Sabtu, 7 September 2024

CAKE CHOCOLATE MOCHA


 Assalam buat semua..
Saya buat Kek Coklat ini untuk harijadi Afiqah tahun ini.
Biasanya anak -anak akan request kek yang saya buat Dan tak mahu kek yang di beli.
Selagi ada masa dan tenaga saya akan tunaikan walaupun bukan pada tarikh yang diraikan.
Kek ini tidak menggunakan telur tapi teksturnya lembut dan moist.

Resepinya dari  Pastrybysaloni
A keeper recipe Chocolate cake for me
Let's try baking

CAKE CHOCOLATE MOCHA

Bahan
Kek span Coklat
300 ml full cream milk/sudu cair/fresh milk
1 sudu besar cuka
90 gm.yogurt plain
150 gm.gula kastor
60 gm gula perang
85 ml.minyak sayur
2 sudu the esen vanilla
33 gm.serbuk Koko
210 gm.tepung gandum
1+ 1/2 sudu teh baking soda
1/2 + 1/4 sudu teh baking powder
1/8 sudu teh garam
2 sudu teh serbuk kopi(ganti dengan kopi emulco)

Cara membuatnya
1.Panaskan oven dan alas loyang kek
2.Dalam mangkuk,campurkan susu,cuka dan yogurt kacau sebati.
Biarkan selama 5 minit.
3.Kemudian tambah 2 jenis gula,minyak dan esen vanila.
4.Kacau sebati hingga gula hancur 
5.Ayak bersama semua bahan kering dan tambah ke dalam adunan.
6.Gaul rata dan tuang ke dalam loyang 7 inci.
7.Bakar dalam oven dengan suhu 150'c (oven saya)
8.Bila sudah masak,sejukkan dan potong kkepada 2 /3 bahagian.
9.Hias dengan coffee buttercream frosting

Coffee Buttercream frosting
300 gm butter
240 gm.gula raising(saya kurangkan)
120ml.krim putar non diary
2 sudu besar instant coffee

Putar butter hingga ringan dan gebu
Tambah gula aising dan putar lagi hingga ringan
Tambah krim putar Dan instant coffee ke dalam adunan.
Gaul rata dengan spatula

Chocolate Ganache topping
55 gm.dark chocolate
60 gm.krim putar

Cairkan coklat teknik double boil
Tambah krim putar dan gaul rata
Sejukkan sebentar.






Selasa, 20 Ogos 2024

APAM NASI

Assalam buat semua..
Saya buat Apam Nasi ini kerana ada sedikit lebihan nasi semalam
Saya gabungkan Apam ini dengan kelapa parut muda yang digaul dengan sedikit garam dan gula.
Tambah sedikit pewarna pilihan,pasti kelihatan menarik.
Sedap dimakan ketika sedikit suam-suam
Ia gebu dan sedap,tambahan pula digabung dengan secawan kopi.
Let's try buat.

APAM NASI

Bahan
1 cawan nasi
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 cawan gula
1 sudu kecil yis

Cara membuatnya
1.Kisar semua bahan hingga bergaul rata.
2.Perap sehingga adunan naik sekali ganda
3.Kemudian bahagikan kepada warna pilihan
4.Kukus dalam acuan kecil(tidak perlu sapu minyak)
5.Jika ingin apam yang nerekah,guna api besar 

*Saya cicah dengan kelapa muda parut tapi sukatan gula dalam adunan,saya kurangkan kepada 1/2 cawan.

Selasa, 30 Julai 2024

KEK COKLAT KUKUS LELEH

Assalam buat semua..
Pertama kali saya cuba buat Kek coklat kukus leleh
Kek ni dah lama viral cuma saya  yang tak berkesempatan membuatnya 
Mudah saja caranya dan rasanya juga sedap.
Resepi asal ini saya telah ubah sedikit sukatan manisnya termasuk resepi topping untuk kek
Ok,let's try buat

KEK COKLAT KUKUS LELEH

Bahan
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
3 biji telur B
*Semua bahan diatas,blend selama 5 minit 

1 1/4 tepung gandum
1 cawan serbuk coklat
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*Semua bahan diayak bersama

-Panaskan pengukus
-Gaul rata semua bahan blend dengan bahan yang diayak.
-sapu minyak pada acuan kek pilihan .
-tuangkan adunan kek dan ratakan.
-kukus kek hingga masak,pastikan air tidak menitik di atas kek.
-bila masak,keluarkan dari acuan dan sejukkan sebentar.

Bahan topping
1 cawan serbuk coklat
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
*Campur rata kesemua bahan dan masak dengan api sederhana hingga sedikit pekat
Sejukkan sebentar dan tuang diatas kek
Hiaskan dengan coklat rice atau mengikut pilihan sendiri.

Sabtu, 15 Jun 2024

PUDING SAGU MANGGA


 Assalam buat semua..
Cuti di Kelantan bermula hari Jumaat,14/6/24 hingga 19/6/24.
Boleh lah masuk dapur main masak-masak sambil buat persediaan Hari Raya Aidil Adha.
Puding Sagu manga ni saya buat demi menghabiskan buah mangga didapur
Disini buah Mangga dijual dengan harga Rm 10 untuk 2-3 kg.
Let's try buat

PUDING SAGU MANGGA

Bahan
1 cawan Sagu
6 cawan air
-didihkan air,rebus sagu hingga masak
-letak dalam penapis dan suram dibawah air,toskan
*Saya guna sagu warna merah

2 biji mangga
1/2 cawan susu full cream
Susu pekat manis ikut kemanisan masing-masing
-semua bahan ini diblend

2 biji mangga-potong dadu
2 cawan susu full cream
Sedikit garam

hiasan
Krim putar

1.Masukkan sagu kedalam gelas dessert
2.Tambahkan mangga yang diblend
3.Masukkan sedikit garam kedalam susu full cream,kacau rata
4.Masukkan mangga yang dipotong kiub
5.Akhir sekali,tuangkan susu
5.Paipkan krim putar(optional
6.Letakkan didalam peti sejuk.Sedap dimakan sejuk-sejuk.

Selasa, 21 Mei 2024

SIAKAP KENGSOM THAI

Assalam buat semua..

Kali ini masak Ikan Siakap Kengsom,asal dari selatan Thai
Resepinya mudah dan ringkas tapi rasanya sedap dengan rasa masam manis dan tidak muak.
Let's try masak

IKAN SIAKAP KENGSOM THAI

Bahan
1 ekor ikan siakap
3-4 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 ketul kunyit hidup
6-7 tangkai cili padi
1 biji cili merah
1 inci belacan
1 potong nenas
1 inci lengkuas
2 batang serai
Air secukupnya untuk kuah
1/2 biji nenas kecil
1 ikat kangkung
2 biji limau nipis
2 sudu besar sos ikan Thai
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
1.Potong menyerong nenas(1/2 biji) untuk masuk dalam kuah dan potong dadu untuk kisar.
2.Potong kasar bawang merah,bawang putih,kunyit hidup,cili padi.
3.Hiris nipis lengkuas,titik serai,potong limau dan perah jus(boleh ganti air asam jawa)
4.Ikan siakap dipotong 4
5.Kisar halus bahan potong kasar,nenas,belacan(boleh ganti perasa) dan air.
6.Masukkan bahan kisar halus dalam kuali,masukkan serai dan lengkuas kemudian reneh sampai agak masak (anggaran 10-15 minit)
7.Tambah air untuk lebih berkuah dan masukkan hirisan nenas.Masak Sampai kuah mendidih.
8.Masukkan ikan dan tutup kejap.
8.Bila ikan dah masak,masukkan sayur kangkung dan tutup api.Akhir sekali masukkan jus limau nipis.
9.Sedia untuk dihidangkan.

Rabu, 8 Mei 2024

BISKUT COKLAT CIPS

Assalam buat semua..
Biskut ini adalah 'A keeper recipe for me'
Senang nak buat dan cepat siap,rangup dan tidak manis sangat
Tiap-tiap tahun wajib buat sebab anak-anak suka makan
Lepas raya masing-masing bawa balik ke tempat tinggal.
Let'try baking

BISKUT COKLAT CIPS

Bahan
250gm mentega
130gm gula kastor
1 biji kuning telur
250gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh emplex
1 sudu teh esen vanila
25gm tepung jagung
50gm nestum
100gm Coklat Cips

Cara membuatnya
1.Ayak tepung gandum,tepung jagung,emplex,baking powder bersama.Ketepikan.
2.Kacau sebati mentega,gula kastor,kuning telur dan esen vanila
3. Masukkan nestum,Coklat Cips dan gaul rata
4.Akhir sekali masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul rata
5.Letak diatas baking tray dan bakar dengan suhu 150'c sehingga masak.
6.Sejukkan sebentar sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Sabtu, 4 Mei 2024

KENTANG PUTAR DAN BEBOLA DAGING

Assalam buat semua..
Saya sudah tidak bertugas ditempat lama
Sekarang ni masa untuk memasak hanya hujung minggu sahaja itupun kalau tidak pergi ke mana-mana
Ahad hingga Khamis saya berada dihospital sehingga jam 5 petang.
Pagi tadi jumpa kentang dan Bebola daging dalam peti ais
Sebelum kentang rosak baik kita buat sesuatu
Let's try masak.

KENTANG PUTAR DAN BEBOLA DAGING

Bahan
Bebola daging secukupnya
-goreng dengan sedikit mentega-ketepikan

Bahan kentang putar
5 biji kentang Russet
2 sudu besar mentega
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar susu tepung
Serbuk Lada hitam
Serbuk Lada sulah
Sedikit garam

-Buang kulit kentang,potong dan rebus hingga lembut.Toskan
-semasa masih panas,lecek kentang dengan semua bahan-bahan di atas
-sesuaikan rasanya
-ratakan didalam bekas pilihan

Sos Lada hitam
1/2 labu bawang besar-potong kiub
1/2 biji tomato-potong kiub
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
Kiub pati ayam
Garam jika perlu
gula perang
Air secukupnya

-cairkan mentega,masukkan bawang dan tomato,tumis sampai layu
-masukkan tepung gandum dan goreng sebentar
-masukkan air,kiub ayam,semua sos,kicap
-masak sampai pekat
-angkat dan curah di atas kentang putar tadi
-letak bebola daging
Hidangkan.

Rabu, 1 Mei 2024

BISKUT DAHLIA

Assalam buat semua,

Biskut Dahlia yang Saya buat untuk Raya lepas
Tiap-tiap tahun mesti buat walaupun tidak standing dengan biskut raya zaman sekarang
Hari ini cuti Hari Pekerja,Jadi dapat jenguk dapur maya ini sekejap
Let's try buat

BISKUT DAHLIA

Bahan
250gm mentega/marjerin
1 cawan susu pekat manis
1 biji kuning telur
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan susu tepung
2 cawan tepung kastard
2 cawan tepung gandum-boleh tambah ikut keperluan

Cara membuatnya
1.Satukan mentega/marjerin bersama susu pekat manis dan kuning telur 
2.Kacau rata guna senduk
3.Tambah tepung jagung,susu tepung dan tepung kastard dan adun rata.
4.Uli pakai tangan dan tambah tepung gandum sedikit demi sedikit hingga dapat doh yang sesuatu untuk terap.
5.Guna acuan semperit dan terap hingga habis.
6.Letak hiasan dan bakar dalam oven dengan suhu 150'c sehingga masak.
7.Sejukkan sebentar sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Isnin, 29 April 2024

PUDING MARBLE ROTI


 Assalam buat semua..
Ramadan sudah berlalu pergi..
walaupun sedikit penat kerana tidak cukup rehat tapi kemanisan dan keindahan bulan Ramadan amat bermakna.
Saya buat puding ini untuk juadah berbuka puasa yang lepas
Saya kurangkan sedikit sukatan manisnya mengikut selera sendiri
Baru ada sedikit masa untuk menulis  disini.
Let's try buat

PUDING MARBLE ROTI

Bahan2
10 gm. agar-agar tali
3 cawan air

Bahan2 kisar
4 keping roti-dicarik
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
2 sudu makan marjerin

Cara membuatnya
1.Masak agar-agar hingga larut.
2.Tuang bahan kisar ke dalam adunan agar-agar dan masak hingga pekat
3.Bahagikan adunan mengikut warna pilihan
4.Tuang adunan perlahan-lahan ke dalam bekas bersesuaian berselang-seli hingga habis 
5.Sejukkan didalam peti sejuk.

Jumaat, 16 Februari 2024

CLASSIC MARBLE CAKE


Assalam buat semua..
Saya sangat suka buat kek seperti ini.
Kek biasa-biasa sahaja tapi rasanya sedap dan tidak muak.
Terpulang pada citarasa masing-masing nak buat beberapa warna atau cuma dua warna sahaja.
Let's try baking

CLASSIC MARBLE CAKE

Bahan A
5 biji telur gred A
150 gm.gula kastor
1 sudu besar ovalette
2 sudu teh esen vanila

Bahan B
225gm.tepung naik sendiri
1/4 sudu teh garam

Bahan C
200gm.mentega 
2 sudu besar susu pekat manis
*Cairkan kedua bahan ini

Cara membuatnya
1.Putar kesemua bahan A dan bahan B dengan high speed selama 5 minit atau sehingga kembang.
2.Masukkan mentega cair dan kaup-balik sahaja.
3. Alas loyang 8 inci dengan baking paper
4.Ambil sedikit adunan dan letak pewarna pilihan
5.Tuang adunan selebihnya kedalam loyang dan ratakan.
6.Letak adunan berwarna dan lorek ikut kreativiti sendiri atau dilapis-lapis
6.Bakar dalam suhu 150'c sehingga masak mengikut jenis oven masing-masing.