Ahad, 30 Oktober 2011

BLENDED ORANGE CAKE


As-Salam semua buat pembaca sekelian.Di petang yang damai ini beserta dengan hujan yang tak berhenti -henti semenjak dari pagi lagi, rasa sungguh tenang sekali duduk depan komputer sambil makan kek oren yang sedap ini.wah..bunyi macam jiwang-jiwang pulak...memang pun!
 
Walaupun ia cuma kek kosong sahaja tetapi ia sungguh lembut dan lembab sekali.Pukul 1 petang masak,pukul 2 petang dah tinggal 1/4. Patutlah semasa saya singgah kat mana-mana blog masakan dah ramai orang membuat kek ini.Resipi di ambil dari Blog Yatimemorries.Terimakasih ye di atas resipi kek yang sedap ini buat di makan bersama secawan nescafe.(Adaptasi dari ayat- buat menyapu si airmata).

BLENDED ORANGE CAKE
Bahan-bahan
  • 1 biji buah limau sunkist
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula kastor(saya guna 1 1/2 cawan)
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdt.baking powder
  • 1 sudu besar oren sunquik(pilihan)
Cara membuatnya
  • Ayak gandum bersama baking powder.Ketepikan.
  • Panaskan oven pada suhu 170'c.
  • Cuci buah limau,parut sedikit kulitnya dan potong serta buang biji dan urat putihnya .
  • Potong lagi buah limau kecil-kecil,masukkan ke dalam blender bersama gula dan kisar hingga halus.
  • Putar telur hingga kembang.Tuang bahan yang di kisar ke dalam mangkuk.
  • Tambahkan jus oren sunquik, masukkan minyak sambil di kacau rata.
  • Tuangkan tepung sedikit-sedikit hingga habis sambil di kacau sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas.
  • Bakar pada suhu 170'c selama 40min.-1 jam atau sehingga masak
*cara membuat kek ini telah di olah dari cara  membuatnya yang sebenar.Suka sangat memandai-mandai!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan