Sabtu, 19 Oktober 2024

KEK CAWAN PISANG CRANBERRY



Assalam buat semua..
Saya buat Kek cawan ini untuk di beri pada jiran yang buat kesyukuran.
Tak dapat nak sumbang tenaga kerana bertugas,saya ganti dengan pemberian ini.
Saya buat versi kurang manis tapi kek nya tetap moist dan sedap.
Let's try baking.

KEK CAWAN PISANG CRANBERY

Bahan A
3/4 cawan mentega cair
1/2 cawan gula perang
1/4 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
300 gm.pisang-dihancurkan

Bahan B
1 dan 3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1/2 cawan Coklat cip
1/2 cawan dry Cranbery

Cara membuatnya
Panaskan oven dan lapik acuan dengan cawan kertas
Kacau bahan A guna whisk
Tambah telur dan kacau lagi hingga bergaul rata.
Tambah pisang,coklat cip dan cranbery
Kacau balik hingga rata dan tambah tepung dan baking soda
Jangan terlebih kacau
Isikan adunan guna scoop kedalam cawan kertas 3/4 penuh
Taburkan sedikit coklat cip dan cranbery diatas permukaan
Bakar pada suhu 150'c hingga masak selama 20-35 minit bergantung pada jenis oven masing-masing.