Khamis, 18 November 2021

KEK BATIK


 Assalam buat semua..
Dulu-dulu saya ingat kalau nak buat kek batik ni remeh dan susah.
Bila ketiga-tiga anak saya suka makan Kek batik,saya mula belajar membuatnya.
Tak susah seperti yang saya fikirkan sebelum ini.
Tidak perlu di bakar pun dan penuh dengan rasa coklat.
Sekarang ni dah macam-macam kek batik versi premium mula di buat.
Ok,nanti kita cuba kesemuanya.
Untuk hari ini saya buat Kek batik versi simple sahaja
Let's try buat.

KEK BATIK

Bahan
600 gm biskut marie
200 gm butter
1 cawan milo
1 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan air masak
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh garam

Cara membuatnya
  • Cairkan butter dengan api perlahan,masukkan susu pekat manis dan gaul rata.
  • Masukkan milo dan serbuk koko,garam,esen vanila dan  kacau rata.
  • Kacaukan telur,masukkan ke dalan adunan dan tambah air.
  • Biarkan seketika sambil di kacau semua biar bahan-bahan sebati.
  • Tutup api dan masukkan biskut marie yang telah di patah-patahkan.
  • Gaul biar rata.
  • Ambil bekas sesuai dan masukkan sedikit-sedikit sambil di tekan hingga padat.
  • Akhir sekali,ratakan aduan biskut dan tekan lagi supaya permukaan rata.
  • Jika ada adunan cair yamg lebih,boleh di ratakan di atasnya.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk hingga keras. 




Rabu, 20 Oktober 2021

BUN INTI EPAL

Assalam buat semua
Bun kecil gebu ni boleh di olah buat macam-macam makanan kudapan.
Salah satunya di letak inti di atasnya. Intinya boleh di pelbagaikan ikut pilihan sendiri. 
Saya ada banyak epal dalam peti sejuk. 
Daripada di biarkan begitu saja, lebih baik di buat sesuatu.
Let's try buat. 

BUN INTI EPAL 
Bahan
10 biji bun kecil

2 biji epal merah
1 sudu besar instant custard
1/3 cawan cranberi atau kismis atau mixed fruits
1 sudu besar gula perang
1 sudu besar mentega

125 gm. Cream cheese
1 sudu besar susu pekat manis

Cara membuatnya
1.Potong bahagian atas bun suoaya jadi rata
2.Gaulkan cream cheese dan susu pekat manis. 
3.Paipkan di atas bun tadi. 

Cara buat inti epal 
1.Potong dadu kecil epal.
2.Cairkan mentega dan masukkan epal. 
3.Tambah gula perang dan cranberi
4.Akhir sekali masukkan instant custard dan gaul rata. 
5.Ambil sesudu besar inti epal, letak di atas bun tadi. 
6.Bakar dalam oven pada suhu 140'c selama 15 minit. 
7.Sejukkan sebelum di hidang. 

Ahad, 17 Oktober 2021

LOADED POTATO

Assalam buat semua..
Saya buat Loaded Potato ni ala-ala KFC. 
Bekas tu re-use yang KFC punya nak bagi efek KFC 😊
Bila dah buat sendiri ada la tokok tambah sesedap rasa. 
Puashati makan... Ayam pop cornnya saya letak lebih. 
Let's try buat. 

LOADED POTATO
 
Bahan
Potato Russet-potong dan rebus
Mentega
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam

Isi dada ayam-potong kiub
Tepung bestari
1 tin sweet corn-toskan airnya
Sos cheese

Cara membuatnya
1.Lenyek kentang rebus bersama mentega
2.Tambah serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. 
3.Sesuaikan rasanya.
4.Tambahkan sweet corn dan gaul rata. 
5.Masukkan ke dalam bekas pilihan. 

Ayam PopCorn
6.Bancuh 2 sudu besar tepung Bestari dengan air.
7.Masukkan isi ayam. Rendam sekejap. 
8.Sementara itu, panaskan minyak. 
9 Toskan isi ayam dan masukkan ke dalam bekas bertutup. 
10.Taburkan tepung Bestari secukupnya dan kocok dalam bekas bertutup supaya bergaul rata. 
11.Goreng hingga masak.Toskan.

Cara hidang
12.Masukkan Ayam popcorn ke dalam bekas Potato. 
13.Taburkan Sweet corn selebihnya. 
14.Paipkan Sos cheese di atasnya. 
15.Sedia untuk di makan. 

Sabtu, 16 Oktober 2021

HATI AYAM GORENG KICAP

Assalam buat semua.
Menu ini saya masak buat makan tengahari.
Sedap di makan bersama nasi putih.
Anak-anak tak suka makan hati ayam,sudahnya terkumpul begitu saja di dalam peti ais. 
Let's try masak. 

HATI AYAM GORENG KICAP 
Bahan
6 ketul hati ayam -potong dua
serbuk kunyit
Sedikit garam

1/2 labu bawang bombay-potong nipis
5 ulas bawang putih -cincang
1 biji lada hijau-potong serong
Beberapa biji tomato ceri
daun bawang-potong 1 inci
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar serbuk jintan manis
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos lada hitam
Serbuk cukup rasa maggi

Cara membuatnya
1.Hati ayam di gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
2,Goreng separa masak.
3.Madukkan sedikit lebihan minyak ke dalam kuali.
3 Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
4.Masukkan serbuh jintan manis
 dan masak seketika. 
5.Masukkan kesemua sos.
6.Masukkan hati ayam dan gaul rata. 
7.Masak seketika dan perasakan dengan serbuk cukup rasa. 
8.Tambahkan daun bawang,cili hijau dan tomato ceri. 
9.Bolehlah di angkat. 

Sabtu, 25 September 2021

KEK MILO


 Assalam buat semua..
Kek Milo ni saya jumpa resepi kat FB. 
Kali pertama cuba buat dan rasanya sesuai dengan selera anak-anak saya. 
Kalau dah sesuai tu, sedap la kan. 
Saya ubah-suai kemanisan ikut kesukaan sendiri
Let's try baking

KEK MILO

Bahan
1 cawan milo
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas 
2 cawan tepung naik sendiri
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya
  • Satukan milo,gula,susu pekat,minyak dan air panas  didalam periuk dan masak sehingga semuanya sebati. Ketepikan.
  • Pukul telur bersama esen vanila sehingga kembang.
  • Masukkan adunan milo ke dalam telur.Pukul sehingga rata.
  • Masukkan pula tepung dan gaul sehingga sebati.
  • Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
Bahan topping
1/2 cawan milo
1 sudu besar mentega
1 sudu besar air panas
1/2 cawan susu pekat manis.

Masak kesemua bahan secara double-boil.
Jika pekat sangat,tambahkan air ataupun krim putar sehingga topping sesuai untuk di tuang ke atas kek.
Bila sudah bergaul rata,tuang ke atas kek.
Hias ikut citarasa masing-masing.

Rabu, 1 September 2021

ODEN


 Assalam buat semua.. 
Semalam saya cuba buat Oden,tapi tak pasti anak-anak suka atau tidak. 
Anak-anak saya jarang makan makanan sejuk-beku yang pelbagai perisa dan saiz itu. 
Saya gabung dengan mee segera Cintan yang di celur sekejap. 
Rupanya mereka tidak begitu suka sebab kuahnya rasa pedas untuk taste kami yang tidak suka makanan pedas. 
Perencah guna yang ready pack mungkin pedas sikit. 
Let's try buat. 

ODEN

Bahan
Frozen food pilihan
1 paket sederhana perencah Tomyam
1 paket sederhana perencah Asam pedas 
1 paket kecil perencah sup siam 
5 ulas bawang putih-cincang
2 sudu besar gula perang-pilihan. 
Garam jika perlu

Mee segera Cintan-celur sebentar

Cara membuatnya
1.Masukkan secukup air ke dalam periuk. 
2.Tambah bawang putih cincang dan kesemua bahan perencah.
3.Masak hingga mendidih. 
4.Sesuaikan rasanya. 
5.Masukkan kesemua frozen food pilihan. 
6.Tunggu sebentar dan bila kuah mendidih, tutup api. 
7.Hidangkan panas-panas dengan mee segera tadi. 

Rabu, 25 Ogos 2021

MUSHROOM SOUP

Assalam buat semua..
Mushroom soup ni adalah kesukaan anak-anak.
Biasanya ia di makan bersama Garlic bread. 
Tapi anak-anak suka makan dengan Roti Bun kecil yang saya salut dengan breadcrumbs dan di goreng .
Buat makan-makan di waktu petang
Ulang lagi esoknya pula buat sarapan pagi.
Ok let's try buat.

MUSHROOM SOUP

Bahan
500 ml full cream milk/fresh milk
300 ml air
1 tin sos cendawan ayam
1 tin cendawan butang-hiris atau cincang
1/2 cawan tepung gandum(untuk pekatkan kuah) 
1 kiub pati ayam
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Keju Cheddar parut(optional)
Serbuk lada hitam

Cara membuatnya
1.Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau rata. 
2.Masak dengan api sederhana hingga mendidih. 
3.Kepekatan kuah bergantung pada kesesuaian sendiri. 
4 Akhir sekali parutkan keju cheddar ke dalam kuah. Kacau rata. 
5.Sedia untuk di hidang. 

Bun goreng
20 biji bun kecil
2 biji telur-kacau
Breadcrumbs
Minyak untuk menggoreng 

Cara membuatnya
1.Panaskan minyak dengan api sederhana. 
2.Celupkan bun dalam telur.
3.Salutkan dengan breadcrumbs. 
4.Goreng dan toskan.

Ahad, 15 Ogos 2021

KEK MENTEGA

Assalam buat semua.. 
Jam 0220 pagi,semasa catatan ini di buat
Mata masih belum mahu lelap.
Tulis saja resepi di sini
Kek Mentega yang selalu di buat di rumah ini. 
Sampaikan resepinya dah ingat dalam memori. 
Tidak begitu manis dan tidak muak. 
Let's try baking 

KEK MENTEGA

Bahan
6 biji telur gred A
160 gm gula kastor 
3 sudu besar susu pekat manis
150 gm. mentega- di cairkan
200 gm. tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya
1.Panaskan oven dan ayakkan tepung gandum dan baking powder.
2.Campurkan kesemua bahan kecuali mentega cair. 
3.Putar dengan kelajuan sederhana kemudian naikkan speed laju.
4.Bila adunan sudah putih dan gebu, masukkan mentega cair dengan cara kaup-balik sampai rata. 
5.Alas loyang 8x8 dengan baking sheet. 
7.Masukkan adunan dan lukis corak jika suka. 
8.Hentakkan loyang untuk keluarkan udara terperangkap .
9.Bakar dalam oven dengan suhu 140'c selama 45 minit hingga 1 jam bergantung pada oven masing-masing.
10.Bila sudah masak, keluarkan dari loyang dan letak di atas papan kek. 
11.Sedia untuk di hidangkan. 

Jumaat, 13 Ogos 2021

ROTI JALA

Assalam buat semua.. 
Saya buat Roti Jala ini sempena harijadi
Kakak Afiqah yang ke-26 tahun.
Tengok Roti jala yang cantik-cantik rasa teruja pula nak cuba buat sendiri. 
Walau tak secantik orang lain tapi puashati sebab anak-anak sukakannya.
Kuahnya Kari daging cincang campur karot. 

ROTI JALA

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
3  1/2 cawan air
2 biji telur 
1/2 cawan minyak
Sedikit garam
Pewarna kuning

Cara membuatnya 
1.Satukan kesemua bahan dan blend.
2.Bila kesemua bahan bergaul rata, tapiskan. Bahagikan kepada dua bahagian.
3.Satu bahagian di letak pewarna kuning, satu bahagian lagi tanpa pewarna 
4.Masukkan adunan ke dalam bekas acuan Roti jala.
5.Sapukan sedikit minyak guna tisu pada kuali leper. 
6.Kiraikan kesemua adunan sampai habis. 


Isnin, 2 Ogos 2021

KOREAN GARLIC CHEESE BREAD


 Assalam buat semua..
Sedap jer makan roti ni..heaven!
Saya guna Bun readymade yang saiz kecil tu
Satu pek ada dalam 10 biji
Senang nak makan dan cepat habis. 
Let's try buat

KOREAN GARLIC CHEESE BREAD

Bahan sos bawang putih
Bawang putih-cincang
2 sudu makan mentega
1 biji telur
2 sudu makan mayonis
Parsley

Cara penyediaan
  • Cairkan mentega,Biarkan sejuk seketika.
  • Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
Bahan inti
250 gm cream cheese
2 sudu makan susu pekat

Cara penyediaan
  • Campur cream cheese dan susu pekat hingga sebati.
  • Masukkan ke dalam piping bag
Cara membuatnya
  • Roti bun belah 4.Paipkan bahan inti.
  • Sapukan sos bawang putih.
  • Jika suka boleh taburkan lagi parsley cincang di atas roti
  • Bakar dalam oven dengan suhu 150'c selama 15 minit ataupun roti kelihatan perang.