Hari ini saya nak kongsi satu lagi resepi ketam yamg mudah di buat..
walaupun hanya seorang sahaja anak saya yang makan ketam,tapi sekali-sekala rajinkan diri masak ketam.
Kalau beli ketam biasanya dua ekor sahaja,cukuplah untuk seorang makan.
Resepi dari blog masam manis.Thanks
Let's try masak.
KETAM MASAK CILI
Bahan-bahan
4 ekor ketam-cuci bersih dan toskan
1 batang serai-di titik
3 sudu besar sos cili
garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun ketumbar -di hiris
bahan di tambah
4 sudu besar sos Mae phraenom/sos cili thai
5 helai daun limau purut
1 biji telur-di kacau.
tomato ceri
Bahan kisar
15 tangkai cili kering-kisar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit belacan-jika suka
Cara membuatnya
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga harum dan naik minyak.tambah air jika terlalu kering.
- Masukkan serai,sos cili,sos mae phraenom dan daun limau purut.
- Masak hingga kuah pekat.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan ketam dan masak hingga empuk.
- Curahkan telur dan gaul rata.masukkan tomato ceri.
- Angkat dan taburkan hirisan daun ketumbar
- Sedia untuk di hidangkan.