Ahad, 25 Februari 2018

BISKUT PEANUT BUTTER

 Assalam buat semua..
saya try buat Biskut Peanut Butter ni sebab ada stok Peanut butter yang dah lama di beli.
Kalau di biarkan lama-lama tentu terbuang saja.
Rasa Peanut butter yang sedap dengan aroma kacang .
Resepi dari Surianti Ramli.
Let's try baking

BISKUT PEANUT BUTTER

Bahan-bahan
3/4 cawan mentega kacang halus
1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum-di ayak
*beberapa sudu tepung jika doh masih lembik

Bahan hiasan
kepingan badam

Cara membuanya

  • Satukan mentega kacang,mentega dan gula kastor.Pukul sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil menguli.
  • Jika adunan tidak melekat di tangan,tak perlu habiskan tepung.
  • Jika doh masih lembik,tambahkan beberapa sudu tepung hingga dapat doh yang cantik.
  • Sapu sedikit mentega pada loyang .
  • Bentukkan biskut ikut kesukaan masing-masing.
  • Sapukan sedikit kuning telur dan letakkan badam hiris.
  • Bakar dalam suhu 150-180'c mengikut jenis oven masing-masing.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Selasa, 13 Februari 2018

UBI KAYU KUKUS

Assalam buat semua..
Hari ni nak kongsi salah satu kuih kesukaan saya.
Kuih dulu-dulu tapi masih lagi dalam ingatan.
Cara membuatnya pun simple sahaja. 
Tapi biasalah kuih dulu-dulu ambil masa sikit nak menyiapkannya dan setengah-setengah tu tiada sukatan asas.
Let's try buat.

UBI KAYU KUKUS

Bahan-bahan
Ubi kayu-di parut
gula melaka-di parut
garam
kelapa muda parut

Cara membuatnya

  • Ubi kayu parut di perah keluar airnya .
  • Gaulkan dengan gula melaka dan garam ikut manis sendiri.
  • Panaskan pengukus hingga mendidih.
  • Kukus sehingga Ubi kayu bertukar warna jernih.
  • Sejukkan dahulu.
  • Makan dengan kelapa parut yang di gaul dengan sedikit gula dan garam.