Sabtu, 22 Oktober 2011

PASTA

Pasta sebenarnya di perbuat dari tepung semolina iaitu sejenis tepung gandum daripada spesis durum(butir gandum yang amat keras,lut cahaya dengan butir berwarna lembut di gunakan untuk menghasilkan tepung suji bagi pembuatan pasta).
Tepung ini mempunyai kandungan protein yang tinggi dan berwarna kuning.Adunan untuk membuat pasta adalah tepung,telur ,minyak dan air.Terdapat dua jenis pasta iaitu yang segar dan kering.Pasta segar adalah basah dan tidak tahan lama dan perlu di gunakan segera.
Pasta kering pula boleh tahan lebih dari dua tahun jika di simpan di tempat kering. Terdapat pelbagai jenis dan nama pasta seperti:

  • Lasagne-nipis empat segi                                            





    • Spageti-seperti mee


        • Fettuccine-tiub dan silinder
                                                               


          •  Fussilli-berpintal





             
             
          • Makaroni-bentuk melengkung


          Kebiasaannya pasta di makan bersama sos.Walaupun hidangan pasta seakan mudah di sediakan namun ada beberapa teknik dan cara memasak pasta
          .
          *Air untuk merebus
          • Air perlulah banyak jika pasta yang di rebus adalah 500gm.gunakan satu liter air untuk merebus.
          • Gunakan periuk yang dalam dan besar agar dapat memberi ruang kepada pasta semasa merebus dan air yang banyak pula dapat mengelakkan pasta daripada melekat.
          • Letak garam dalam air rebusan untuk memberi rasa masin pada pasta dan pasta akan rasa lebih enak di makan bersama sos .
          • Sebelum merebus pasta, pastikan air mendidih kerana pasta yang di masukkan ketika air mendidih akan menurunkan suhu air rebusan.
          • Semasa merebus pasta biarkan pasta lembut seketika barulah di kacau untuk mengelakkan pasta daripada melekat  dan supaya masak sekata  .
          • Jangan terlalu kerap dan kuat mengacau pasta kerana ia akan mudah putus.
          • Untuk mengelakkan  pasta daripada melekat letakkan sedikit minyak semasa merebus terutama pasta seperti spageti dan fettucinne.
          • Setelah menapis pasta,gaulkan dengan sedikit minyak supaya tidak mudah kering dan melekat dan jangan campurkan pasta yang berbeza saiz semasa merebus kerana  tahap kemasakannya tidak sama.
          • Pasta yang di rebus perlu di masak sehingga mencapai tahap kemasakan iaitu teksturnya masih kenyal apabila di gigit.
          • Jika ia di rebus terlalu lama ,pasta anda menjadi lembik.Simpan air rebusan untuk memanaskan pasta yang telah di rebus sebelum anda mencurahkan dengan sos pasta yang panas.
          • Taburkan atas pasta dengan keju parmesan agar lebih membuka selera anda untuk menikmatinya.
          Sumber:dapur Azli Razali
          Gambar:Cik Google

          Tiada ulasan:

          Catat Ulasan