Sabtu, 25 September 2021

KEK MILO


 Assalam buat semua..
Kek Milo ni saya jumpa resepi kat FB. 
Kali pertama cuba buat dan rasanya sesuai dengan selera anak-anak saya. 
Kalau dah sesuai tu, sedap la kan. 
Saya ubah-suai kemanisan ikut kesukaan sendiri
Let's try baking

KEK MILO

Bahan
1 cawan milo
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas 
2 cawan tepung naik sendiri
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya
  • Satukan milo,gula,susu pekat,minyak dan air panas  didalam periuk dan masak sehingga semuanya sebati. Ketepikan.
  • Pukul telur bersama esen vanila sehingga kembang.
  • Masukkan adunan milo ke dalam telur.Pukul sehingga rata.
  • Masukkan pula tepung dan gaul sehingga sebati.
  • Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
Bahan topping
1/2 cawan milo
1 sudu besar mentega
1 sudu besar air panas
1/2 cawan susu pekat manis.

Masak kesemua bahan secara double-boil.
Jika pekat sangat,tambahkan air ataupun krim putar sehingga topping sesuai untuk di tuang ke atas kek.
Bila sudah bergaul rata,tuang ke atas kek.
Hias ikut citarasa masing-masing.

Rabu, 1 September 2021

ODEN


 Assalam buat semua.. 
Semalam saya cuba buat Oden,tapi tak pasti anak-anak suka atau tidak. 
Anak-anak saya jarang makan makanan sejuk-beku yang pelbagai perisa dan saiz itu. 
Saya gabung dengan mee segera Cintan yang di celur sekejap. 
Rupanya mereka tidak begitu suka sebab kuahnya rasa pedas untuk taste kami yang tidak suka makanan pedas. 
Perencah guna yang ready pack mungkin pedas sikit. 
Let's try buat. 

ODEN

Bahan
Frozen food pilihan
1 paket sederhana perencah Tomyam
1 paket sederhana perencah Asam pedas 
1 paket kecil perencah sup siam 
5 ulas bawang putih-cincang
2 sudu besar gula perang-pilihan. 
Garam jika perlu

Mee segera Cintan-celur sebentar

Cara membuatnya
1.Masukkan secukup air ke dalam periuk. 
2.Tambah bawang putih cincang dan kesemua bahan perencah.
3.Masak hingga mendidih. 
4.Sesuaikan rasanya. 
5.Masukkan kesemua frozen food pilihan. 
6.Tunggu sebentar dan bila kuah mendidih, tutup api. 
7.Hidangkan panas-panas dengan mee segera tadi.