Isnin, 17 Oktober 2011

PUDING SPAN EPAL


 Saya buat Puding span epal ini selepas membelek majalah Rasa keluaran September 2010. Tengok resipinya macam mudah saja .Lagipun buah epal dan kek span dalam peti masih ada lagi.Puding ini di buat oleh Puan Suwarsi dari Taman Seri Andalas, Klang.
Jika suka boleh juga di letakkan krim putar di atasnya ataupun meringue.
Puding Span Epal

Bahan-bahan 
  • 10 keping kek span
  • 3 biji epal-di potong dadu
  • 6 biji telur
  • 500 ml.susu
  • 240 gm.gula(saya guna 150gm.)
  • 125 ml.krim putar
  • 1 sdb.mentega
  • 1 sdb.gula perang
  • 1 sd.esen vanila
  • 1/2 sdt.serbuk kayu manis
  • 1/2 cawan kismis

*Di dalam resipi ini saya menggunakan kek span koko dan kek span pandan.Buah epal pula tidak di buang kulitnya.
*Gambar atas:puding sebelum di bakar.


Cara membuatnya
  • Cairkan mentega di dalam kuali leper dan masukkan epal,gula perang , serbuk kayu manis dan kismis.
  • Biarkan hingga gula hancur dan ketepikan.
  • Susun hirisan kek span di dalam mangkuk dan tuangkan adunan epal di atasnya.
  • Selang-selikan dengan kek span dan epal hingga habis adunan.Ketepikan.
  • Sementara itu,panaskan susu bersama krim putar,gula dan mentega hingga agak suam(jangan sampai mendidih).
  • Pukul telur hingga kembang da tuangkan ke dalam bancuhan susu tadi.
  • Kemudian tuangkan  bancuhan ke atas kek dan ratakan.
  • Bakar pada suhu 180'c selama 30 min.menggunakan kaedah stim bath.Bakar hingga masak.

DAGING MASAK LADA HITAM

Daging masak lada hitam ini sangat sedap bila ditambah lada hitam kasar yang telah di tumbuk dan di perap bersama-sama dengan daging dan kemudiannya di goreng.Resipinya di intai kat blog dari dapur Kak Jee.Terimakasih Kak Jee di atas resipi yang sedap ini.

Daging masak lada hitam.
Bahan-bahan
  • 200gm.daging
  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 sdb.sos tiram
  • 2 sdb.lada hitam-di tumbuk
  • 1 sdt.tepung jagung
  • 3 helai daun limau purut
  • garam /gula secukup rasa
Cara membuatnya
  • Daging di hiris nipis dan di perap dengan 1 sudu besar lada hitam.Bubuh sedikit garam.Perapkan selama 1/2 jam.
  • Potong bulat bawang besar.Bawang putih dan halia di hiris nipis.
  • Panaskan kuali,goreng daun limau purut sampai garing.Ketepikan
  • Masukkan halia dan goreng garing.Tepikan. Di ikuti oleh bawang putih dan bawang besar dengan cara yang sama.
  • Masukkan daging dan goreng sampai kecut.Campurkan sos tiram dan 3 sudu besar air
  • Masukkan satu sudu besar lada hitam kisar .Gaul rata dan biarkandaging masak.
  • Masukkan semua bahan yang di goreng tadi dan sedikit tepung jagung yang telah di bancuh dengan air.Tambahkan sedikit gula.
  • Siap untuk di hidangkan.

Ahad, 16 Oktober 2011

INSAF

INSAF
KARYA;LEE KEOK CHIH
Seremban ,Negeri Sembilan
(izinkan saya salin di blog ini sebagai kenangan.tq)

Ketika engkau pergi dan tanpa berkata
apa yang sudah di ucap
atau yang belum di cakap
sudah di lupakan
aku selitkan semua tangisan
ke dalam lembaran buku
seperti kelopak-kelopak bunga melur
musim remaja itu

Setelah begitu lama masa berlalu
pada sebuah senja
secara kebetulan membuka buku
kelopak mekar tiba-tiba jatuh
dari celah buku
tanpa suara dan tidak berbau               

Ketika itu..
mungkin hujan sedang menjilat
bingkai jendela
mungkin hujan semakin lebat
menutup samar-samar lampu jalan
Ketika semuanya berlalu
aku tahu
lambat laun aku pasti melupakan

Beban dihati akan ditanggalkan
aku berharap engkau maafkan aku
kehidupan sebenarnya terpaksa
seringkali terluka  kemudiannya sembuh
dunia masih sebuah taman
menunggu aku menjadi matang

Langit begitu biru
pohon begitu hijau
kehidupan bisa juga
begitu tenteram dan indah..

ROTI SOSEJ

Roti sosej ini di buat kerana nak menghabiskan sosej ayam di dalam peti sejuk yang dah lama tersadai.Kalau di goreng begitu saja anak-anak tidak begitu suka makan.Saya buat roti sosej ini untuk sarapan pagi sebelum ke sekolah.Siapkan awal-awal pada waktu malam kemudian simpan dalam peti sejuk,esoknya goreng.Gambar di atas ialah roti sosej yang baru di salut serbuk roti dan belum di goreng lagi.Saya menggunakan Japanese bread crumb sebab tu nampak kuning.Kalau puan-puan tak nak salut serbuk roti pun tak apa.Cuma goreng begitu saja.Bread crumb menyerap banyak minyak.

ROTI SOSEJ

Bahan-bahan
  • 10 keping roti sandwich
  • 1 peket sosej(10 batang) 
  • serbuk roti secukupnya(pilihan)
  • 2 biji telur-di pukul
  • minyak utk.menggoreng 

Cara membuatnya
  • Rebus sebentar sosej dan toskan.
  • Ambil roti dan gelek dengan kayu penggelek supaya nipis sedikit.
  • Letak  sosej di atasnya, kemudian gulung dengan kemas.Sapukan sedikit telur di hujung untuk melekatkannya.
  • Sapu/celupkan sedikit di dalam telur kemudian golekkan di atas serbuk roti.
  • Panaskan minyak kemudian goreng.
  • Bolehlah di hidangkan dengan sos cili dan mayones.
*  Roti ini boleh di buat awal dan di simpan kat frezer.Bila nak gunakan letak kat luar sebentar dan bolehlah di goreng.Boleh juga di gulung dgn.cheese slice.

CHOCOLATE ROSES

Saya belajar membuat homemade coklat dari internet selepas anak- anak begitu suka memakannya.Hari tu ada kelas coklat yang di anjurkan oleh Sweetbery tapi tak sempat nak gi pulak sebab bekerja pada masa jadual kelas coklat tu.
Siapa penggemar coklat,lepas ni boleh buat coklat sendiri. Dijamin sedap. Aktiviti pagi Jumaat pada minggu lepas.Hilang tension sekejap!.
Dulu saya tak tau nak buat coklat guna coklat jenis apa. Sekarang saya share cara buat coklat dekat blog ini. 

Untuk buat coklat yang sedap kita kena gunakan coklat compound brand Colatta. Dekat pasaraya takde jual coklat jenis ni, cuma ada di kedai kek. Saya beli di kedai Sweetbery/Citarasa. Kalau buat Almond London guna coklat ni memang sedap(kalau nak makan sendiri boleh la).Mahal ooiii!.Macam-macam mould ada di jual.Saya cuma beli mould rose ,nombor dan kulit kerang.Nanti nak tambah lagi!.

Ada 3 jenis compound coklat ni iaitu dark, milk dan white. Saya gunakan milk coklat.
Bahan-bahan 
  • 1 bar coklat compound
  • badam biji/Hazelnut secukupnya(pilihan)
Cara membuatnya
    • Panaskan coklat guna kaedah double boiler.
    • Badam dibakar untuk letak dalam coklat nanti
    • Mula-mula letakkan sedikit sahaja coklat dalam mould kemudian sejukkan selama 3 minit dalam freezer. 
    • Letak coklat guna sudu, kalau guna piping bag, coklat masih panas.
    • Letakkan sedikit coklat dahulu kemudian keraskan supaya corak tadi akan menjadi cantik dan berkilat.   
    • Apabila coklat sudah keras, bolehlah letak badam atau apa2 inti yang disukai, kemudian dilapisi dengan coklat semula. Simpan kembali dalam freezer selama 3 minit ataupun sehingga coklat mengeras.
    • Tara..dah siap. 
    • Untuk mengeluarkannya,telangkupkan mould dan ketuk-ketukkan mould hingga coklat keluar.

    Sabtu, 15 Oktober 2011

    SAMBAL PAUH DENGAN IKAN


    Sambal pauh dengan ikan ini membuka selera bila di makan dengan nasi panas.Tak makan lauk lain pun tak apa .Dulu-dulu saya selalu lihat arwah emak menumbuk pauh muda dengan ikan.Tapi sekarang bila saya membuatnya saya lebih suka memarut pauh muda itu yang di gaul bersama-sama ikan.
    Sambal pauh dengan ikan
    Bahan-bahan
    • 10 ekor ikan kembung/selayang-di bakar
    • 5 biji buah pauh muda-di parut
    • 5 biji cili merah kecil(jum.terpulang)
    • sedikit garam kasar

    Cara membuatnya
    • Tumbuk cili merah dengan garam kasar.
    • Buang tulang ikan bakar ,ambil isinya sahaja.
    • Masukkan isi ikan ke dalam cili yang di tumbuk dan tumbuk lagi hingga bergaul sepenuhnya.
    • Pindahkan ke dalam pinggan kemudian gaulkan dengan pauh yang telah di parut.Boleh tambah cili yang di hiris kecil-kecil jika inginkan lebih pedas.
    • Bolehlah di hidangkan.

    AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

                                                      
    Buat agar-agar lagi supaya bila buka je peti sejuk nampak makanan .Agar -agar kali ini di tambah gula melaka.Yang telah di buat sebelum ini di tambah air daun pandan dan berwarna hijau.Kedua-duanya memang sedap .

    AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA
    Sumber:Dari dapur

    Bahan-bahan
    • 1 peket agar-agar
    • 2 cawan santan
    • 1 helai daun pandan 
    • gula(sukatan ikut masing-masing)
    • secubit garam 
    • 4 cawan air
    • 2 biji telur
    • 4 keping gula melaka
    • 1 sdt.nescafe
    Cara membuatnya
    • Masak agar-agar hingga mendidih dan agar-agar larut.
    • Masukkan gula melaka,gula dan serbuk nescafe dan daun pandan.
    • Kecilkan api.Pukul telur dengan santan ,kemudian tuangkan campuran santan dan telur ke dalam agr-agar.
    • Kacau terus hingga mendidih.Tuangkan ke dalam acuan yang anda suka.
    • Sejukkan dahulu baru di dinginkan dalam peti sejuk.  
                                              

      Khamis, 13 Oktober 2011

      SAMBAL TELUR


      SAMBAL TELUR
      Sumber:daridapursuzana
      Masakan yang ringkas dan mudah untuk di sediakan.

      Bahan-bahan
      • 4 biji telur
      • 3 sdb. cili kering kisar
      • 2 sdb. bawang merah kisar
      • 1 sdb bawang putih kisar
      • 1sudu kecil halia kisar
      • 2 sdb.sos tiram,sos tomato,sos cili
      • garam,gula secukup rasa
      • 1 sdb.sos lada hitam
      • 1 biji bawang besar-di hiris.
      Cara membuatnya 
      • Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan halia kisar.
      • bila bawang naik bau,masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak.
      • masukkan kesemua sos. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.Tambahkan sedikit air.
      • Pecahkan telur sebiji-sebiji dan biarkan telur separuh masak ,bolehlah di padamkan api.
      • Bolehlah dihidangankan.

      TIP MEMBUAT BISKUT

      TIP UNTUK MENDAPATKAN BISKUT YANG RANGUP.
      • Gunakan mentega yang berkualiti untuk rasa biskut yang enak.
      • Pukul mentega dan gula dengan sebati untuk mendapatkan biskut yang rangup.
      • Anda perlu mengayak bahan penaik dan bahan kering lain seperti tepung sebelum mencampurkan dalam adunan mentega agar biskut yang bakar naik dengan sekata.


      •  Gunakan tepung halus(superfine) bagi mendapatkan hasil biskut yang rangup.
      • Anda perlu memanaskan ketuhar 10 minit lebih awal sebelum membakar biskut.
      • Lengserkan dulang pembakar dengan mentega sebelum menyusun biskut yang belum di bakar agar biskut yang di bakar mudah di tanggalkanselepas di bakar.
      • Setelah adunan di campur dengan tepung,jangan menguli biskut terlalu lama kerana itu akan membuatkan biskut menjadi keras dan tidak rangup.
      • Pastikan doh tidak terlebih tepung yang akan membuatkan biskut tidak rangup .
      • Canaikan doh dengan ketebalan yang di sarankan adalah 5-8mm.
      • Ketuhar standard mempunyai fungsi yang bolah dilaraskan ,pastikan anda mengetahui cara penggunaan ketuhar anda dengan betul.Jangka masa pembakaran adalah sekitar 10-12 min. dengan kepanasan 180'c.
      • Biskut yang belum di bakar perlu di susun tidak terlalu rapat dan seeloknya perlu disusun selang satu jarak diantara satu biskut dengan biskut yang lain.
      • Elakkan menyimpan biskut yang masih panas di dalam balang biskut kerana wap dari biskut panas akan membuat biskut menjadi lemau.Biar ia sejuk sebelum di susun dalam balang biskut.
      Selamat membuat biskut.                      
      Sumber:Dari dapur Azli Razali.blogspot. Terimakasih daun keladi!.
      Gambar:Cik Google

      Rabu, 12 Oktober 2011

      KEK COKLAT

       Resepi kek coklat ini tidak menggunakan mentega tetapi di gantikan dengan minyak masak .Walaupun tidak mengunakan mentega tetapi tekstur dan rasanya tidak berlainan dengan kek yang mengunakan mentega.Walaupun warna keknya agak hitam tetapi tidak pahit(perfect taste!) .Saya melapisinya dengan topping mentega mengunakan krimwell dan di letak perasa kopi.Bila kek dah siap ,jom kita bergambar tepi pokok bunga.Alaa..tempat biasa tu!.

      Kek coklat (tanpa mentega)
      Bahan-bahan utama
      • 2 biji telur
      • 1 cawan minyak masak 
      • 1 cawan gula pasir
      • 1 cawan gula perang
      *Saya kurangkan sukatan gula.

      Bahan A
      • 1 sudu kecil esen vanila
      • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat.
      • 1/2 cawan air campur dengan 2 sudu kecil nescafe
      Bahan B
      • 2 sudu kecil soda bicarbonat
      • 1 sudu kecil baking powder
      • 1/2 cawan serbuk koko
      • 2 cawan tepung gandum
                                                                                        
      Cara membuatnya
      • Pukul telur hingga kembang.
      • Masukkan gula dan pukul lagi.
      • Kemudian masukkan minyak masak.
      • Ayak  semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur tadi berselang -seli dengan bahan A.
      • Gaul sehingga sebati.
      • Bakar pada sudu 170'c selama 1 jam atau sehingga masak.