu pekat,susu cair dan mentega hingga larut.
    • Tutup api dan larutkan serbuk koko kedalamnya dan kacau sebati.Sejukkan sedikit.
    • Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan koko dan kaup balikkan tepung kedalamnya.
    • Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 45min.-1 jam atau sehingga masak.
    • Sejukkan dahulu sebelum di tuang coklat ganache.
    Chocolate Ganache topping
    • 150gm.whipping cream
    • 200gm.cooking chocolate-potong kiub
    • 1/2 sdt.mentega
    • 1 sdt.madu/glucose syrup-utk mengilatkan ganache
    *Masak whipping cream hingga berbuih.angkat dari api dan masukkan cooking chocolate .kacau sebati.masukkan mentega dan madu.kacau rata.


    Sumber:resep.dekap .com

    Ahad, 2 Oktober 2011

    OVALETTE

    Nama panggilan lain bagi ovalette ialah quick 75.Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.
    Ovalette merupakan pengemulsi atau pengstabil yang di gunakan untuk membuat kek span dan kek -kek  yang menggunakan telur sebagai bahan  untuk melembutkan kek.
    Selain daripada kek span  ada juga resipi kek sarawak dan apam  yang mengunakan  ovalette sebagai bahan pengstabil.
    Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam kek naik dan memerangkap udara  dengan lebih cepat.

    Ovalette menjadikan kek mudah mengental,stabil dan tidak mudah jatuh ketika ia di kacau,di bakar atau di kukus.Kek span yang mengunakan ovalette  mampu mengekalkan bentuk kek di samping menjadikan kek lembut dan gebu setelah di masak.
    Sumber:Dapur Azli Razali
    Gambar:Cik Google

    KEK MENDAP

    Mengapa kek mendap?


    Ada beberapa sebab mengapa kek jatuh selepas di keluarkan.Ia mungkin disebabkan oleh kek anda itu tidak cukup masak.Jadi pastikan kek itu masak dengan mengujinya terlebih dahulu.
    Suhu yang tidak cukup panas juga menyumbang kepada kek mendap selepas di bakar.Bakarlah kek pada suhu 180'c.

    Selain daripada itu mungkin di dalam kek tidak mempunyai udara yang cukup.Anda perlu pastikan adunan betul-betul dipukul sebati terutamanya ketika memukul mentega dengan gula,ketika memasukkan telur dan ketika mengacau tepung dalam adunan.
    Ini bagi membolehkan kek memerangkap udara.Adalah sebaik-baiknya anda mengayak tepung dan bahan penaik(sekira mengunakannya) sebelum mencampurkan kedalam adunan kek.


    Anda boleh menutup suis dan biarkan seketika di dalam ketuhar sambil pintu ketuhar dibuka tetapi cara ini di lakukan  jika anda membuat kek keju.Anda perlu membiarkan seketika bagi mengelakkan kek keju mendap atau pecah selepas di keluarkan .



    sumber:dapur Azli Razali. 
    Gambar:Cik Google

    Sabtu, 1 Oktober 2011

    BUBUR BARLI

    Petang Selasa lepas saya membuat Bubur barli ini.Merebus beras barli memakan masa yang agak lama juga.Rasa beras barli yang lembut dan menyejukkan tekak sesuai di makan pada hari yang panas.Jom kita tengok resipinya pula.

    BUBUR BARLI
    Olahan:daridapursuzana 
                                           

    Bahan-bahan 
    • 250gm.beras barli-rebus sehingga empuk
    • 1 kotak santan-campur air
    • gula(ikut manis)
    • garam
    • 2 helai daun pandan
     Cara membuatnya
    • Masukkan santan yang telah dicampur air bersama barli kedalam periuk.
    • Tambahkan garam,gula dan daun pandan
    • Kacau sekali-sekala sampai mendidih.Bila santan masak bolehlah di angkat dan hidangkan .
     *boleh juga diletak dalam peti ais dan dimakan sejuk.
    *santan tidak boleh di masak lama kerana akan 'pecah minyak'dan bubur jadi tidak sedap.

    DAGING CINCANG GORENG

    Dalam peti sejuk ada 2 paket besar daging cincang yang dibeli oleh my bodyguard.Banyak -banyak beli dan simpan lama-lama pun tak guna juga kalau tidak dibuat sesuatu.
    saya cuma masak resipi mudah sahaja iaitu 
    Daging cincang goreng.

    Bahan-bahan
    • 250gm.daging cincang(jenama Ramly)
    • 1 labu bawang bombay-hiris nipis
    • 2 biji lada merah/hijau-hiris nipis
    • 3 sudu besar cili merah kisar
    • 2 sudu besar bawang merah kisar
    • 2 sudu teh bawang putih kisar
    • sedikit sos tiram,sos cili,sos plum
    • garam/gula secukup rasa                                                                             
    Cara membuatnya 
    • Dalam mangkuk masukkan bawang dan cili kisar,semua sos dan biarkan sebentar.
    • Panaskan sedikit minyak dalam kuali,masukkan daging cincang perap tadi dan goreng.
    • Bila daging hampir masak tambahkan garam dan gula secukup rasa.
    • Masukkan lada dan bawang bombay.Balik-balikkan daging hingga bergaul rata.
    • Bolehlah di angkat dan hidangkan.