Sabtu, 5 November 2011

TOPPING DAN AISING

CREAM CHEESE FROSTING/TOPPING KEJU KRIM
Ia adalah topping yang selalu di gunakan untuk di sapu di atas Kek Lobak Merah dan Kek Baldu Merah(Red Velvet Cake).Sangat mudah untuk di sediakan dan enak rasanya. Sekiranya anda ingin mengunakan  frosting ini untuk  kek cawan@ muffin juga boleh.
 
Cream cheese topping
Bahan-bahan
  • 250 gm.cream cheese
  • 60 gm.gula aising
  • 1 sdt.esen vanila
  • 1 1/2 cawan(360 ml.)krim putar
Cara membuatnya
  • Pukul keju krim dengan gula hingga lembut dan sebati.
  • Kemudian masukkan esen vanila dan krim putar.Pukul sehingga pekat
  • Sedia untuk di sapu di atas kek.
Sumber:Dapur Azli Razali

TOPPING COKLAT GANACHE
Chocolate ganache adalah topping yang selalu di gunakan untuk kek coklat lembab.Anda juga boleh menggunakan untuk kek jenis lain seperti kek coklat keju.
Jangan masak atas api yang terlalu kuat kerana takut coklat akan menjadi hangus pula nanti.Biarkan ganache yang telah masak di sejukkan  sebentar sehingga  sedikit keras supaya mudah di sapu atas kek.

Topping coklat ganache
Bahan-bahan
  • 115 gm.coklat masakan(dark chocolate) 
  • 80 ml.whipping cream
  • 1 sdt. mentega
Cara membuatnya
  • Campurkan  semua bahan dan masak atas api yang sederhana sehingga cair.
  • Sejukkan dan sedia untuk di sapu atas kek.
Sumber:Dapur Azli Razali

Resipi lain-lain
Topping coklat ganache

Bahan-bahan : Untuk kek saiz kecil(Dayang Jack)
  • 100 g coklat masak (dipotong kecil2)
  • 125 ml susu segar/susu perisa coklat
  • 50 g butter (dipotong kecil2)
  • 4 sb madu (boleh juga digantikan dgn gula perang atau gula biasa)
Cara-cara :
  • Satukan kesemua bahan di dalam periuk/saucepan, dan masak dgn api perlahan. 
  • Gunakan kaedah double boil. Kacau sehingga kelihatan pekat. 
  • Tutupkan api, dan kacau lagi sebati. 
  • Setelah agak suam sedikit, bolehlah dicurahkan ke atas kek tadi (pastikan kek tu sejuk terlebih dahulu). Selamat mencuba!
Krim coklat(Puan Hanieliza)
Bahan-bahan
250 gm.coklat masakan
1 sdb.cocoa butter

Cara membuatnya
  • Coklat di cincang kecil dan masukkan bersama cocoa butter ke dalam mangkuk tahan panas.
  • Panaskan coklat dan kacau sampai coklat cair.Tutup api.
  • Bila nampak coklat agak pekat bolehlah di sapu di atas kek.
  • Hias mengikut kreativiti masing-masing.
*Terimakasih kepada semua penyumbang resipi.     Gambar:Cik Google

PUDING SAGU

Salam sayang!...hari ini saya bercuti  dan di kesempatan ini saya mengambil peluang mengadap PC .Curi-curi masa sementara menunggu kek yang sedang di bakar masak.Saya buat sebiji kek coklat untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha esok iaitu pada 6 Nov.2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432H.Petang  atau malam ni nak buat Roti lapis daging dan pagi esok nak goreng Makaroni pula.Plan dah siap semua tunggu nak buat aje.Kesian pula budak-budak kalau tengok meja kosong aje pada hari raya walaupun Hari Raya Aidil Adha.Panjangnya intro....mari kita tengok resipi puding sagu yang sedap di makan sejuk-sejuk ni.

Puding Sagu 
Bahan-bahan
  • 4 cawan sagu
  • 3 cawan santan
  • gula -ikut manis
  • sedikit garam
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit halia-di hiris
  • sedikit biji halba


 Cara membuatnya
  • Masak air hingga mendidih dan rebus sagu hingga masak iaitu kelihatan jernih.
  • Sagu perlu di kacau sekali-sekala supaya rata masaknya.Angkat dan masukkan ke dalam bekas sesuai/acuan.
  • Sementara itu masukkan santan ke dalam periuk dan tambahkan air untuk di buat kuahnya,daun pandan ,gula ,garam.
  • Bila mendidih masukkan halia,biji halba dan  sagu.Biarkan sebentar dan angkat.
  • Sejukkan dahulu baru di masukkan ke dalam peti sejuk.Sedapnya!.

Jumaat, 4 November 2011

JELLY FRUIT CAKE

salam sayang...ia cuma kek biasa-biasa saja tapi menarik...untuk di tengok dan menarik untuk di makan .Resipinya adalah dari Mat Gebu@Myresipi.com.Terimakasih ye En.Mat kerana sudi berkongsi resipi.Lapisannya nampak macam Triffle tapi kek ini boleh di keluarkan dari loyang sementara Triffle tidak boleh.Saya menggunakan acuan spring form.Jom tengok resipinya.

Jelly Fruit Cake
Bahan-bahan
  • 1 biji kek span(saya guna sponge mix)
(resipinya sila rujuk entri yang lepas)

Bahan untuk kastard
  • 400 ml.susu segar
  • 2 biji kuning telur
  • 50 gm.gula halus
  • 20 gm.tepung jagung
  • 20 gm.tepung gandum
  • 4 gm.serbuk jelly/Kristal jelly
  • 1 sdt.esen vanila
  • 1 sdb.mentega
  • secubit garam
Bahan-bahan lain
  • Buah-buahan pilihan masing-masing seperti peach,strawberry ,laici,kiwi dan sebagainya (saya guna buah koktel)
  • sedikit jem aprikot
  • 1 cawan almond flakes-panggang sebentar(tak letak)

Bahan-bahan untuk jelly
  • 700 ml.air
  • 6 gm.serbuk jelly
  • 100 gm.gula
*Saya menggunakan 1 kotak kristal jelly dan masak ikut arahan di kotak.

Cara membuatnya
  • Biarkan kek sejuk dan potong kepada dua bahagian.Guna satu bahagian sahaja.(saya cuma potong sedikit di bahagian atas sahaja).
  • Masukkan kek tadi kembali ke dalam loyang.Ketepikan.
Untuk kastard
  • Satukan kesemua bahan kecuali mentega dalam bekas tahan panas.Masak atas air mendidih secara double boiler.
  • Masak hingga pekat,tapi jangan terlalu pekat.Angkat dan masukkan mentega,gaul hingga sebati.
  • Tuang kastard ke dalam loyang berisi kek,ratakan sehingga memenuhi permukaan kek dan bahagian yang kosong.Susun buah-buahan mengikut kreativiti masing -masing.
Untuk jelly
  • Larutkan serbuk jelly mengikut arahan di kotak.
  • Angkat dan tuangkan perlahan di atas buah-buahan tadi.
  • Biarkan sejuk dan simpan di dalam peti sejuk.
  • Bila sejuk dan jelly beku,keluarkan dari acuan,sapu tepi kek dengan jem aprikot dan lekatkan dengan almond flakes tadi.

Khamis, 3 November 2011

SIMPLE ICE CREAM

Selamat berbahagia semua..saya pun sungguh bahagia selepas makan ais krim yang menyejukkan ni.Di tambah pula dengan rasanya yang tidak terlalu manis dan buah koktel yang sejuk.Hmmm..nyamannya seperti berada di tempat yang sejuk.Bunyi macam iklan pulak dah..terimakasih kepada penyumbang resipi.Tu lah dulu semasa belum ada blog, print resipi lupa pula nak salin nama pemilikya.

SIMPLE ICE CREAM
Bahan-bahan
  • 1 peket coffeemate
  • 1 kotak besar susu UHT Dutch Lady
Cara membuatnya
  • Campurkan kedua-dua bahan dalam blender dan kisar hingga berbuih.
  • Tuangkan ke dalan bekas sesuai dan beku kan separuh hingga beku.
  • Selepas itu masukkan ke dalam blender dan kisar sekali lagi sehingga hancur.
  • Sejukkan sehingga beku.
  • Siap untuk di makan.
Cadangan hidangan
*sesuai untuk sesiapa yang tidak mempunyai mixer high speed.
*Skopkan ais krim ke dalam cawan dan tuangkan sos coklat Hershey dan taburkan kacang tumbuk di atasnya.
*Hiaskan dengan buah-buahan koktel.
*Tambahan:perasa ais krim bergantung kepada perasa susu yang di pilih samada susu coklat,strawberry,coffee dan sebagainya.

SAYUR TUMIS BAYAM MERAH

Sayur bayam(spinach)selalu di buat di rumah ini sebagai hidangan makan tengahari.Ia adalah sayur kesukaan my bodyguard.Kalau buat satu mangkuk besar dia boleh habiskan masa tu juga.Lepas makan dengan nasi dia makan lagi sayur.Sukenya!!!

SAYUR TUMIS BAYAM MERAH
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  •  3 ikat bayam merah
  • 1 sudu besar udang kering kisar/kiub ikan bilis/ikan bilis tumbuk.
  • 1 biji lada merah -hiris
  • 2 ulas bawang   putih-ketuk
  • 2 sdb. bawang merah kisar
  • 1 sdb.sos ikan
  • garam/gula secukup rasa
  • sedikit minyak
  • air secukupnya
Cara membuatnya
  • Rendam bayam dalam air sebentar dan basuh di bawah air mengalir hingga bersih.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan putih.
  • Bila naik bau masukkan udang kering dan tumis sebentar.
  • Masukkan air secukupnya dan apabila mendidih masukkan bayam dan biarkan hingga layu.
  • Masukkan sos ikan /garam dan gula secukup rasa.
  • Bolehlah di angkat.
*bayam merah perlu di masak hingga layu supaya lembut.

BENCI

JANGAN ADA BENCI...

Menurut Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka.Tuhan itu maha adil.Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita.Misalnya orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan di benci  oleh rakan -rakannya.Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.
Justeru hapuskanlah segala perasaan benci dalam hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaedah mengikis benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci adalah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam .Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka,memberus gigi ,membersihkan diri dan mengibas tempat tidur,tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur?.Dengan memaafkan orang sebelum tidur,kita akan membersihkan  hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.
Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita,kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita.

Sumber:e-mail kampus
Gambar:Cik Google

BAHULU GULUNG

Saya cuba membuat bahulu gulung pada kali pertama selepas melihat gambarnya kat Blog Dayang Jack dan Home sweet home.Tengok bahan-bahan yang di gunakan mudah saja .Lagipun semuanya ada kat dapur.Tapi gulungannya kureng kemas!.Nak tayang juga sebab rasanya sedap sangat makan dengan air kopi.

BAHULU GULUNG
Resepi:Dayang Jack-dapurku sayang.terimakaseyyy!!

Bahan-bahan ( dulang saiz 9" x 7")
- Satu gulung utk 3-4 orang )


  • 90 g / 3/4 cawan / 9½ sb tepung gandum (diayak)
  • 3 biji telur A
  • 5 sdb. gula halus
  • 1 sdt. esen vanilla / jus lemon
  • 2 sdb. jem raspberi
  • sedikit gula halus utk taburan
Cara-Cara:-
  • Sediakan tin/loyang/dulang pembakar. Alas dgn baking sheet dan griskan serta taburkan sedikit tepung di permukaannya. Panaskan oven pd suhu 180C.
  • Putar telur dgn gula sehingga betul2 kembang dan ringan. (pastikan adunan ini betul2 kembang dan gebu, ini akan membantu kek jadi lebih ringan dan lembut setelah masak).
  • Masukkan esen vanilla/jus lemon dan putar lagi hingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm adunan td sambil dikacau dgn cara kaup balik. (kaup tepung dgn perlahan shj.).
  • Tuangkan adunan ke dalam dulang yg telah disediakan. Ratakan.
  • Bakar pada tetingkat atas (high rack) selama 20 minit atau sehingga kek keperangan. (jika menggunakan suhu 200C, bakar selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C, dan bakar lagi selama 5 minit). Walau bagaimanapun, kepanasan suhu bergantung pada jenis oven yg digunakan.
*saya menggunakan jem buah-buahan .

    Selasa, 1 November 2011

    IKAN CELUP TEPUNG

     As-Salam buat semua...
    Sudah lama tidak makan ikan celup tepung.Dulu-dulu suka gi ke Pantai Cahaya Bulan dan paling tidak pun ke Pantai Irama untuk makan ikan celup tepung dan pelbagai lagi makanan laut yang di celup tepung yang ada di jual di situ.Tapi sekarang kami tidak lagi ke pantai.Kerana tidak berkesempatan,saya mencuba untuk membuat sendirinya di rumah .Mudah saja.. 
                                    
    IKAN CELUP TEPUNG
    Sumber:dayangjack.blogspot.com.thanks

    Bahan-bahan
    • Ikan kembung
    • 1 cawan tepung gandum
    • 1 cawan air sejuk(dari peti ais)
    • 1 sdb.planta
    • sedikit serbuk kunyit

      Cara membuatnya
      • Bersihkan ikan dan toskan.
      • Blend kesemua bahan hingga sebati.
      • Batter hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
      • Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng.
      • Celupkan ikan ke dalam batter sejuk tadi dan gorenglah hingga garing keemasan.
      • Toskan setelah masak.
      • Hidangkan panas-panas dengan sos pencicah.
      *Saya masukkan sedikit hirisan daun bawang/sup ke dalam batter

      AGAR-AGAR NESCAFE

      Petang ni hujan masih lagi turun tetapi tekak rasa nak makan benda-benda yang sejuk juga.Lama juga tak makan agar-agar dek kesuntukan masa untuk membuatnya.Biasanya saya buat semasa bulan puasa. Agar-agar nescafe ni saya ambil resipinya kat Fotopages Kak Rusnah.

      Agar-agar nescafe
      Bahan-bahan
      • 1 peket agar-agar
      • 4 cawan air
      • 1 sdt.serbuk nescafe
      • gula-ikut manis
      • 1 cawan susu cair
      • biji selasih-rendam dengan air panas.                            


      Cara membuatnya
      • Masak agar-agar bersama gula hingga larut.
      • Masukkan nescafe dan gula,kacau hingga sebati.
      • Tuangkan separuh agar-agar kedalam bekas/acuan,separuh lagi biarkan di dalam periuk.
      • Tapiskan biji selasih dan masukkan  ke dalam agar-agar dalam periuk.
      • Masukkan susu cair ke dalam agar-agar yang di dalam bekas tadi.Kacau dan biarkan agak beku.
      • Setelah agar-agar tadi agak beku,cakarkan permukaan dengan garfu dan tuangkan agar-agar yang bercampur selasih tadi ke atasnya.
      • Sejukkan di dalam peti sejuk

      TEKNIK TANAK NASI


       TEKNIK TANAK NASI

      Saya letakkan entri ini di sini sebagai panduan untuk 
      anak -anak saya.Mungkin suatu hari nanti mereka
      akan terbaca blog ini dan mendapat sesuatu darinya.

      Penggunaan periuk manual agak leceh dan teknikal
      sedikit kerana anda harus berhati-hati! Takut nasi 
      yang dimasak akan hangit dek kerana lupa untuk melihat nasi yang dimasak di atas dapur.

      Sekiranya anda ingin menggunakan periuk manual, basuh beras terlebih dahulu dan kemudian letak air sebelum ditanak di atas api seperti biasa. Setelah mendidih dan membuak anda perlu mengacau seketika.

      Setelah ia kering kecilkan api dan tutup periuk. Biarkan lebih kurang 6 hingga 8 minit supaya airnya betul-betul kering. Kemudian bolehlah ditutup apinya. Kemudian kacau sebentar dan tutup tudung periuk kembali.
      Nasi bolehlah dinikmati sekiranya butiran nasinya telah memadat dan tiada lagi lekitan air pada nasi. Tip yang paling senang adalah dengan melihat jika nasi itu telah lekang dari dinding periuk.

      Sukatan air dan beras
      Sukatan air yang betul untuk menanak nasi memang persoalan yang memeningkan kerana jika sukatan airnya terlebih atau terkurang maka nasi yang ditanak akan menjadi lembik atau mentah.
      Sukatan air hanya perlu disukat menggunakan ruas jari. Sukat guna ruas jari? Sebenarnya setelah beras dibasuh dan diletak air, anda hanya perlu meletakkan jari telunjuk atau hantu anda di atas permukaan beras.
      Sukat air sehingga mencecah ruas jari pertama anda dan ia menandakan sukatan airnya sudah mencukupi. Pasti nasi yang ditanak peroi dan elok masaknya.
      Anda boleh juga menggunakan sukatan cawan, jika satu cawan beras yang digunakan adalah bersamaan dengan 1¼ cawan untuk airnya. Sekiranya anda menanak nasi yang banyak, saya lebih suka mencadangkan anda menyukat dengan sukatan cawan.
      Sukatan air dengan jari hanya bersesuaian untuk kuantiti beras yang sedikit. Berbeza pula dengan beras beriani sukatan airnya adalah bersamaan dengan sukatan beras. Sekiranya 1 cawan mangkuk beras adalah bersamaan 1 mangkuk sukatan air juga.

      Nasi peroi
      Saya suka menikmati nasi yang peroi kerana ini tandanya nasi itu telah ditanak dengan sukatan dan teknik yang betul. Anda perlu mengikut sukatan air yang betul dan sekiranya nasi itu telah kering biarkan seketika beberapa minit. Kemudian, buka tudung periuk dan kais serta gembur beras itu.
      Gembur nasi itu seketika sahaja kerana khuatir nasi akan hancur pula nanti. Cara ini akan mengurangkan lekatan pada nasi di dalam periuk apabila ia mengeras nanti jadi nasi akan peroi selepas masak.
      Tutup semula dan biarkan lebih kurang 10 minit dan anda akan dapati nasi itu kering dengan elok dan bolehlah disenduk untuk dimakan.

      Tip nasi tidak cepat basi
      Pastikan beras dibasuh bersih dan airnya hampir jernih. Ini akan melambatkan nasi menjadi cepat basi. Orang tua-tua pernah berpesan kepada saya jika beras yang dicuci tiga kali ia lebih bersih. Jika ada lebihan nasi yang tidak habis dimakan, simpanlah nasi di dalam peti sejuk kerana lebihan itu boleh dicampur kembali apabila menanak nasi nanti.
      Lebihan nasi yang disimpan juga boleh digunakan untuk membuat nasi goreng tetapi nasi itu tidak terlalu lembik kerana nasi yang terlalu lembik tidak sesuai untuk dibuat nasi goreng.

      Sumber:Dapur Azli Razali

      Gambar:Aunty Google