Khamis, 28 April 2016

BAKED PARMESAN GARLIC POTATO WEDGES

 Assalam buat semua..
Hari ini cuti!
boleh main masak-masak lagi
Nak habiskan potato dulu lah,dah lama duk ceruk dinding,stress tengok!.
Kalau nampak potato wedges tak kira dah.
dua-dua Azim dan Amzar macam saya juga ,suka makan potato wedges.
Kali ini yang di bakar pula.selalu saja makan yang di goreng.
caranya lain sikit sebab di rendam dalam air ais terlebih dahulu untuk buang kanjinya dan ianya jadi lebih crispy
Resepi dari www.twopeasandtheirpod.com
Let's try baking

BAKED PARMESAN GARLIC POTATO WEDGES

Bahan-bahan

8 biji potato Russet-potong wedges/baji
1/4 cawan olive oil
4 ulas bawang putih-cincang
1/4 sudu teh Rosemary kering
1/2 cawan grated Parmesan cheese
garam dan serbuk black pepper secukup rasa
2 sudu besar parsli cincang -untuk hiasan
sos pencicah pilihan

Cara membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 200'c.Lapikkan dulang pembakar dengan baking sheet.Ketepikan.
  • Rendamkan potato wedges di dalam air ais selama 30 minit.
  • Sementara itu,satukan olive oil,bawang putih dan Rosemary kering di dalam mangkuk kecil.Gaul rata.
  • Toskan potato wedges dan keringkan dengan paper towel.
  • Gaul rata bersama dengan bahan campuran tadi.
  • Susun di atas dulang pembakar satu-satu dan taburkan dengan 1/4 cawan parmesan cheese rata-rata.
  • Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  • Bakar di dalam oven selama 35 minit hingga permukaan garing dan kemudian alihkan pada bahagian satu lagi hingga masak kesemuanya.
  • Alihkan dari dulang pembakar dan tabukan dengan keju parmesan selebihnya dan juga parsli cincang.
  • Hidangkan dengan sos pilihan jika suka.

Selasa, 26 April 2016

SHRIMP SCAMPI

Assalam buat semua..
Dulu-dulu ..banyak kenangan alergik dengan udang..
kadang tu sampai bengkak muka dan rashes pada kulit
Sampai kena gi hospital ambil ubat untuk tahan gatal dan alergik.
Lepas ok,makan lagi udang..tak berhenti!
hinggalah sekarang alergik sudah hilang.
Banyak resepi dari udang yang best-best telah saya cuba
Yang ini pula dari www.delish.com oleh Lindsay Funston -The 50 most delish shrimp recipes.
Ada beberapa bahan yang saya ganti dari resepi asal ikut kesesuaian sendiri. 
Let's try buat.

SHRIMP SCAMPI

Bahan-bahan
12 oz(360 gm) spaghetti
3 sudu besar butter
3 ulas bawang putih-cincang
450 gm udang saiz sederhana-buang kulitnya
1 ml white wine   saya tukar kepada cuka makan
jus dari 2 biji lemon
1 biji lemon zest
1 sudu teh crushed red pepper flakes   saya ganti dengan crushed black pepper
kosher salt  saya guna garam biasa
parsli cincang untuk hiasan

Cara membuatnya

  • Panaskan air hingga mendidih,tambah sedikit garam dan rebus spaghetti hingga al dente.
  • Toskan dan simpan 1/2 cawan air rebusan pasta.
  • Cairkan butter dengan api sederhana.
  • Tambahkan bawang putih cincang dan tumis hingga naik baunya(1min).
  • Tambahkan udang dan masak hingga udang bertukar warna(3 min.)
  • Tambahkan cuka makan,jus lemon dan lemon zest,crushed black pepper flakes.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa.
  • Masukkan spaghetti,tambahkan 1 sudu besar air rebusan tadi setiap kali hingga pasta kelihatan bersos.
  • Hiaskan dengan taburan pasli cincang dan hidangkan.


Ahad, 24 April 2016

KEK COKLAT MOUSSE KIT KAT


Assalam buat semua..
Baru berkesempatan postkan kek hari jadi Azim
satu-satunya anak yang masih 'menempah' kek coklat homemade dari saya.
Kakak dan abang biasanya nak kek yang di beli.
ok..buat saja,walaupun ambil masa 2 hari baru siap.
Azim request nak kek yang nampak 'lelaki"dan tidak terlalu manis.
Macam mana tu...ok faham, tak nak letak bunga la tu.
Cerita kek..
Kek coklat ,topping dan coklat mousse dari resepi www.azlitamasammanis .Thanks
Kat tengah lapis dengan mousse coklat dan taburan Kit Kat bar
topping dengan coklat ganache.
Hiasan dengan Kit Kat bites,coklat Ferrero Rocher dan Kit Kat bar
pesta makan Kit Kat  la Azim dan abang.
Let's try baking

KEK COKLAT MOUSSE KIT KAT

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan-ayak-ketepikan

Bahan B
3 biji telur saiz A
400 gm gula kastor    saya guna 300 gm
1 sudu teh esen vanila

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung
untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut boleh tambah 2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D
250 ml air panas

Cara membuatnya
Satukan semua bahan B,pukul hingga putih.
Masukkan minyak dan susu cair,susu pekat manis-pukul hingga sebati.
Boleh pukul dengan hand mixer atau stand mixer(pemutar bentuk belon).
Masukkan bahan tepung yang di ayak sedikit demi sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Kemudian tambahkan air panas dan gaul rata.
Tuang adunan ke dalam loyang bulat atau empat segi ukuran 8 inci yang telah di gris dan dasar loyang di lapik dengan baking sheet.
Bakar adunan di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170'c.
Masa membakar di antara 1 jam hingga 1 jam setengah bergantung pada jenis oven masing-masing.
Sejukkan sebentar sebelum di lapis mousse coklat.

MOUSSE COKLAT
250 gm krim putar bukan tenusu/non diary whipping cream
50 gm serbuk koko
80 g gula halus   saya guna 60 gm
1 sudu besar nescafe atau mocha paste
1 sudu besar serbuk gelatine
4 sudu besar air panas

Cara membuatnya
Satukan air panas dengan serbuk gelatine.Kacau rata.
Dalam bekas pemutar,putar krim hingga kental,tambahkan serbuk koko,gula dan mosca paste.
Pukul dengan kelajuan perlahan.
Akhir sekali masukkan larutan gelatine.Kacau rata

Potong kek kepada dua  lapisan 
sapukan coklat mousse di tengahnya dan taburkan potongan Kit Kat bar.
Letak sekeping kek lagi dan tekan sedikit.
Sapu di sekeliling kek dengan coklat  mousse
Simpan di dalam peti sejuk selama 3-4 jam(saya simpan semalaman).

COKLAT GANACHE
100-130 ml fresh cream
300 gm coklat masakan-cincang
2 sudu besar butter

Cara membuatnya
Campurkan semua bahan dan panaskan secara double boiler.
Tunggu agak suam baru di curah atas kek
Hiaskan kek dengan hiasan pilihan.


Jam 2230 kek baru siap.
muka stress tak nak ambil gambar sebab mengantuk.
Selamat Hari Jadi ke -14 Azim...

Sabtu, 23 April 2016

AGAR-AGAR SANTAN

Assalam buat semua..
Agar-agar ini saya buat petang semalam.Pagi-pagi dah keluarkan dari acuan dan abadikan di sini.
Tengahari nanti boleh lah makan lepas lunch
Sejuk saja bila masuk tekak.
Resepi dari Chef Hanieliza,Buku Puding dan Dessert.Thanks
Mudah-mudah saja resepi dalam buku ni.
Sukatan gulanya-saya ikut sukatan sendiri.
Let's try buat.

Bahan-bahan
1 paket serbuk agar-agar(10 gm)
1 liter air
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 cawan santan

Cara membuatnya
Masak serbuk agar-agar dengan air hingga mendidih
Masukkan gula merah dan gula.Masak hingga mendidih lagi.
Di dalam bekas lain,gaulkan santan dan telur hingga sebati.Tapiskan.
Masukkan santan dan telur tadi ke dalam agar-agar.Kacau dan masak hingga mendidih lagi.
Angkat dan tuangkan adunan ke dalam acuan pilihan.
Sejukkan di dalam peti ais. 

Jumaat, 22 April 2016

22 APRIL 2016

Assalam buat semua..
Today is ..birthday Azim yang ke 14 tahun.Semoga hidup Azim sentiasa di permudahan olehNYA.Aaamiin.

Selasa, 19 April 2016

CHOCOLATE BANANA BITES

Assalam buat semua..
Panas betul cuaca sekarang kan..
saya bawak 2 bekas air masak setiap hari..paksa diri minum air masak banyak-banyak.
Pada mulanya rasa terpaksa tapi akhirnya saya kena akur dengan keadaan yang panas melampau ini.
Semalam,masa keluar ke bandar Kota Bharu,nampak penunjuk suhu 48'c pada jam 1700.
Kalau masa jam 1300 entah la berapa tahap kepanasannya.
Cerita gambar di atas pula..
Pisang pun jadi cepat masak dan tak sempat untuk di habiskan serentak.
Buat sesuatu la baru cepat habis.
Ok,saya jumpa resepi ringkas dan videonya kat .tiphero.com
Let's try buat

CHOCOLATE BANANA BITES

Bahan-bahan
1 1/2 cawan bitter sweet chocolate chips/coklat masakan
2 sudu besar minyak canola
3 biji pisang-potong bulat 1/2 inci setiap satu

bahan salutan-pilihan sendiri
kelapa kering
badam panggang
pecans/peanut

Cara membuatnya

  • Dalam mangkuk campurkan minyak canola bersama coklat cip(saya menggunakan coklat masakan).
  • Cairkan di dalam mikrowave ataupun guna kaedah double boiler.
  • Celupkan potongan pisang ke dalam coklat cair dan salutkan dengan kelapa kering dan kemudiannya badam panggang.
  • Di dalam resepi ini,saya menggunakan hanya almond nibs panggang sebagai salutan.
  • Aturkan ke dalam loyang dan letak di dalam peti sejuk selama 3 jam.
  • Boleh di simpan di dalam freezer letak dalam bekas kedap udara dan ia boleh tahan berminggu jika tidak mahu makan kesemuanya.

Ahad, 17 April 2016

SUP URAT KETING

Assalam buat semua..
This is Kelantan..
Urat keting(dialek Kelantan ia di sebut ketin) adalah urat pada bahagian kaki lembu yang berwarna putih dan di saluti lemak.
ia perlu di rebus untuk mengasingkan lemaknya.
Sup urat keting agak popular di sini.Pada hari raya Aidil Adha,sup ini menjadi menu utama di hari raya.
Banyak di hidangkan di kedai-kedai makan masakan panas.
satu mangkuk Sup urat keting di jual dengan harga Rm 5-6
Bahan-bahan untuk membuat sup ini sama seperti kita membuat sup tulang,kena rebus lama-lama sehingga lembut dengan api sederhana. 
Bila dah masak ianya lembut sekali.Makan panas-panas dengan nasi putih atau hirup sup begitu saja pun best.
Nak makan sesedap rasa kena lah buat sendiri.
Saya buat versi sendiri dengan semua bahan di masukkan ke dalam periuk tanpa di tumis.
Let's try masak.

Bahan-bahan
urat keting secukupnya

1 batang kulit kayu manis 
4 biji buah pelaga 
4 kuntum bunga lawang
5 tangkai bunga cengkih

6 ulas bawang merah-hiris nipis
5 ulas bawang putih-di ketuk
1/2 inci halia-di ketuk
2 keping asam keping
1 sudu teh lada hitam biji
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk cukup rasa Maggi
garam secukup rasa

bahan tabur
bawang goreng 
hirisan daun sup

Cara membuatnya

  • Bersihkan urat keting dan potong kecil-kecil.
  • Rebus dengan api sederhana hingga ia menjadi lembut.buang lemak di permukaan atas air rebusan.
  • Bila urat keting telah masak,masukkan halia,asam keping,lada hitam biji,hirisan bawang merah ,bawang putih serta kulit kayu manis ,buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih.
  • Tambahkan juga serbuk ketumbar dan serbuk cukup rasa.
  • Rebus lagi sehingga semua bahan sebati dengan kuah.
  • Makin lama di rebus,makin sedap rasa kuahnya.Tambahkan garam secukup rasa.
  • Hidangkan bersama taburan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Sabtu, 16 April 2016

GRAPES CREAM CHEESE PINWHEEL PASTRIES

Assalam buat semua..
Masa blog walking dalam dapur alam maya jumpa pula resepi Rasberry cream cheese pinwheel Pastries ni.
ia mudah dan ringkas sahaja
Resepi asal menggunakan buah Raspberry.Mana nak cari kat Kota Bharu ni..
Jadi saya tukar ke buah anggur merah yang kebetulan dah ada dalam simpanan.Nama resepi pun suka-suka saya tukar.
boleh di buat breakfast,dessert dan juga snek.
Harus mencubanya sebab ...sedap!
Resepi asal ada kat www.justataste.com.
Let's try baking..

Bahan-bahan
8 oz (250 gm)cream cheese-di lembutkan
1/3 cawan gula
2 sudu teh jus lemon
1 sudu teh lemon zest
2 sudu teh esen vanila
frozen pastri puff secukupnya
1 1/2 cawan buah raspberry-saya tukar dengan buah anggur
1/2 cawan jem raspberry-tak letak
1 biji telur
gula/optional

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 170'c dan alas loyang dengan baking sheet.
  • Dalam bekas,pukul cream cheese hingga lembut.
  • Tambahkan gula,jus lemon dan lemon zest.Pukul sebati. Ketepikan.
  • Ambil pastri puff dan letakkan di atas baking sheet tadi.
  • Dengan menggunakan garfu,cucuk setiap keping pastri puff .
  • Ambil cream cheese tadi dan paipkan bulatan di tengah-tenagh pastri puff.
  • Letakkan jam Raspberry di atas adunan cream cheese dan kemudian letak anggur 4 biji di atasnya.
  • Dengan menggunakan pisau buat empat keratan di bucu  dari bahagian tengah menuju ke tepi luar pastri puff.(boleh rujuk kat blog Just A Taste)
  • Jangan potong hingga tengahnya di mana terdapat adunan cream cheese.
  • Ambil kesemua keratan bucu dan tekan di atas buah anggur .
  • Buat sehingga habis pada kepingan yang lain lagi.
  • Kacaukan telur dan campur dengan sedikit air,kemudian sapu di atas setiap kepingan yang sudah siap.
  • Boleh taburkan gula jika suka.
  • bakar di dalam oven selama 15-20 minit atau sehingga puff bertukar perang.

Rabu, 13 April 2016

JALAN-JALAN KE TERENGGANU

Assalam buat semua..
Jalan-jalan lagi,kali ini dekat jer..ke Kuala Terengganu.Bertolak dari rumah jam sebelas pagi dan kembali semula jam sebelas malam.Destinasinya adalah ke Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man,Kuala Terengganu.Kami mengambil pakej melawat ke dalam monumen park-TTI River Cruise yang mengelilingi pulau-pulau di sekitar Pulau Wan Man.
Kena pakai life vest dan kami naik cruise yang biasa sahaja, ada tingkap.Siap ada cruise guide yang beritahu info dan aktiviti di sepanjang tepi sungai serta pulau-pulau kecil di sekitarnya.
 salah plan,sepatutnya masuk dalam monumen park dulu,baru rehatkan kaki dalam cruise,Kami pula naik cruise dulu baru menapak hampir dua jam dalam tu.Di sediakan perkhidmatan seperti basikal,trem dan buggy tapi tak naik sebab nak execise(bukan nak safe budget ke).Elok masuk waktu pagi atau sebelah petang,kurang sikit bahang panasnya.
Taman monumen TTI menawarkan pelawat-pelawatnya pengalaman unik.memaparkan 23 buah monumen islam yang hebat.Lawatan monumen pertama adalah Kudus Minar,Indonesia  di bina dalam tahun 1549.Rekabentuk masjid ini bercirikan campuran hindu dan jawa.
Gambar bawah adalah Pattani Central Mosque,Thailand.Ia menyerupai rekabentuk Taj Mahal
Dari kiri,adalah replika Taj mahal di Agra,India.Di bina oleh Maharaja Mughal Aurangzeb Alamgir pada tahun 1673M untuk isterinya Mumtaz..Gambar tengah adalah Great Mosque of Samarra,Iraq di bina semasa pemerintahan Khalifah Abassiyah pada abad ke -9.Keunikannya terletak  pada menara berpusingnya .
Gambar bawah dari kanan adalah masjid Sultan Omar Ali Saifuddin,Brunei Darussalam.Kubahnya dari emas.Di sebelahnya adalah Masjid Sultan,Singapura.Kubahnyanya juga diperbuat dari  emas.
Ok jalan-jalan lagi tengok Great Mosque of Qairawan,Tunisia(kiri atas ) yang d bina pada 670M iaitu monumen tertua di Tunisia.Di sebelahnya adalah replika Al-Haram Mosque,Mekah,Arab Saudi.Bangunan asal di bina dari batu biru yang terdapat di lembah Hijaz.
Di bawah dari kiri adalah,Mosque of Mohamed Ali,Egypt.
Kincir air TTI(tengah) juga tempat menarik untuk singgah.Gambar kanan adalah Suleyman Mosque,Turki yang di bina pada tahun 1557M zaman empayar Ottoman.Semunya cantik dan unik.
Dari kiri adalah replika Masjid Nabawi,Madinah,Masjid kedua termulia di dunia.masjid ini di bina di atas kawasan rumah Nabi Muhammad SAW dan tempat baginda di semadikan.
Di sebelahnya adalah Sheikh Lutfallah Mosque,Iran merupakan satu contoh senibina islam yang terbaik dan di gunakan sebagai masjid di raja.
Di bawah adalah replika makam Abu Nasr Parsa,Afghanistan yang di bina pada abad ke-17.Replika makam ini berbentuk oktagon dan ada dua tiang berpusing di hadapannya.
Akhir sekali adalah Aleppo citadel,Syria.Ia adalah sebuah kubu istana di bina di atas sebuah bukit di Syria.
Pembinaan semula masjid ini setelah di biarkan musnah selepas kejatuhan Soviet Union iaitu Kul Sharif Mosque,Russia(atas kanan).Gambar bawah adalah Kalyan Minaret,Uzbekistan.Menara ini telah di bina pada tahun 1127M dari bata yang di bakar .
Gambar tengah adalah Masjid Xian,China yang di bina dalam tahun 1392M oleh Laksamana Cheng Ho pada zaman Dinasti Tang.Walaupan nampak seperti kuil buddha kedudukannya mengadap kiblat.
Di atas sekali adalah Great Mosque of Agadez,Niger.Ia di perbuat dari tanah di bina pada abad ke-16.Ada menara berbentuk piramid dengan 13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya.
Gambar bawah sekali adalah Badshahi Mosque,Lahore,Pakistan di bina pada tahun 1673M untuk Maharaja Mughal.
Akhir sekali adalah binaan replika Dome of the rock./Kubah As-Sakhrah,Baitul Muqqaddis,Palestine.Didalamnya,di tengah-tengah kubah terdapat batu yang di ambil dari Gunung Moriah iaitu batu tempat Nabi berpijak semasa peristiwa Israj dan Mikraj.
Gambar bawah adalah replika Masjid Negara yang di bina dalam tahun 1965 sebagai penghormatan kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Bumbung utama merupakan lambang payung di raja yang terbuka dan menaranya adalah payung yang tertutup.
Tiada dalam gambar.The Palace of Al-Hambra,Granada,Spain kerana sedang di baik-pulih.
Inilah sahaja catatan buat anak-anak pada kali ini..ambil masa 4 hari untuk completekannya..
Ok lah sampai di sini dahulu..kalau lah sejarah boleh berulang..

Jumaat, 8 April 2016

CAULIFLOWER CASSEROLE

Assalam buat semua..
Satu lagi resepi cauliflower yang telah saya cuba..
kalau yang tak nak makan berat-berat tu,makan cauliflower ni pun dah memadai.
Cauliflower boleh kita pelbagaikan menjadi resepi yang lebih sihat.
saya suka cuba resepi western,taste great dan ianya ringkas dan sedap pula.
tapi nasi..tak boleh nak di tinggalkan juga!
Resepi dari tiphero.com
Let's try baking.

Bahan-bahan
1 bunga kubis(cauliflower) saiz besar
1 cawan susu -saya guna full cream milk
2 sudu makan tepung gandum
1 biji telur-di pukul
1 sudu teh kosher salt-  saya guna garam biasa
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 cawan keju Mozarella parut
2 sudu besar parmesan cheese
1 sudu besar parsley cincang

Cara membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 170'c.
  • Potong cauliflower mengikut kelopaknya.Belah dua kelopak jika besar sangat.
  • Didihkan air di dalam periuk dan celur cauliflower hingga lembut sedikit dan toskan.
  • Satukan susu,tepung,tambahkan telur,garam,serbuk lada hitam dan satu cawan keju mozarella parut.Gaul rata.
  • Masukkan cauliflower yang telah di celur tadi dan gaul rata bersama bahan campuran.
  • Masukkan ke dalam casserole dish atau bekas tahan panas.
  • Taburkan 1 cawan lagi keju mozarella parut.
  • Bakar dalam oven selama 25 mnit atau sehingga keju menjadi sedikit perang 
  • Taburkan dengan parsley cincang(ganti dengan daun ketumbar) dan parmesan cheese.
  • Sedia untuk di makan.

Selasa, 5 April 2016

SHEPERD'S PIE POTATO SKINS


 Assalam buat semua..
Rasa nak menulis di sini selalu...kalau boleh.
Kalau boleh, masa sentiasa cukup untuk saya.
tapi hari-hari terus berlalu pergi begitu saja ..
tugasan harian bertimbun tak pernah habis
I choose to be....relakan saja.
Jom tengok resepi ni pula..salah satu resepi kentang Russet kesukaan saya.
Saya olah sedikit resepi mengikut bahan yang ada di dapur
resepi dan video asal ada di Tip Hero/FB
Let's try baking

Anda perlukan..
4 biji potato Russet besar,scrub kulitnya dan basuh.
*lumur dengan olive oil,serbuk lada hitam dan sedikit garam

1/4-1/2 cawan full cream milk
2-1/2 sudu besar mentega
garam secukup rasa

Bahan filling
1 sudu besar olive oil
1/2 biji bawang besar-dadu kecil
1 cawan daging cincang
2 sudu besar tepung gandum
1/2 kiub pati daging campur 1/2 cawan air
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 cawan vege mix. frozen

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 170'c
  • Cucuk potato dengan garfu dan sapukan dengan olive oil,garam dan serbuk lada hitam.
  • Letakkan ke dalam loyang dan bakar dalam oven sehingga ia sedikit lembut.
  • Pusingkan potato dan bakar sebentar lagi.
  • Cucuk dengan pisau untuk memastikan ianya telah lembut .
  • Keluarkan potato dari oven kemudian potong sedikit di bahagian atasnya.
  • Korek keluar isinya dengan sudu dan tinggalkan 1/4 inci ketebalan isi pada kulitnya.
  • Dalam mangkuk,masukkan susu,mentega dan garam dan hancurkan isi potato bersama bahan-bahan tadi hingga ianya lembut.
  • Jika menggunakan piping bag,masukkan mash potato tadi ke dalam piping bag dengan nozzle bintang yang besar.Ketepikan
  • Seterusnya masukkan olive oil ke dalam non-stick pan dan tumiskan bawang besar dadu dengan api sederhana.
  • Tambahkan daging cincang dan kacaukan sentiasa supaya daging tidak bergentel.
  • Tumis hingga daging bertukar warna.
  • Masukkan tepung gandum dan gal rata.
  • Tambah 1/2 cawan air bercampur dengan  kiub pati daging tadi.
  • Seterusnya masukkan serbuk lada hitam dan mix vege.
  • Renehkan sehingga inti menjadi pekat.Angkat.
  • Sudukan inti ke dalam kulit potato yang telah di korek tadi.
  • Paipkan mash potato ke atas inti.
  • Bakar di dalam oven15-20 minit atau sehingga bahagian atas menjadi golden brown.
  • Boleh di makan sebagai side dish bersama ayam bakar dan salad atau makan begitu saja.