Isnin, 31 Disember 2018

AYAM MASAK TEMPOYAK

Assalam buat semua..
Ok..Ayam Masak Tempoyak ni baru pertama kali cuba.
Bagi taste saya...rasanya sedap dan membuka selera.
Lain kali kena buat lagi.
Ok let's try masak

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam-potong kecil
1 cawan tempoyak -campur 1/2 cawan air.
3 tangkai cili padi-potong kecil /ikut suka pedas
4 ulas bawang merah besar /1 labu bawang besar
1 labu bawang putih
4 batang serai-di titik
garam secukup rasa

Cara membuatnya

  • Kisar bawang putih dan bawang merah dengan 1 cawan air.
  • Panaskan minyak untuk menumis
  • Masukkan bawang kisar ke dalam kuali dan biarkan bawang masak.
  • Masukkan ayam,serai dan cili padi serta tambahkan sedikit air.
  • Biarkan mereneh dengan api perlahan hingga ayam masak..
  • Masukkan tempoyak dan biarkan mereneh lagi hingga kuah kelihatan pekat.
  • Tambahkan garam dan perasa jika perlu.
  • Bila kuah tempoyak kelihatan pekat dan sedap,boleh lah di angkat.
*cili padi boleh juga dikisar bersama bawang.

Ahad, 30 Disember 2018

I WANT YOU...


PARMESAN GARLIC BAKED POTATO

Assalam buat semua...
Potato ni boleh di makan sebagai side dish ataupun makan begitu sahaja
Rasanya  lemak-lemak masin dan sedap
Sedap di makan masa panas-panas ..rangup
Sambil tengok TV habis sepinggan
Let's try baking

Bahan-bahan
6 biji potato Russet
1/4 cawan olive oil
1sudu besar bawang puith cincang/3 sudu teh garlic powder
3 sudu teh garam/ikut keperluan
1 sudu teh paprika
2/3 cawan Parmesan cheese
2 sudu besar parsley cincang

Cara membuatnya

  • Cuci kulit potato dan toskan.Potong bulat nipis.Nak buat wedges pun boleh.
  • Panaskan oven pada suhu 200'c.
  • Alas baking tray dengan baking sheet.
  • Dalam satu bekas satukan olive oil,bawang putih,paprika dan garam.
  • Gaul rata bahan dengan kepingan potato.
  • Susunkan kepingan potato di atas baking tray.
  • Taburkan Parmesan cheese rata -rata di atas potato.
  • Bakar untuk selama 35minit sehingga kelihatan golden-crisp.
  • Taburkan daun parsley cincang dan Parmesan cheese selebihnya semasa menghidang.

Selasa, 25 Disember 2018

TART TELUR PORTUGIS

Assalam buat semua..
I'm a big fan of Tart Telur Portugis.
Selalunya kalau  beli kat kedai bakeri selalu tak cukup.
Buat sendiri tu biasa lah ..boleh makan puas-puas.
Lagipun ia di buat tidak berapa manis sesuai dengan selera.
Let's try baking

TART TELUR PORTUGIS

Bahan-bahan
1 pek Puff pastry readymade
 
4 biji telur
150 ml air
250 ml full cream milk/susu cair
120 gm gula kastor/ikut manis sendiri
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya

  • Letak sedikit tepung dan canai sedikit kulit pastry jangan sampai nipis sangat.
  • Potong kulit pastry besar sedikit dari acuan.
  • Masukkan pastry ke dalam acuan,tekan-tekan bagi rapat ke dinding.
  • Jangan bagi ada gelembung udara.Ketepikan.
  • Panaskan oven.
Menyediakan kastard

  • Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.
  • Tapiskan adunan kastard dan tuang ke dalam acuan.
  • Bakar pada suhu 200'c selama 40 minit dengan api atas bawah.
*sekeping pastry yang besar boleh dapat 5 biji tart
*Lebihan tepi-tepi pastry masih boleh di gunakan,satukan kesemuanya dan canai semula
dan tekap bulat.
*kalau tak ada acuan boleh guna acuan muffin yang keras atau acuan aluminium yang bulat.

Ahad, 23 Disember 2018

CHEESE BREAD

Assalam buat semua..
Dah lama tak meroti sebab asyik keletihan saja balik bertugas di hospital.
Tapi baru -baru ini bertemu jodoh dengan bread maker.
Adalah sedikit kerajinan pada skala 3/10.
Boleh lah buat cicah nescafe kosong sambil-sambil baca novel.
Roti kosong tanpa inti jer ni,saya taburkan cheese
Pastu bakar biar garing sikit permukaannya..
Let's try baking

Bahan doh asas
500 gm tepung high protein
1 sudu kecil RFB/5 gm
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula kastor
260 ml air sejuk dari peti ais
60 gm mentega
11 gm yis
1/4 sudu teh garam

keju cheddar parut
keju parmesan
campuran susu pekat dan kuning telur

Cara membuatnya

  • Masukkan air,mentega,garam,gula dan RFB ke dalam breadmaker.
  • Masukkan tepung high protein,susu tepung dan yis
  • Setkan ke no.11 untuk doh
  • Selepas siap bulatkan doh roti seberat 35 gm setiap satu
  • Susunkan ke dalam loyang.
  • Biarkan ia naik sekali lagi
  • Sapukan permukaan atas doh dengan campuran susu pekat dan kuning telur
  • Taburkan keju cheddar dan keju parmesan. 
  • Bakar dalam oven dengan suhu 160'c sehingga masak

LAUTAN RINDU


Sabtu, 22 Disember 2018

KIWI PANNA COTA

Asalam buat semua..
Salah satu dari Italian dessert yang sangat sedap ni.
Boleh juga di gunakan buahan segar lain seperti strawberi,mangga dan dragon fruits.
Semua pun sedap  bila di makan sejuk-sejuk.
Tak kisah lah musim hujan pun
Craving for dessert heaven gitu..
Let's try buat

KIWI PANNA COTA

Bahan-bahan
3 cawan krim putar
gula secukup rasa
1 1/2 sudu besar gelatine
5 sudu besar air panas
2-3 titis esen vanila

untuk puri kiwi
4 biji kiwi
sedikit air
3 sudu kecil gula
sedikit jus lemon
sedikit pewarna hijau

Cara membuatnya

  • Masukkan gelatine ke dalam air panas.Kacau hingga larut.
  • Masak krim putar dengan gula menggunakan api perlahan hingga berbuih kecil.
  • Masukkan esen vanila.
  • Tuang ke dalam bekas sesuai
  • Masukkan ke dalam peti ais hingga ia benar-benar set(anggaran 4-5 jam)
Sediakan puri kiwi
Kisar kiwi dengan gula dan air yang minimun.(kalau guna mixer tidak perlu tambah air)
masukkan jus lemon.
Tuangkan ke atas Panna cota yang telah set.
Sejukkan.

PHOTO OF THE WEEK


Jumaat, 14 Disember 2018

KEK COKLAT MONOGRAM

Assalam buat semua...
Kek coklat  ini di buat semasa harijadi BFF saya yang sudah pun berlalu..
Buat sendiri lebih jimat dan lebih bermakna.
Lagipun harga kek monogram ini mahal sikit jika di tempah
Puashati boleh makan sebab letak topping banyak
Kredit resepi to NorAzlita Aziz.Thanks
Let's try baking

KEK COKLAT MONOGRAM

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
*satukan kesemua bahan
  ayak dan ketepikan

Bahan B
3 biji telur size A
300 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Bahan D
250 ml air panas

*untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lembut boleh tambah 2 sudu besar susu pekat.


Cara membuatnya
Satukan kesemua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair dan 2 sudu besar susu pekat

Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah di ayak tadi.
Kaup balik sampai rata

Tambahkan air panas dan gaul sebati
Griskan loyang dan lapik dengan kertas minyak(saya guna bekas aluminium)
Tuang adunan ke dalam loyang empat segi
Bakar dengan suhu 170'c api atas bawah
Masa membakar dalam1 jam hingga 1 jam 1/2 bergantung padas jenis oven masing-masing.

Bila kke dah masak,sejukkan
Potong kek dua bahagian mengikut abjad pilihan

Bahan topping lapisan tengah-coklat mousse


Bahan topping lapisan atas-krim putar

Bahan
250 gm krim putar
50 gm serbuk koko
70 gm gula halus
1 sudu besar nescafe/mocha paste
1 sudu besar gelatine
4 sudu besar air panas

Cara membuatnya
Satukan air panas dan serbuk gelatine
Kacau rata.
Putar krim hingga kental
Tambahkan serbuk koko,gula dan serbuk nescafe/mocha paste.
Pukul dengan kelajuan perlahan
Akhir sekali masukkan larutan gelatine,kacau rata.

Kek yang telah di potong dua
Sapukan dengan bancuhan nescafe 3 dalam 1
Guna nozzle dan paipkan coklat mousse di atas kek
saya paipkan coklat paste di atas coklat mousse

Lapiskan dengan kek satu lagi
Sapukan dengan bancuhan nescafe
Paipkan krim putar
Jika ada coklat mousse yang berbaki boleh juga di paipkan di lapisan atas.
Letan hiasan pilihan(saya guna fresh fruit)
Sejukkan di dalam peti ais supaya krim set.

Rabu, 12 Disember 2018

JEJARI NUGGET AYAM KAROT

Assalam buat semua..
Nugget ayam homemade ini rasanya memang sedap..
Walaupun tidak setanding dengan nugget readymade
Tetapi rasanya tidak mengecewakan
Boleh di buat banyak-banyak dan keep frozen sahaja.
Anak-anak saya amat sukakannya
Boleh di goreng bila-bila masa dan di makan panas-panas.
Musim hujan ni agak laku juga.
Let's try buat

Bahan-bahan
400 gm isi ayam
1/2 batang karot-di parut
1 biji bawang besar-cincang
1 bij telur ayam
1 1/2 tepung ubi/tepung jagung
2 sudu besar serbuk roti
1 kiub pati ayam

Bahan salut
tepung ubi
telur di pukul ringan
serbuk roti

Cara membuatnya
  • Masukkan kesemua bahan dalam pengisar.
  • Ratakan ke dalam bekas empat segi dan kukus hingga masak.Sejukkan
  • Potong bentuk jejari/bentuk kesukaan
  • Campurkan telur,tepung ubi dan gaul rata
  • Panaskan minyak dan celup jejari nugget ke dalam adunan telur .
  • Salutkan dengan serbuk roti.
  • Goreng hingga garing
  • sedia di makan dengan sos pilihan
*jejari ayam yang belum di salut boleh di simpan di dalam freezer.
*Boleh juga dibuat bentuk bulat,tigasegi atau empatsegi.

Ahad, 9 Disember 2018

UDANG GALAH SAYUR TUMIS

Assalam buat semua..
Kembali semula ke ruangan ini..
Hampir sebulan menyepi kerana masalah internet breakdown.
Banyak resepi dan gambar makanan tak update.
Hari ini dah pulih semuanya..
Having my sweet time di sini again!
Let's try masak.

UDANG GALAH SAYUR TUMIS

Bahan-bahan
10 ekor udang galah size kecil
4 helai daun kubis-hiris kecil
1/2 vatang karot-potong kecil
5 biji tomato ceri
1 labu bawang putih-cincang
1/2 labu bawang besar-hiris nipis
1biji telur di kacau
sedikit suhun
serbuk lada sulah
serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
2 sudu besar sos tiram
hirisan daun ketumbar
air secukupnya

Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak untuk menumis.
  • Masukkan bawang putih dan bawang besar .
  • Tumis hingga naik bau dam masukkan sos tiram
  • Masukkan air secukupnya dan kiub pati ayam dan tunggu hingga mendidih.
  • Masukkan telur yang telah di kacau,serbuk lada hitam,serbuk lada sulah dan suhun.
  • Tambahkan sayur kubis dan udang galah.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.
  • Taburkan dengan hirisan daun ketumbar

Sabtu, 27 Oktober 2018

TAUHU SUMBAT DAGING

As salam buat semua..
Pertama kali saya cuba resepi Tauhu Sumbat Daging rasanya agak sedap juga.
Sesuai untuk kudapan di waktu petang.
Ia garing di luar dan lembut di dalam
sedap di makan dengan sos cili Thai.
Let's try buat

TAUHU SUMBAT DAGING

Bahan-bahan
Tauhu goreng
tauhu cincang halus
isi ayam/daging/ikan
bawang besar
bawang putih
karot
daun ketumbar/daun bawang
serbuk lada sulah
garam

Untuk salutan
telur
tepung beras
garam

Cara membuatnya

  • Tauhu goreng di potong dua melintang dan buat lubang di tengahnya.
  • cincang bawang besar,bawang putih dan parut karot.
  • Daun ketumbar dan daun bawang di hiris halus.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  • Tumiskan bawang besar,bawang putih hingga naik baunya.
  • Masukkan serbuk lada sulah.
  • Masukkan karot,tauhu cincang,daging/ayam dan sedikit air, garam,daun sup/daun bawang.
  • Bila masak bolehlah di angkat.
Cara menyediakannya

  • Ambil inti daging dan sumbat ke dalam tauhu.
  • Buat sampai habis.
  • Pecahan telur,masukkan tepung beras dan sedikit garam.
  • Kacau rata.
  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Celupkan tauhu sumbat di dalam adunan telur dan goreng hingga garing.
  • Toskan minyaknya dan sedia untuk di hidang bersama sos cili.


SEKIRANYA KAU TAHU..


OMELETTE IN-A -HOLE

Assalam buat semua..
Ok.. hari ini saya nak kongsikan satu resepi breakfast yang cepat dan mudah.
Ia juga memberi dapat tenaga pada hari yang sibuk.
Rasanya pun sedap.
Sesuai juga di makan dengan sos dan mayonis.

OMELETTE IN-A-HOLE

Bahan-bahan
2 keping roti
1 biji telur
Serbuk lada sulah dan lada hitam
capsicum merah dan hijau
bawang besar
daun ketumbar

Cara membuatnya

  • Potong empat segi bahagian tengah roti
  • Tinggalkan tepi-tepinya sahaja,jangan sampai putus.
  • Potong kiub kecil bawang besar dan capsicum
  • Bancuh telur,masukkan lada sulah dan lada hitam.
  • Tambahkan bawang besar dan capsicum serta hirisan daun ketumbar.
  • Panaskan sedikit mentega dan letak roti.
  • Masukkan bancuhan telur perlahan-lahan.
  • Biarkan ia garing barulah di terbalikkan sebelah lagi.
  • Sedia untuk di hidangkan 

Khamis, 4 Oktober 2018

ONDEH-ONDEH

Assalam buat semua..
Dah lama saya tak buat kuih ondeh-ondeh
Pada kebiasaannya di Kelantan ni,ia banyak di buat dalam bulan puasa.
Tapi sekarang ni kalau rasa nak makan saya akan buat sendiri.
Sebab ia jarang-jarang di jual pada hari biasa.
Let's try buat.

ONDEH-ONDEH

Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
2 sudu makan tepung gandum
1 cawan jus pandan(kisar daun pandan)
pewarna hijau

1 keping besar gula melaka-di potong kiub kecil
1/2 biji kelapa parut muda
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
sedikit garam
Gaul rata semua bahan.Ketepikan

2 helai daun pandan
air

Cara membuatnya

  • Didihkan air bersama daun pandan di dalam periuk.
  • Satukan tepung pulut,tepung gandum sedikit garam dan pewarna hijau.
  • Tambahkan air daun pandan sedikit demi sedikit sambil di gaul sehingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan.
  • Ambil sedikit doh,leperkan,letak kiub gula melaka dan bulatkan.
  • Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
  • Angkat doh yang timbul di permukaan air dan toskan.
  • Buat sampai habis.
  • Golekkan dalam kelapa parut muda.
  • Sedia untuk di hidangkan.

PHOTO OF THE WEEK.


PUDING KASTARD KOKTEL


Assalam buat semua.. 
Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi puding yang mudah saja di buatnya.
Semua orang pun rasanya pernah buat puding ni.
Bahan-bahannya pun mudah saja.
Rasanya sedap juga di makan sejuk-sejuk. 
Let's try buat

PUDING KASTARD KOKTEL

Bahan kastard
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
2 sudu besar gula
sedikit garam

Campurkan kesemua bahan
Kacau di atas api perlahan sehingga pekat dan meletup-letup.
Curahkan kedalam bekas sesuai atau acuan kecil-kecil dan sejukkan.

Bahan kuah
1 tin susu cair
1 tin koktel
1 tin laici
1 tin nenas kiub
2 sudu besar tepung kastard
1/2 tin susu pekat manis
gula ikut manis sesuai
sedikit garam
air secukupnya

Cara membuatnya

  • Campurkan kesemua bahan kuah kecuali buah koktel.
  • Masak hingga mendidih dan kuah pekat sedikit(kepekatan kuah bergantung pada citarasa sendiri).
  • Tambahkan kesemua buah koktel sekali dengan sirapnya.
  • Sesuaikan manisnya dan bolehlah di sejukkan.
Potong kiub kastard dan campurkan bersama kuah koktel.
Sejukkan di dalam peti ais.

Sabtu, 29 September 2018

IKAN BAWAL MASAK MASAM MANIS

Asalam buat semua..
Saya masih ingat dulu semasa di tingkatan 3..
Cikgu Sains Rumah Tangga(sekarang ERT) mengajar resepi Ikan Masak Masam Manis.
Sampai sekarang saya masih buat masakan ini 
Walaupun sudah berpuluh tahun berlalu..
Dah macam-macam saya derhaka pada resepi asas tu dulu..
Let's try buat

IKAN BAWAL MASAK MASAM MANIS

Bahan-bahan
1ekor ikan bawal saiz besar
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili thai
3 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos Mae phranom
1 sudu kecil serbuk cukup rasa maggi
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh tepung jagung
1 susu besar gula perang

Kesemua bahan ini di campurkan dengan 1 cawan air 
Kacau sebati.

Bahan tumis
1 labu bawang besar-dadu
5 ulas bawang putih-cincang
1/2 inci halia-cincang
2 batang serai-hiris nipis

1/2 batang karot-parut nenas kiub-potong nipis
tomato ceri-belah 2
daun ketumbar siam
cili merah

Cara membuatnya

  • Bersihkan ikan,letak sedikit lada sulah dan serbuk lada hitam
  • Goreng hingga garing.Ketepikan.
Sos

  • Panaskan sedikit minyak,tumis bawang besar,bawang putih, halia dan serai hingga naik baunya.
  • Tambahkan campuran sos dan karot.
  • Masak dengan api perlahan hingga kuah pekat.
  • Tambah nenas dan tomato serta hirisan daun ketumbar.
  • Sesuaikan rasanya.
  • Curahkan kuah ke atas ikan goreng dan taburkan hirisan cili  merah dan daun ketumbar siam.
  • Bolehlah di hidangkan.

AIR KATIRA

Assalam buat semua..
Selalu jumpa Air Katira ni di jual dalam bulan Ramadan
Saya teringin nak merasanya..
Jadi saya cuba buat sendiri... rasanya sedap juga
Let's try buat.

AIR KATIRA

Bahan-bahan
1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis
1 sudu kecil esen pisang
pewarna hijau
cincau
sedikit garam
biji selasih-rendam biar kembang
gula jika perlu

Campurkan kesemua bahan dan kacau rata
Tambahkan ais dan sedia untuk di minum.

BISKUT KOKO

Assalam buat semua..
Ok..ini cookies homemade yang saya buat untuk kudapan anak-anak.
Letak satu balang kat meja depan TV nanti bila-bila menonton boleh makan biskut.
Lagipun sekarang ni biskut tidak terhad pada musim perayaan sahaja.
Sentiasa saja ada biskut yang di buat untuk makan hari-hari
Tu pun kalau ada masa...☺☺
ok..let's try baking

BISKUT KOKO

Bahan-bahan
250 gm mentega
150 gm gula kastor
1 biji telur
25 gm serbuk koko
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
20 gm susu tepung
1 sudu kecil coklat emulco

Bahan hiasan
telur putih
coklat urai
almond nibs

Cara membuatnya

  • Campurkan semua bahan.
  • Adun sebati hingga dapat adunan tidak melekat di jari.
  • Canaikan adunan dengan acuan pilihan.
  • Susun dalam dulang pembakar.
  • Sapukan putih telur.
  • Taburkan coklat urai dan almond nibs.
  • Bakar sehingga masak dengan suhu 170'c selama 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.


Isnin, 17 September 2018

CUCUR JAGUNG


Assalam buat semua..
Hari ini saya nak kongsikan resepi Cucur jagung yang sedap.
Mudah dan ringkas sahaja.
Makan panas-panas dengan secawan nescafe...lagi bertambah sedap.
Jagungnya rangup sahaja.
Rangup di luar,lembut di dalam
Cicah dengan sos pun sedap juga
Let's try buat

CUCUR JAGUNG

Bahan-bahan
2 cawan isi jagung 
4 cawan tepung gandum
1 labu bawang besar-potong bulat
1 sudu besar gula
1 biji telur
1/2 sudu teh baking powder
sedikit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya

  • Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali air.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga garing
  • Angkat dan toskan

Jumaat, 31 Ogos 2018

PHOTO OF THE WEEK


SAYUR TUMIS LOBAK PUTIH


Assalam buat semua..
Lobak putih sedap dimakan jika buat sayur tumis 
Boleh juga di buat minuman Jus lobak putih.
Tetapi mungkin yang ramai akan memilih lobak merah berbanding yang ini.
Apapun ia adalah salah satu dari sayur kesukaan saya.
Let's try buat.

SAYUR TUMIS LOBAK PUTIH

Bahan-bahan
1 batang lobak putih
1/2 biji lobak merah-potong dadu
5 ulas bawang putih-di ketuk
1/2 biji bawang besar-potong dadu
1/2 kiub pati ikan bilis
1 biji lada hijau-potong bulat
1 biji telur-di kacau
1sudu besar sos tiram
beberapa tangkai daun bawang-potong 1/2 inci
serbuk lada sulah
serbuk lada hitam
sedikit minyak sayur untuk menumis

Cara membuatnya
  • Lobak putih di buang kulit dan potong bulat.
  • Panaskan sedikit minyak sayur dan tumis bawang besar dadu dan bawang putih hingga naik baunya.
  • Masukkan sos tiram
  • Masukkan air secukupnya untuk kuah.
  • Masukkan lobak putih dan lobak merah.
  • Biarkan hingga mendidih.
  • Tambahkan kiub pati ikan bilis,serbuk lada sulah,serbuk lada hitam dan cili hijau.
  • Masukkan telur perlahan-lahan sambil di kacau.
  • Tambahkan garam jika perlu.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.


Rabu, 29 Ogos 2018

DAGING SEKILO BAWANG SEKILO

Assalam buat semua..
Terliur tengok resepi ni kat Blog Amie's Little Kitchen.
Sementara masih ada daging ni terus saja saya cuba membuatnya.
Di buat sedikit berkuah sebab Azim nak makan dengan nasi
Kalau nak makan dengan Nasi Impit,elok di keringkan sedikit.
Thanks Amie...
Let's try buat

DAGING SEKILO BAWANG SEKILO

Bahan-bahan
1 kg.daging-potong kecil-kecil
500 ml santan cair
250 ml santan pekat
5 ulas bawang putih-pecahkan dan cincang
1 kg.bawang besar-potong kasar
15 biji lada merah-potong nipis
3 cm halia-di tumbuk
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu teh pati asam jawa
garam /gula/perasa pilihan
minyak

Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak.Tumis bawang putih,halia,kulit kayu manis,bunga lawang hingga wangi.
  • Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
  • Masukkan daging dan bawang,biarkan hingga layu.
  • Gunakan api besar supaya lada dan bawang segera hancur.
  • Masukkan 500 ml santan cair. Perlahankan api dan tutup kuali.
  • Setelah kuah hampir kering,bawang dan lada hancur,masukkan pula santan pekat,garam dan gula secukup rasa serta perasa pilihan dan pati asam jawa.Gunakan api perlahan.
  • Kacau selalu supaya sebati dan tutup api bila terbit minyak.
  • Siap untuk di hidang bersama nasi putih atau Nasi impit.


Rabu, 15 Ogos 2018

KEK KAROT

Assalam buat semua..
Bertemu lagi di ruangan ini
Semakin jarang saya bertamu di sini
Dek kesibukan urusan dunia yang tak penah berhenti
sehingga semakin hari semakin penat...
Sehingga hari ini saya ada sedikit masa untuk kongsikan resepi- 
Kek Karot yang menjadi salah satu dari resepi simpanan dan sentiasa di gunakan.
Let's try baking.

KEK KAROT

Bahan-bahan
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh serbuk kayu manis
*semuanya di ayak bersama

1 cawan gula aising
4 biji telur
1 1/2 cawan minyak sayur
1 batang karot-parut halus

Cara membuatnya

  • Putar telur,gula,minyak dengan kelajuan tinggi selama 10 minit.
  • Masukkan karot parut dan gaul rata
  • Kaup balik tepung ke dalam adunan
  • Bakar  dalam suhu 170'c selama 1 jam bergantung pada oven masing-masing.
Topping cream cheese
250 gm cream cheese
100 ml whipping cream
1 sudu besar gula aising

Putar whipping cream sampai kaku
Putar cream cheese dan gula sampai gebu
Adun keduanya dan gaul sebati
Guna piping beg untuk hias atas kek


Ahad, 29 Julai 2018

MAKARONI GORENG DAGING

Assalam buat semua...
Hari ini saya nak kongsikan satu resepi makaroni yang selalu saya buat dan menjadi kesukaan anak-anak.
Kadang-kadang saya buat semasa hari raya ataupun di hidangkan jika ada tetamu berkunjung ke rumah.
Sumber-RASA online/IG
Let's try masak

MAKARONI GORENG DAGING

Bahan-bahan
400 gm makaroni-rebus sampai masak dan toskan
400 gm daging kisar
5 batang sosej -potong bulat
2 biji bawang Holland-dadu
4 ulas bawang putih-tumbuk halus
5-6 sudu besar cili kisar
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 kiub pati daging/ayam
1/2 biji capsicum hijau,merah,kuning
5-6 biji cendawan butang-potong nipis
2 sudu besar jus limau nipis
1 paket kecil sayur campur-tak letak
sedikit brokoli-tak letak
garam dan gula secukup rasa
hirisan daun sup

Cara membuatnya

  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang Holland dan bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan goreng hingga cili masak.
  • Masukkan daging kisar dan bila daging kelihatan masak,masukkan cendawan butang,kiub pati daging,sos cili,sos tomato dan sos tiram.Gaul rata.
  • Masukkan makaroni dan capsicum dan kacau rata.
  • Masukkan jus limau nipis,garam,guka secukup rasa.
  • Ssuaiakn rasanya dan bolehlah di angkat.
  • Taburkan daun sup semasa menghidang.

Khamis, 12 Julai 2018

LOADED MANGO FLOATS

Assalam buat semua..
Resepi minuman untuk hari ini.
Lintas jer gerai mangga mesti kena beli.
Buah kesukaan saya yang boleh di pelbagaikan resepinya.
Salah satunya minuman yang sedap ni
Saya tak letak gula,mangga dan krim putar dah manis.
Let's try buat.

LOADED MANGO FLOATS

Bahan-bahan
1 biji mangga
1/2 cawan krim putar
2 cawan fresh milk

hiasan 
kiub mangga
krim putar
ketulan ais

Cara membuatnya

  • Ambil isi mangga,krim putar dan fresh milk.
  • Putar sampai sebati .
  • Tambahkan ketulan ais dalam gelas tinggi.
  • Tuangkan ke dalam gelas dan letak kiub mangga dan krim putar di atasnya.
  • Sedia untuk di hidangkan.

HIDUP,TAKDIR DAN HARAPAN.



















rindu semakin banyak ni..
nak simpan ke nak buang.
simpan saja lah...
dah siap susun sekeping -sekeping
biar ia tinggi menggunung!...sayang.

KERABU LALA

As salam buat semua..
Hampir sebulan tidak hadir di ruangan ini..
hari-hari rindu.
seperti saya rindukannya....
tapi masa selalunya berlalu begitu sahaja.
tanpa belas,tanpa amaran.
meninggal kan hari-hari yang semakin lewat ini
tanpa menoleh ke belakang lagi
alangkah.. 
Dan ia tinggal menjadi kenangan.

Gambar masakan ni pun kenangan juga, dok terperap dalam draf lama sudah.
Hari ini nak kongsi cara membuatnya..mudah saja.
Let's try buat

KERABU LALA 

Bahan(tiada sukatan asas-semuanya secukup dan sesedap rasa))
Lala
daun ketumbar siam
lada merah/cili padi
bawang besar
Sos Mae phranom
serai
sos ikan
jus limau nipis
garam dan gula

Cara membuatnya

  • Celur lala sampai kulitnya terbuka,angkat dan toskan.
  • Potong halus semua bahan.
  • Masukkan kesemuanya dalam mangkuk dan gaul sebati.
  • Sesuaiakan rasanya dan boleh di hidangkan(rasanya masam-masam manis).

Isnin, 18 Jun 2018

PUDING JELLY SUMI

Assalam buat semua..
Hari ini nak kongsi resepi puding yang saya buat minggu lepas.
Kalau buat colourful macam ni baru nampak meriah kan.
Ilusi optik..nampak sejuk dan ceria.
Let's try buat.

PUDING JELLY SUMI

Bahan-bahan
1 paket agar-agar tali
1 liter air
1 tin susu cair
1 cawan gula/ikut manis sesuai
1 paket jelly sumi
pewarna yang di sukai
sedikit garam

Cara membuatnya

  • Masukkan agar-agar dan air ke dalam periuk dan didihkan hingga agar-agar hancur.
  • Tambahkan gula secukup rasa,garam dan susu cair.
  • Angkat dan asingkan kepada 3 warna
  • Susun jelly sumi dalam acuan pilihan.
  • Masukkan satu senduk agar-agar dan tunggu ia keras sedikit.
  • Kemudian masukkan warna-warna seterusnya setiap lapis.
  • Sejukkan dalam peti sejuk.
Tip
Basahkan acuan agar-agar dengan air terlebih dahulu supaya mudah di keluarkan nanti.
Setiap kali letak adunan baru,lorekkan agar-agar dengan garfu dan agar-agar mestilah panas supaya setiap lapisan tidak terpisah semasa kita memotong nanti.

HUJAN..


Ahad, 17 Jun 2018

BISKUT NESTUM CRUNCHY

Assalam buat semua..
3 Syawal 2018...saya baru dapat cuti raya.
Sementara mood raya masih ada,saya teruskan kongsi resepi biskut
raya di sini.
Boleh buat untuk tahun hadapan pula.
Biskutnya rangup dengan aroma nestum.
Let's try baking.

BISKUT NESTUM CRUNCHY

Bahan-bahan
260 gm marjerin planta
250 gm tepung gandum
100 gm gula aising
40 gm nestum original-kisar halus
60 gm badam serbuk
30 gm tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu teh esen vanila

untuk sapuan
kuning telur
nestum

Cara membuatnya

  • Pukul marjerin dan gula aising hingga sebati.
  • Masukkan nestum kisar,badam serbuk,tepung jagung dan tepung ubi.Kacau rata.
  • Tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil di gaul hingga dapat doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  • Terap ikut acuan pilihan.
  • Buat sampai habis dan sapukan kuning telur dan tabur sedikit nestum.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 150'c selama 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Selasa, 12 Jun 2018

MINI PAVLOVA WITH MANGO FILLING

Assalam buat semua ..
Lepas buat biskut raya baru ada stok telur putih. 
Terlintas pula nak cuba buat Pavlova mini.
Selalunya buat yang besar tapi kejadiannya tidak begitu shantik
Tapi tu lah yang ni pun tak begitu syantik juga!
Dark skin sikit mungkin suhu oven terlebih panas walaupun saya bakar ikut suhu yang di sarankan dalam resepinya.
Nanti lain kali saya adjust lagi suhu oven sendiri.
Melt in mouth..best sangat tapi soooo sweetlah!
Saya tidak menggunakan fresh fruit seperti kebiasaanya
tetapi mengantikannya dengan Mango puree 
Resepi dari Abang Danish Red Kitchen.Thanks.
Resepi asal menggunakan Durian curd sebagai fillingnya.
Let's try baking.

MINI PAVLOVA WITH MANGO FILLING

Bahan Pavlova
6 biji putih telur gred A-suhu bilik
1 1/2 cawan gula kastor
2 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu besar jus lemon
1/2 sudu besar esen vanila

Cara membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 130'c.
  • Alas baking tray besar dengan baking sheet.
  • Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi hingga gebu.
  • Bila sudah gebu,tambahkan gula sedikit demi sedikit dan putar lagi selama 10 minit dengan kelajuan tinggi.
  • Putih telur akan kelihatan sekata dan sedikit berkilat.
  • Masukkan jus lemon dan esen vanila dan kaup balik sampai rata.
  • Akhir sekali masukkan tepung jagung dan kaup balik sampai rata.
  • Paipkan mini Pavlova dalam bentuk bulatan ke atas baking sheet dan buat lubang sedikit di tengahnya untuk diisi dengan filling nanti.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 130'c selama 1jam 30 minit sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
Filling
buah mangga 
krim putar
hirisan mangga

  • Putar krim sampai kaku
  • blend mangga dan gaul dengan 1 sudu teh jus lemon.
saya tidak mencampurkan gula ke dalam kedua-dua bahan ini sebab Pavlova dan cukup manis.
Paipkan krim putar ke atas Pavlova dan isikan filling mangga.
Hias dengan hirisan mangga.
Sejukkan dalam peti ais.

BISKUT SAMPERIT CHEESE

Assalam buat semua..
Pagi-pagi sebelum buat persiapan raya kita kongsi resepi dulu.
Jalan-jalan di Kota Bharu hampir semua sesak..
tapi kehidupan terpaksa di teruskan..hihihi
Hari ini resepi biskut raya sebab dah hampir nak raya ni
Ok let's try baking.

BISKUT SAMPERIT CHEESE

Bahan-bahan
260 gm butter
110 gm gula kastor
160 gm tepung kastard
40 gm tepung jagung
240 gm tepung red rose
1 biji kuning telur
2 sudu besar tepung ubi
cheddar cheese parut

Cara membuatnya

  • Pukul butter dan gula guna senduk sampai sebati.
  • Masukkan kuning telur dan kacau rata.
  • Masukkan semua tepung dan uli sehingga menjadi doh lembut dan tidak melekat di tangan.Boleh tambah tepung jika perlu.
  • Masukkan ke dalam acuan samperit dan tekan ke dalam loyang pembakar.
  • Buat sampai habis.
  • Sapukan kuning telur dan taburkan cheddar cheese parut.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 150'c api atas bawah selama 15-20 minit atau sehingga bergantung pada oven masing-masing.
  • Dah siap,sejukkan sebentar dan simpan dalam bekas kedap udara. 

Jumaat, 8 Jun 2018

KERABU SUHUN

Assalam buat semua..
Kerabu suhun ni saya buat untuk berbuka puasa.
Dah tak ada selera nak makan nasi sebab dah seminggu lebih batuk sampai suara pun dah jadi lain.
Tiada sukatan khusus untuk bahan-bahan yang di gunakan.
Semuanya sesuka hati dan sesedap rasa.
Let's try buat

KERABU SUHUN

Bahan-bahan
Suhun
Jus limau nipis
Sos ikan
Sos Mae Phranom
Tomato-potong dadu
Daun ketumbar-hiris halus
Lada merah-hiris halus

Filamen ketam
Isi ayam
Sotong
Udang

Cara membuatnya

  • Panaskan air dan celur suhun,filamen ketam,isi ayam ,udang dan sotong.Toskan.
  • Dalam mangkuk gaulkan semua bahan bersama.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

SUNNY EXOTIC

Assalam buat semua..
Minuman untuk berbuka puasa.
Resepinya dari Rancangan Variarasa Sunquick di Astro.
Best juga walau pertama kali mencubanya.
Minum sejuk-sejuk nyaman rasa tekak yang kering ni.
Let's try buat

SUNNY EXOTIC

Bahan-bahan
Jus sunquick Gold exotic
1 tin laici 
isi kelapa muda
air kelapa
kiub ais
Cara membuatnya
  • Dalam mangkuk masukkan laici bersama sirapnya.
  • Tambahkan air kelapa dan isi kelapa muda.
  • Akhir sekali masukkan jus sunquick dan kacau rata.
  • Tambahkan beberapa ketulan ais dalam gelas dan bolehlah di hidangkan sejuk.

Ahad, 27 Mei 2018

ROTI JALA DAN KUAH DURIAN

Assalam buat semua...
Resepi untuk berbuka hari ni.
Kebetulan ada durian frozen dalam peti sejuk
Ok juga buat pemanis mulut
Roti jala pun pun warna -warni ..saja suka-suka lebih meriah. 
Let's try buat.

KUAH DURIAN

Bahan-bahan
isi durian
santan pekat
gula melaka 
gula dan garam
daun pandan
air secukupnya

Cara membuatnya
Blend isi durian dengan air secukupnya.
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
Masak dengan api sederhana sambil di kacau sekali-sekala.
Apabila kuah kelihatan pekat,sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.
Jangan masak lama supaya tidak pecah minyak.

ROTI JALA
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 1/2 sudu besar minyak masak
3 cawan air/santan/susu segar
sedikit pewarna kuning/warna pilihan
1 sudu teh gula
sedikit garam.

Cara membuatnya

  • Blend kesemua bahan sampai sebati dan tapiskan.
  • Guna kuali non-stick atau kuali leper biasa pun boleh.
  • Sapu sedikit minyak dengan tisu dapur untuk permulaan.
  • Guna acuan roti jala dan buat sampai habis.
  • Jika ingin buat warna -warni macam saya tu,bolehlah di bahagi kepada 3 warna.

Khamis, 24 Mei 2018

COCONUT SHAKE

Assalam buat semua..
Hari ini berbuka dengan air Coconut Shake yang menyegarkan.
Segar dari ladang sebab ambil Kelapa pandan muda dari belakang rumah.
Bolehlah buat hilang dahaga seharian berpuasa.
Let's try buat.

COCONUT SHAKE

Bahan-bahan
2 biji kelapa muda-ambil air
isi kelapa muda
susu pekat manis 
3 skop aiskrim vanila
ais kiub
aiskrim vanila

Cara membuatnya

  • Masukkan air dan isi kelapa muda,susu pekat manis,aiskrim vanila dan putar hingga sebati.
  • Tuang ke dalam gelas dan masukkan beberapa ketulan ais.
  • Letak satu skop aiskrim vanila dan sedikit isi kelapa
  • Sedia untuk di minum.