Jumaat, 28 Oktober 2011

BAHAGIA

Di pagi Jumaat yang mulia ni marilah kita bermuhasabah diri sekejap...

Setiap manusia,Allah bekalkan dengan akal dan tubuh badan serta kekuatan tersendiri.Terpulang pada manusia  itu untuk melihat dan mencari di mana kekuatan yang ada padanya dan menggunakan seluruh kekuatan tersebut.
Manusia memang punya kelemahan,namun dia juga ada kelebihan dan kekuatan dan keistimewaan diri sendiri.
Bahagia bukan pada benda dan apa yang ada.Bahagia itu daripada hati dan cara kita melihatnya. Bahagia juga bukan destinasi tetapi adalah pilihan kita.Jika kita memilih untuk  menjadi bahagia,kita akan bahagia walaupun tanpa kemewahan.
Jika kita memilih untuk tidak merasa bahagia,kita akan merasa malang,walaupun banyak nikmat di sekeliling kita.
Cuba cari kelebihan diri dan gunakan ia sebaik mungkin.Senyum dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada adalah kunci kebahagiaan.Rasulullah berpesan bahawa, hidup orang islam bertuah dan bahagia kerana apabila dia mendapat nikmat,dia bersyukur dan apabila mendapat ujian ,dia bersabar.
Setiap hari jika kita melihat kehidupan orang lain sentiasa baik dan di penuhi gelak ketawa serta keluarga bahagia jangan cuba membandingkan dengan kehidupan kita kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.
Sumber:Datuk Dr.Mashitah-Majalah Wanita
Gambar:Cik Google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan