Isnin, 30 Mac 2015

PASTA PESTO

As-Salam buat semua...
Entah yang keberapa kali, masa telah menguasai saya..dah hampir seminggu tak menulis di sini walau hati sentiasa teringat-ingat.Bila tak dapat menguasai masa,hampir kesemua rutin harian jadi semakin sibuk..menyepi dari dapur ini bukan bermakna saya lupa akan blog ini.Sepi memang indah tapi adakalanya seperti lirik lagu ini..'nanti kau tau ertinya sepi,bagaikan pisau menghiris hati'..
Ok,tak mau sepi-sepi lagi.. mari kita tengok resepi dari Itali yang simple dan menyegarkan hati ini.

PASTA PESTO
Sumber:Astro- Channel 738 FYI/Audra Morrice

Bahan-bahan
pasta
lemon jus/limau nipis
2 ulas bawang putih
daun pasli/daun ketumbar/daun basil segar
garam secukup rasa
cili merah/cili padi
sedikit minyak zaitun
sedikit gula perang

Cara membuatnya
  • Panaskan air hingga mendidih.Masukkan sedikit garam dan rebus pasta hingga masak .
  • Angkat dan toskan.
  • Untuk pes pesto-tumbukkan daun pasli/basil/ketumbar,bawang putih dan cili merah hingga hancur(saya kisar dengan sedikit air).
  • Bila semua sudah hancur,gaulkan dengan jus lemon/limau nipis ,gula perang dan minyak zaitun.Tambah sedikit garam jika perlu.
  • Masukkan pasta ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama pes pesto.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di makan begitu sahaja.
  • Tambahkan tomato cincang jika suka atau taburkan saja keju parmesan..lagi best.

Isnin, 23 Mac 2015

MALAM PENGUCAPAN PUISI KOTA BHARU-21 MAC 2015

 As-Salam buat semua..
Sekali-sekala layan kepala dengar puisi memang best,tambahan pula saya seorang peminat puisi dari zaman sekolah hinggalah sekarang lebih-lebih lagi lagu puisi.Nak lari dari dunia medikal sekejap,kita masuk dunia sastera pula.Malam pengucapan puisi ini di adakan di Menara Tinjau,Tambatan DiRaja bandar Kota Bahru pada malam 21 mac 2015 sempena Hari Puisi Sedunia.My bodyguard tak berjiwa seni..saya paksa dia temankan saya dengar pengucapan puisi dan lagu puisi,kebas kut telinga dia tak faham..muka blur je nampak!.saya yang nak release tension,orang lain pulak yang tension!..

Malam pengucapan puisi ini di anjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama majlis Perbandaran Kota Bharu(MPKB-BRI).Sebenarnya saya nak tengok pemuisi tersohor tu-Sutung Umar RS,tapi dia tak datang pula sebab ada masalah kesihatan.
Pembaca puisi semuanya best ,terdiri dari orang-orang yang menjadi juara puisi serata negeri...telah membawa hati saya ke bait-bait puisi yang indah...
Saya jadi wartawan tak bertauliah malam tu..mengambil gambar dan mencatat puisi yang sedang di baca...Pantai ini terlalu indah untuk di lukiskan..ketika langit petang sedia terbenam...Mohd Zizee Setapa-Cinta berahi di Pantai Cahaya Bulan .
Siti Nur Zafran Zainal Abidin-Kembalikan leluhur negeri Cik Siti Wan Kembang.
Dr Nor Hasnida Abd Ghani-Ayah Tuan guru Nik Aziz
Di akhiri dengan penutup lagu puisi -Kita ini tetamu senja dari puisi A Samad Said(1995)-Kopratasa dan Doa dari puisi Chairil Anwar(1943)-Zubir Ali di nyanyikan oleh KB Buskers....Tuhanku dalam termangu ,aku masih menyebut namamu biar susah sungguh,mengingat kau penuh seluruh...

Sabtu, 21 Mac 2015

NASI GORENG IKAN REBUS

As-Salam buat semua..
Saya tipikal Kelantan,suka makan nasi goreng dengan ikan rebus,  dari masa sekolah dahulu hingga ke zaman remaja dan sekarang sudah beransur ke usia tua masih lagi suka makan nasi goreng ikan rebus.Itulah yang selalu di buat dari dulu hingga kini.Kejap saja peminat kat atas rumah ni habiskan.Saya pula,dah hampir seminggu  tak ada selera makan,saya layan je,boleh juga turun berat badan! hai...bila lah nak sampai ke pantai....

NASI GORENG IKAN REBUS.
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
4 cawan nasi sejuk
2 ekor ikan rebus-buang tulang
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kering kisar
2 helai kubis/sawi-di potong
1/4 cawan air
kicap manis
sos ikan
serbuk cukup rasa Maggi
sedikit serbuk lada hitam
minyak canola

Cara membuatnya
  • Tumbuk bawang merah,bawang putih dan ikan rebus hingga hancur.
  • Panaskan minyak canola dan tumiskan bahan tumbuk tadi hingga naik baunya dan isi ikan sedikit garing.
  • Masukkan cili kering kisar dan masak hingga cili garing.
  • Masukkan nasi sejuk,1/4 cawan air dan gaul rata.
  • Tambahkan kicap,serbuk cukup rasa,serbuk lada hitam dan sos ikan secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan sayur.
  • Goreng nasi hingga nasi meletup-letup dalam kuali.Itu tandanya nasi goreng telah cukup masak.
  • Angkat dan hidangkan.

Khamis, 19 Mac 2015

PAU BAGUS


.

 As-Salam buat semua..
Dalam beberapa hari ni tak ada mood pula nak menulis di sini.Mood tu terbang gi ke laut lepas.Sekarang ni tengah berkayuh balik semula ke pantai..hari ini ok lah sikit,malas nak melayan perasaan yang terbuku di hati.Hanya yang tahu akan mengerti..saya akan simpankan memori ini hingga ke hujung nyawa!..
Sesuailah buat pau sekarang ni,kalau rasa nak lepaskan perasaan, uli-uli dan tumbuk je adunan  tu biar puas hati.ha..haa lepaskan perasaan,pau pula yang jadi mangsa.Mari kita tengok resepi pau yang gebu dan sedap ni.Bestkan makan pada waktu petang-petang  begini.

PAU BAGUS

Bahan sponge A
250 gm tepung pau
20 gm gula kastor
11 gm yis kering
125 gm air

Bahan B
250 gm tepung pau
100 gm gula kastor
15 gm double action baking powder
5 gm garam
30 gm shortening
125 gm air
inti-ikut citarasa sendiri

Cara membuatnya
  • Bahan A,campurkan kesemua bahan kering diikuti air kemudian uli sehingga sebati,perapkan untuk selama 1 jam .
  • Bahan B,dalam bekas lain,campurkan bahan kering dikuti shortening dan akhir sekali air.Uli sehingga sebati dan rehatkan sekejap.
  • Selepas 1 jam doh A di perap,campurkan dengan bahan B,uli sehingga licin lebih kurang 7 minit.
  • Perap 30 minit.Kemudian tumbukkan doh untuk keluarkan angin dan timbangkan setiap doh seberat 50 gm.
  • Masukkan inti dan biarkan naik selama 20 minit.
  • Kukus selama 7-10 minit dan balutkan tutup pengukus supaya wap air tidak menitik di atas pau.Enak di makan panas-panas.
kukus

Ahad, 15 Mac 2015

AISKRIM KELAPA

 As-Salam buat semua..
Di Kota Bharu sekarang ni Aiskrim kelapa menjadi salah satu menu baru di kebanyakkan kedai-kedai makan.Dari tiga kedai makan yang try ,satu sahaja yang menepati selera.Harganya dalam Rm 6 sebiji.Aiskrim lain yang di isi dalam macam -macam bekas seperti aiskrim pasu saya tak minat kerana bekasnya tidak sesuai untuk di isi makanan.Aiskrim kelapa ni mesra alam..
Sesuai lah dengan fenomena musim panas Equinoks yang sedang melanda sekarang.Saya cuba buat sendiri Aiskrim kelapa mengikut citarasa lagipun kelapa muda tengah lebat berbuah di belakang rumah.Saya tak pandai potong buah kelapa..yang tu ada orang tolong buatkan....minta sangat saya buat kan! .

AISKRIM KELAPA
1 biji kelapa muda
beberapa scoop aiskrim vanila
isi kelapa muda
bahan hiasan pilihan

Cara membuatnya
Potong buah kelapa muda,hiris dan buang kulit luar,tak buang pun,boleh juga.Buat lubang di atasnya dan buang semua air kelapa.
Gunakan sudu untuk kaut isi kelapa muda dan biarkan isinya di dalam buah.
Cedukkan aiskrim vanila dan isikan hingga penuh ke dalam buah kelapa.
Taburkan bahan hiasan yang di sukai. 

Ahad, 8 Mac 2015

BAKUL ROTI KAROT

 As-Salam buat semua...
Saya buat untuk makan pada sebelah petang dan malam,kut terasa lapar tak payah makan nasi dah kununnya.Dalam tu boleh isi macam macam bahan sebenarnya ikut selera masing-masing.Saya buat untuk 9 keping roti kerana acuan muffin saya ada 9 bekas.

BAKUL ROTI KAROT
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
9 keping roti sandwich
3 biji telur
hirisan daun ketumbar
1 batang karot-di parut
1 biji lada merah-potong halus
serbuk lada sulah
serbuk cukup rasa

Cara membuatnya
  • Potong buang tepi-tepi roti dan masukkan ke dalam acuan muffin.
  • Dalam satu mangkuk,pecahkan telur,masukkan serbuk lada sulah dan serbuk cukup rasa.Pukul  sebati.
  • Masukkan karot parut ke dalam bakul roti dan curahkan telur ke dalamnya.
  • Akhir sekali,taburkan lada merah dan daun ketumbar di atasnya
  • Bakar pada suhu 150'c sehingga telur masak dan roti garing.
  • Sedap di makan panas-panas .Boleh juga di makan dengan sos pilihan.

Khamis, 5 Mac 2015

BUTTER CRAB WITH SALTED EGG

As-Salam buat semua..
Masakan ketam yang saya buat untuk makan tengahari buat abang Amzar yang sangat suka makan ketam.Dua ekor ketam boleh dia habiskan seorang.Saya jarang makan ketam tapi suka try macam-macam resepi ketam kerana abang Amzar akan habiskan ketam tu tak kira resepi apa saya buat.Azim?...budak sorang tu jangan haraplah dia makan ketam.Kali ini saya buat ketam mentega dengan telur masin.Nak buat keeper resipi lah.Let's try masak..

BUTTER CRAB WITH SALTED EGG
Sumber: FIZA'S COOKING  thanks

Bahan A
2 ekor ketam
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh lada sulah
garam secukup rasa

Bahan B
mentega untuk menumis
2 biji telur masin-ambil kuning dan lecek dgn .garfu
2 ulas bawang putih-cincang
2 tangkai daun kari
1/2 cawan santan
1 biji cili merah-potong
1/2 kiub ikan bilis

Cara membuatnya
  • Bersihkan ketam,potong kulit dan belah dua.
  • Gaul dengan tepung jagung,lada sulah dan garam.Perap seketika.
  • Goreng ketam dalam minyak yang banyak dan ketepikan.
  • Cairkan mentega di dalam kuali,tumiskan bawang putih,cili dan daun kari hingga wangi.
  • Masukkan santan dan kiub ikan bilis.
  • Masukkan telur masin dan ketam goreng tadi,kacau hingga pekat dan keduanya bersalut.
  • Hidangkan dengan nasi panas.

Isnin, 2 Mac 2015

ULTIMET CHOCOLATE CUPCAKE

As-Salam buat semua...
Kek cawan untuk waktu senggang makan tengahari buat anak-anak.Saya buat pada hari tidak bertugas.Isi siap-siap dalam bekas dan letakkan sahaja di atas meja makan.Kalau letak dalam peti ais tak sapa pun buka bekas tu dan ambil makan kek cawan..macam tu lah selalu,makan yang nampak depan mata sahaja...taktik nak suruh cepat habis!nanti boleh try buat resepi kek cawan yang lain pula.Kalau sedap sangat,..repeat order sekali lagi.Let's try baking

ULTIMET COCOLATE CUPCAKE
Sumber:PATY'S KITCHEN  ..thanks

Bahan-bahan
90 gm chocolate masakan
1/3 cawan serbuk koko
3/4 cawan kopi panas
3/4 cawan tepung roti/tepung gandum
3/4 cawan gula kastor       saya guna 1/2 cawan
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
6 sudu besar minyak sayur
2 sudu teh cuka
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya 
  • Panaskan oven ke 170'c.
  • Alas acuan muffin dengan acuan kertas kek cawan.Ketepikan.
  • Masukkan coklat dan serbuk koko ke dalam mangkuk dan tuangkan kopi panas(saya double boil dulu coklat).
  • Kacau sampai coklat cair dan licin.Simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.
  • Sementara itu,gaulkan tepung,gula,garam,soda bikarbonat dalam mangkuk dan ketepikan.
  • Setelah 20 minit,ambil adunan coklat tadi dan masukkan telur,minyak sayur,cuka dan esen vanila dan pukul hingga rata dan licin.
  • Masukkan bahan tepung dan kacau rata .
  • Sudukan adunan dalam acuan muffin beralas tadi sebanyak 3/4 penuh dan bakar selama 17-20 minit atau sehingga masak.
  • Keluarkan dan sejukkan.Hias dengan frosting pilihan.

Buttercream frosting-Azlita masam manis  
Bahan-bahan asas
80 gm butter
250 gm creamwell
1/2 cawan gula aising
1/4 cawan golden sirap


saya tambah
1 sudu kecil Mocha paste atau
1 sudu kecil serbuk nescafe


Potong butter kecil.
Kemudian satukan butter bersama creamwell dan pukul hingga kembang dan putih


Gula icing diayak
Masukkan gula aising ,golden sirap,mocha paste/serbuk nescafe ke dalam butter yang telah dipukul kembang tadi.
Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula hingga bercampur sebati.
Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.

3 ounces chocolate, dihiris ( 90 g) ⅓ cawan cocoa powder ¾ cawan kopi panas ¾ cawan tepung roti (tepung biasa pun bole) ¾ cawan gula ½ sdt garam ½ sdt baking soda 6 sdb vegetable oil 2 biji telur 2 sdt cuka 1 sdt vanilla Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
3 ounces chocolate, dihiris ( 90 g) ⅓ cawan cocoa powder ¾ cawan kopi panas ¾ cawan tepung roti (tepung biasa pun bole) ¾ cawan gula ½ sdt garam ½ sdt baking soda 6 sdb vegetable oil 2 biji telur 2 sdt cuka 1 sdt vanilla Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
3 ounces chocolate, dihiris ( 90 g) ⅓ cawan cocoa powder ¾ cawan kopi panas ¾ cawan tepung roti (tepung biasa pun bole) ¾ cawan gula ½ sdt garam ½ sdt baking soda 6 sdb vegetable oil 2 biji telur 2 sdt cuka 1 sdt vanilla Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin