Isnin, 18 Jun 2018

PUDING JELLY SUMI

Assalam buat semua..
Hari ini nak kongsi resepi puding yang saya buat minggu lepas.
Kalau buat colourful macam ni baru nampak meriah kan.
Ilusi optik..nampak sejuk dan ceria.
Let's try buat.

PUDING JELLY SUMI

Bahan-bahan
1 paket agar-agar tali
1 liter air
1 tin susu cair
1 cawan gula/ikut manis sesuai
1 paket jelly sumi
pewarna yang di sukai
sedikit garam

Cara membuatnya

  • Masukkan agar-agar dan air ke dalam periuk dan didihkan hingga agar-agar hancur.
  • Tambahkan gula secukup rasa,garam dan susu cair.
  • Angkat dan asingkan kepada 3 warna
  • Susun jelly sumi dalam acuan pilihan.
  • Masukkan satu senduk agar-agar dan tunggu ia keras sedikit.
  • Kemudian masukkan warna-warna seterusnya setiap lapis.
  • Sejukkan dalam peti sejuk.
Tip
Basahkan acuan agar-agar dengan air terlebih dahulu supaya mudah di keluarkan nanti.
Setiap kali letak adunan baru,lorekkan agar-agar dengan garfu dan agar-agar mestilah panas supaya setiap lapisan tidak terpisah semasa kita memotong nanti.

HUJAN..


Ahad, 17 Jun 2018

BISKUT NESTUM CRUNCHY

Assalam buat semua..
3 Syawal 2018...saya baru dapat cuti raya.
Sementara mood raya masih ada,saya teruskan kongsi resepi biskut
raya di sini.
Boleh buat untuk tahun hadapan pula.
Biskutnya rangup dengan aroma nestum.
Let's try baking.

BISKUT NESTUM CRUNCHY

Bahan-bahan
260 gm marjerin planta
250 gm tepung gandum
100 gm gula aising
40 gm nestum original-kisar halus
60 gm badam serbuk
30 gm tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu teh esen vanila

untuk sapuan
kuning telur
nestum

Cara membuatnya

  • Pukul marjerin dan gula aising hingga sebati.
  • Masukkan nestum kisar,badam serbuk,tepung jagung dan tepung ubi.Kacau rata.
  • Tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil di gaul hingga dapat doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  • Terap ikut acuan pilihan.
  • Buat sampai habis dan sapukan kuning telur dan tabur sedikit nestum.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 150'c selama 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Selasa, 12 Jun 2018

MINI PAVLOVA WITH MANGO FILLING

Assalam buat semua ..
Lepas buat biskut raya baru ada stok telur putih. 
Terlintas pula nak cuba buat Pavlova mini.
Selalunya buat yang besar tapi kejadiannya tidak begitu shantik
Tapi tu lah yang ni pun tak begitu syantik juga!
Dark skin sikit mungkin suhu oven terlebih panas walaupun saya bakar ikut suhu yang di sarankan dalam resepinya.
Nanti lain kali saya adjust lagi suhu oven sendiri.
Melt in mouth..best sangat tapi soooo sweetlah!
Saya tidak menggunakan fresh fruit seperti kebiasaanya
tetapi mengantikannya dengan Mango puree 
Resepi dari Abang Danish Red Kitchen.Thanks.
Resepi asal menggunakan Durian curd sebagai fillingnya.
Let's try baking.

MINI PAVLOVA WITH MANGO FILLING

Bahan Pavlova
6 biji putih telur gred A-suhu bilik
1 1/2 cawan gula kastor
2 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu besar jus lemon
1/2 sudu besar esen vanila

Cara membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 130'c.
  • Alas baking tray besar dengan baking sheet.
  • Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi hingga gebu.
  • Bila sudah gebu,tambahkan gula sedikit demi sedikit dan putar lagi selama 10 minit dengan kelajuan tinggi.
  • Putih telur akan kelihatan sekata dan sedikit berkilat.
  • Masukkan jus lemon dan esen vanila dan kaup balik sampai rata.
  • Akhir sekali masukkan tepung jagung dan kaup balik sampai rata.
  • Paipkan mini Pavlova dalam bentuk bulatan ke atas baking sheet dan buat lubang sedikit di tengahnya untuk diisi dengan filling nanti.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 130'c selama 1jam 30 minit sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
Filling
buah mangga 
krim putar
hirisan mangga

  • Putar krim sampai kaku
  • blend mangga dan gaul dengan 1 sudu teh jus lemon.
saya tidak mencampurkan gula ke dalam kedua-dua bahan ini sebab Pavlova dan cukup manis.
Paipkan krim putar ke atas Pavlova dan isikan filling mangga.
Hias dengan hirisan mangga.
Sejukkan dalam peti ais.

BISKUT SAMPERIT CHEESE

Assalam buat semua..
Pagi-pagi sebelum buat persiapan raya kita kongsi resepi dulu.
Jalan-jalan di Kota Bharu hampir semua sesak..
tapi kehidupan terpaksa di teruskan..hihihi
Hari ini resepi biskut raya sebab dah hampir nak raya ni
Ok let's try baking.

BISKUT SAMPERIT CHEESE

Bahan-bahan
260 gm butter
110 gm gula kastor
160 gm tepung kastard
40 gm tepung jagung
240 gm tepung red rose
1 biji kuning telur
2 sudu besar tepung ubi
cheddar cheese parut

Cara membuatnya

  • Pukul butter dan gula guna senduk sampai sebati.
  • Masukkan kuning telur dan kacau rata.
  • Masukkan semua tepung dan uli sehingga menjadi doh lembut dan tidak melekat di tangan.Boleh tambah tepung jika perlu.
  • Masukkan ke dalam acuan samperit dan tekan ke dalam loyang pembakar.
  • Buat sampai habis.
  • Sapukan kuning telur dan taburkan cheddar cheese parut.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 150'c api atas bawah selama 15-20 minit atau sehingga bergantung pada oven masing-masing.
  • Dah siap,sejukkan sebentar dan simpan dalam bekas kedap udara. 

Jumaat, 8 Jun 2018

KERABU SUHUN

Assalam buat semua..
Kerabu suhun ni saya buat untuk berbuka puasa.
Dah tak ada selera nak makan nasi sebab dah seminggu lebih batuk sampai suara pun dah jadi lain.
Tiada sukatan khusus untuk bahan-bahan yang di gunakan.
Semuanya sesuka hati dan sesedap rasa.
Let's try buat

KERABU SUHUN

Bahan-bahan
Suhun
Jus limau nipis
Sos ikan
Sos Mae Phranom
Tomato-potong dadu
Daun ketumbar-hiris halus
Lada merah-hiris halus

Filamen ketam
Isi ayam
Sotong
Udang

Cara membuatnya

  • Panaskan air dan celur suhun,filamen ketam,isi ayam ,udang dan sotong.Toskan.
  • Dalam mangkuk gaulkan semua bahan bersama.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

SUNNY EXOTIC

Assalam buat semua..
Minuman untuk berbuka puasa.
Resepinya dari Rancangan Variarasa Sunquick di Astro.
Best juga walau pertama kali mencubanya.
Minum sejuk-sejuk nyaman rasa tekak yang kering ni.
Let's try buat

SUNNY EXOTIC

Bahan-bahan
Jus sunquick Gold exotic
1 tin laici 
isi kelapa muda
air kelapa
kiub ais
Cara membuatnya
  • Dalam mangkuk masukkan laici bersama sirapnya.
  • Tambahkan air kelapa dan isi kelapa muda.
  • Akhir sekali masukkan jus sunquick dan kacau rata.
  • Tambahkan beberapa ketulan ais dalam gelas dan bolehlah di hidangkan sejuk.