Khamis, 30 Mac 2017
Selasa, 21 Mac 2017
KUIH KACAU KELEDEK
Assalam buat semua..
Saya cuba buat kuih lama ini yang menjadi kesukaan pada suatu ketika dahulu.Rasanya sungguh sedap !
Ketika masih bersekolah..
Ketika arwah ibu masih ada..ternampak-nampak ibu mengacau kuih ni di dapur.
Tak pernah saya kisahkan waktu itu,hanya tahu makan saja.
Sehingga lah hari ini,saya cuba membuatnya kembali.
Baru tahu betapa lenguhnya tangan ibu mengacau kuih ini suatu ketika dahulu...
Let's try buat.
KUIH KACAU KELEDEK
Bahan-bahan
1 kg keledek
2 cawan santan pekat
gula secukup rasa
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
2 helai daun pandan
Cara membuatnya

- Bersihkan keledek,kikis kulitnya.
- Potong keledek kecil-kecil dan rebus sampai lembut.
- Pukul telur dan masukkan esen vanila.
- Masukkan keledek dan setengah dari air rebusan ke dalam kuali bersama semua bahan-bahan .
- Kacau sambil di hancurkan keledek.
- Kacau hingga air kering dan keledek menjadi lembut dan kental.
- Masukkan ke dalam acuan jika suka.
- Sejukkan sebelum di hidangkan.
Ahad, 19 Mac 2017
KEK MENTEGA KUKUS
Assalam buat semua..
Kali ini cuba buat Kek Mentega yang di kukus pula.
Kali pertama buat nampak kejadiannya elok saja..teksturnya moist dan gebu sahaja.
Kek ini di buat untuk di beri kepada kawan sekolah Azim.
Kali pertama buat dulu tak sempat nak ambil gambar kerana di buat pada waktu malam.
Resepi dari group Masak apa hari ini/FB.Thanks
Let's try buat.
KEK MENTEGA KUKUS
Bahan-bahan
1 cawan mentega/250 gm
4 biji telur gred A
1 cawan gula-kalau tak nak manis boleh kurangkan
5 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanila
Semua bahan di atas,masukkan ke dalam mixer atau blender .
Putar hingga kembang dan gebu.
Bahan ayak
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
pewarna pilihan/optional
Campurkan bahan yang di putar tadi dengan tepung dan gaul sebati.
Bahagikan kepada beberapa warna pilihan.
Masukkan ke dalam loyang dan letakkan plastik/alumimium foil di atasnya supaya wap air tidak menitik ke atas adunan kek.
kukus selama 45-50 minit dengan api sederhana.
Sejukkan sebentar sebelum di keluarkan dari acuan .

Jumaat, 17 Mac 2017
PHOTO OF THE WEEK
Foto Tapak Sulaiman atau Star Fish ini di ambil dalam tahun lepas.
Lokasi:Pantai Irama,Bachok Kelantan.
Lokasi:Pantai Irama,Bachok Kelantan.
Ahad, 12 Mac 2017
RENDANG AYAM MINANG
Assalam buat semua..
Saya buat Rendang Ayam ini untuk di makan bersama Pulut Kuning.
Rendang ini tahan lama dan tidak mudah basi.
Resepi yang di gunakan untuk dua ekor ayam tapi saya hanya memasak untuk seekor sahaja.
Saya jarang masak rendang kerana tiada peminatnya di rumah ini.
Sedikit rendang dan Pulut Kuning di beri kepada kawan-kawan lama semasa di sekolah menengah dahulu...Nik Li,Padeli,Yana dan Tun.
Kalau buat sedikit tidak memadai..buat banyak boleh juga bagi orang lain merasa.
Let's try masak.
RENDANG AYAM MINANG
2 ekor ayam
1 kg bawang merah-hiris
3 labu bawang putih-hiris
4 inci halia-hiris
4 inci lengkuas-tumbuk
2 inci kunyit hidup-tumbuk
4 batang serai-titik
4 senduk cili kisar-ikut suka pedas
kayu manis,buah pelaga,bunga lawang
4 kg santan
2 keping asam keping-ikut rasa
garam
gula
daun kunyit
sedikit kerisik-optional untuk warna gelap

- Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai hingga wangi.
- Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang di tumbuk
- Tumis hingga cili benar-benar garing
- Masukkan ayam dan gaul rata.Masak sehingga ayam kecut.
- Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak.
- Setelah itu,baru masukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja.
- Akhir sekali,masukkan kerisik,garam dan gula secukup rasa dan asam keping.
- Masak lagi hingga kuah kering dan pecah minyak.
- Jika suka boleh taburkan daun kunyit yang di hiris halus sebelum tutup api.
- Masak lama-lama jika inginkan kuah rendang berwarna gelap.
Rabu, 8 Mac 2017
SOTONG TUMIS TOMATO
Assalam buat semua...
Masak sotong untuk makan tengahari.
Dah lama sotong tu saya beli,dari yang segar then keep frozen baru semalam ada masa untuk memasaknya.
Kulitnya pun dah hampir tertanggal lama sangat dok bertapa dalam peti ais.
Masakan sotong ni mudah dan ringkas sahaja.
Let's try masak.
Bahan-bahan
400 gm sotong
3 biji tomato-di hiris
3 tangkai cili hijau-di hiris
1 labu bawang besar-di mayang
3 ulas bawang putih-di hiris
1 sudu kecil serbuk jintan manis
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar gula perang
6 helai daun limau purut
serbuk cukup rasa maggi
Cara memmbuatnya

- Tumis bawang hingga naik baunya.
- Kemudian masukkan jintan dan tumis lagi.
- Masukkan tomato,daun limau purut dan cili hijau.
- Tumis hingga layu dan tomato hancur.
- Masukkan sos tiram,sos tomato,sos cili thai,gula perang dan serbuk cukup rasa Maggi.
- Akhir sekali masukkan sotong.
- Masak hingga sotong lembut dan kuah sedikit pekat.
- Bila masak,masukkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan hirisan daun ketumbar dan tomato.
Isnin, 6 Mac 2017
MUFFIN VANILLA COKLAT CIP
Assalam buat semua..
Cuti yang berbaki sehari lagi..boleh update blog
Resepi ni saya jumpa kat wall Azlina Ina Fans/FB.Thanks Ina,mudah saja .
Muffinnya gebu dan moist sahaja dan penuh dengan rasa coklat
Let's try baking.
MUFFIN VANILLA COKLAT CIP
Bahan A
1 cawan butter atau marjerin
1/2 cawan butter cair
1/2 cawan minyak
2 cawan gula perang(kalau nak manis tambah 1/4 cawan lagi)
sedikit esen vanila
Bahan B
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
4 biji telur gred A
1 3/4 cawan susu segar/susu cair
Cara membuatnya
- Ayak bahan B.Ayak dan ketepikan.Panaskan oven.
- Satukan kesemua bahan A dan gaul rata dengan whisk.
- Setelah sebati ,masukkan telur sebiji demi sebiji sambil di kacau dengan whisk.
- Masukkan tepung berselang dengan susu dan kacau rata.
- Masukkan adunan ke dalam paper cup 3/4 penuh.
- Paipkan krim coklat di atasnya jika suka
- Taburkan coklat cip.
- Bakar dalam oven dengan suhu 170 'c selama 30 hingga 35 minit bergantung pada oven masing-masing.
- Dah siap boleh lah hias dengan topping jika suka atau makan begitu sahaja.
Jumaat, 3 Mac 2017
FOIL PACK CHICKEN AND RAINBOW VEGGIES
Saya buat ni untuk kakak Afiqah selepas dia share satu gambar masakan sebegini kat wall FB.
Tau dah..mesti nak kena buat bila dia balik bercuti nanti.
Resepinya ringkas sahaja dari Tasty
saya ubah-suai ikut bahan yang ada kat dapur
Kalau tak jemu boleh makan hari-hari macam ni pun sedap juga
mudah dan ringkas tapi mengenyangkan juga.
ala-ala healthy food juga la ni.
let's try masak
FOIL PACK CHICKEN AND RAINBOW VEGGIES
Bahan-bahan
1 keping dada ayam-potong nipis
brokoli,karot,tomato ceri
capsicum merah,kuning hijau
lemon
bawang besar
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
serbuk cili/paprika
bawang putih
minyak zaitun
tyme
sedikit garam
Cara membuatnya(video kat Tasty)
- Potong sayuran dan susun dalam tray.
- Letakkan olive oil,serbuk lada hitam,serbuk lada putih,serbuk cili/paprika,bawang putih,olive oil, thyme dan taburkan sedikit garam di atas sayuran.
- Ambil tray satu lagi dan alaskan dengan foil
- Ambil kepingan dada ayam dan sapukan olive oil di kedua-dua belah.
- Taburkan sedikit paprika,serbuk lada hitam,sedikit garam dan lada putih juga di kedua-dua belah.
- Letakkan thyme,kepingan lemon,hirisan bawang besar dan bawang putih di atas kepingan dada ayam dan bungkus dengan foil.
- Masukkan kedua-dua tray dalam oven dan bakar dengan suhu 200'c selama 30 minit.
- Bila ayam masak,hidangkan bersama sayuran .
Langgan:
Catatan (Atom)