Kek cawan merupakan adunan kek yang di bakar di dalam acuan yang berbentuk cawan.Dengan menggunakan ketuhar dan pemukul kek anda boleh menyediakan kek cawan yang enak.
Bagi menyediakan kek cawan,anda memerlukan bekas acuan kertas yang keras.Sekiranya anda menggunakan kertas acuanyang lembut pastikan anda susun kertas cawan itu dalam bekas yang berlubang yang di perbuat daripada besi supaya bentuk kek cawan tidak senget apabila di bakar.

Sekiranya anda sukakan kelainan pada kek cawan,anda boleh menambahkan perisa dan ramuan tambahan seperti buah-buahan kering,perisa strawberry atau perisa oren.Ini akan membuatkan tekstur dan rasa kek cawan anda berbeza.

Aising ini di perbuat dari krimwell.Namun anda boleh menggunakan aising lain mengikut kesukaan anda.

Sebelum menggunakan aising,bahagikan krimwell yang di pukul dan letakkanlah pewarna mengikut kesukaan anda supaya kek cawan yang anda aisingkan itu lebih kelihatan menyelerakan dengan pelbagai warna dan corak.
Peralatan yang biasa di gunakan untuk kek cawan adalah nozzle dan beg paip.Dengan menggunakan peralatan ini anda boleh menghias atas kek daripada aising dengan pelbagai hiasan seperti bentuk bunga.
Jika tiada peralatan ini anda boleh membeli bahan-bahan hiasan yang sesuai seperti fondant,gula manik atau bunga -bunga tiruan yang boleh di makan.
Buatlah rujukan melalui buku,majalah atau laman sesawang untuk mendapatkan idea bagi mencantikkan lagi hiasan kek cawan anda.Hasilnya nanti pasti akan kelihatan cantik.

Sumber:dari dapur Azli Razali
Gambar:Cik Google
Tiada ulasan:
Catat Ulasan