TEKNIK MEMBUAT PUDING
Bahan-bahan asas membuat puding adalah telur,susu dan gula.Puding karamel yang asli hanya menggunakan esen vanila untuk menambah rasa dan aromanya tetapi rasanya juga boleh di pelbagaikan dengan menambah perisa nescafe,pandan atau coklat.
Teknik yang paling penting dalam membuat puding karamel adalah ketika membuat gula karamelnya.
Gula karamel juga di kenali sebagai gula perang.
Gula ini di panaskan sehingga bertukar menjadi perang dan jangan biarkan gula yang di panaskan itu menjadi hangus.Gula yang hangus membuat puding menjadi pahit dan tidak enak untuk di makan .
Gula yang sudah menjadi perang sepenuhnya harus di tutup apinya dan serta merta tuangkannya ke dalam loyang.Biarkan gula itu mengeras sebelum menuang adunan puding nanti.
Gula yang sedang di cairkan hanya perlu di kacau sekali-sekala,jangan kacau dengan terlalu kerap dan keterlaluan kerana ia akan merubah kristal gula dan mengganggu pencairan gula.
Gunakan api yang sederhana agar gula dapat di perangkan dengan sekata dan terkawal.
Untuk membuat pudingnya pula,sila pastikan ketika membancuh adunan puding jangan memukul susu,telur dan gula terlalu kuat.
Memukul dengan kuat akan membentuk buih yang akan menyebabkan permukaan puding kasar dan berbintik-bintik.
Tapis bancuhan ke dalam loyang yang mengandungi gula karamel tadi.
Menapis dapat membuang chalazae(seakan-akan bentuk jeli putih) yang melekat di antara putih telur dan kuning telur .Ini penting untuk mendapatkan puding yang licin dan bersih.
Terdapat dua teknik memasak puding karamel iaitu mengukus dan menggunakan steam bake(kukus dan bakar).Steam bake adalah teknik yang menggunakan oven.
Caranya,letakkan air lebih kurang 1/4 penuh di dalam dulang,kemudian letakkan loyang yang berisi puding di atas dulang yang berisi air tadi.Pastikan dulang yang berisi air tadi lebih besar dari loyang yang mengandungi puding.
Masukkan di dalam ketuhar dan bakarlah seperti biasa.Anda di galakkan menggunakan api di atas dan bawah supaya puding anda masak dengan sekata. Itulah teknik-teknik membuat puding karamel dari dapur Azli Razali.Terimakasih di atas panduan yang berguna ini.Saya letakkan di dalam blog ini sebagai rujukan untuk anak-anak saya di kemudian hari.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Deepavali dan ambilah kesempatan cuti ini untuk membuat puding karamel.
Sumber gambar:Cik Google