Selasa, 18 Oktober 2011

KEK BATIK


 Kek batik menjadi kesukaan anak-anak saya ..tersangat suka sehingga setiap kali di buat tak sempat pun nak di bawa ke tempat kerja,cepat sangat habis.Inilah
satu -satunya kek yang mereka bertiga makan selain dari kek coklat .Dulu-dulu(nostalgia lagi!)masa arwah emak ada ,dia selalu belikan kek ini dalam bulan puasa untuk kakak makan .Masa tu Rm 1.00 cuma 3 keping  dan nipis sahaja.Sekarang ni setelah boleh membuatnya sendiri kerana tak cukup kalau di beli,anak -anak tak mahu makan  yang di beli. Buat sendiri lagi puas makan .
Makan la budak-budak ,mama tolong buat je.

Norliyana Batriesya
Baby Isha pun suka makan Kek batik ni.Sekali makan sampai 2 keping.Habis comot mukanya.Saya menggunakan Biskut marie perasa kopi di dalam resipi ini memandangkan anak-anak juga suka makan Biskut marie perasa kopi.


Kita close -up sikit gambar biar nampak lapisan biskutnya.
Bahan-bahan
  • 350 gm biskut marie
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula @3/4 cawan susu pekat manis
  • 2 sdb.mentega
Cara membuatnya
  • Patah-patahkan biskut marie dan ketepikan 
  • Masukkan gula,air,mentega,milo ke dalam periuk.Kacau sampai gula larut dan akhir sekali masukkan serbuk koko .
  • Telur di pukul sedikit kemudian masukkan ke dalam adunan koko tadi.Kacau sampai rata dan angkat.
  • Masukkan biskut marie ke dalam mangkuk besar kemudian gaulkan dengan adunan koko hingga rata
  • Masukkan ke dalam bekas sesuai dan ratakan.
  • Akhir sekali  alaskan plastik/aluminium foil ke atas adunan dan tekan hingga padat .
  • Masukkan ke dalam peti ais 3-4 jam dan selepas itu bolehlah di potong.
Model baby Isha sedang posing makan kek batik 3 jam selepas itu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan