Sabtu, 3 Disember 2011

CUTI-CUTI MALAYSIA


Cerita dan gambar Hari Pertama.
As-Salam semua...saya nak kongsi cerita berjalan-jalan makan angin minggu lepas .Dah lama buat plan iaitu dari awal tahun lagi.Sebaik sahaja cuti sekolah bermula,anak -anak mula sibuk bertanya bilakah kita semua akan pergi bercuti.Semua dah tak sabar nak berjalan .Ye la bukan selalu dapat  pergi ke mana- mana oleh kerana terikat dengan tugas masing-masing.Kami bertolak pada hari Jumaat pukul 8 pagi dan sampai di Kuantan pada pukul 3 petang.Sepanjang perjalanan cuaca baik-baik saja cuma kadang-kadang hujan sedikit(sebelum tu dah seminggu hujan turun di Kota Bharu).Semasa melewati negeri Terengganu, sesetengah tempat di penuhi air hingga sampai ke tepi jalan ,biasalah musim banjir.Sampai di Kuantan cuaca panas terik.Azim pula , sepanjang perjalanan asyik dok makan -makan saja.Suka sangat la tu sebab dapat makan makanan ringan yang jarang dia dapat makan sebelum ni.Kalau kat rumah dia tak makan makanan ringan,kat atas kereta semuanya di sapu.. boring sangat la tu!.lepas tu,singgah kat Mc D.lagi !beli ayam pula.Hai Azim betul-betul picnic dalam kereta.

Cerita dan gambar hari ke- dua 
                                      
Saya memenuhi permintaan anak-anak untuk pergi ke i-City .Walaupun badan penat dan rasa nak tidur je malam tu, tapi terpaksa kuatkan kaki juga.Seronok bukan main lagi terutama Azim ,semuanya dia nak main-Buaian pusing,Kuda pusing double decker(siap duduk tingkat atas lagi) ,keretapi dan macam -macam lagi.Sampai merajuk -rajuk sebab semuanya dia nak cuba.
Cantik dan hebat sungguh pokok-pokok lampu dengan pelbagai warna yang menarik dan berwarna-warni.Macam dalam taman bunga kristal pula.Kenapa la Syah Rukh Khan tak datang berlakon kat sini.Sesuai la dengan filem dia orang dok menyanyi sambil menari. Filem hantu kita?tak sesuai!!...
 


Saya jadi jurugambar yang betul-betul sibuk malam tu. Tengok mana ada sangat gambar sendiri. Sibuk dok ambil gambar orang.Kami pulang dengan badan yang letih hinggakan kesemuanya tertidur dalam kereta.Yang tinggal hanyalah kenangan untuk di jadikan ingatan bila kamu bertiga dewasa kelak.
Kalau ikutkan hati nak round tempat ini sampai habis,tapi apakan daya dek kerana keletihan kami terpaksa  pulang pada pukul 11 malam.Kesian kat baby Adeeb nanti kena embun!.Bye-bye...
                                       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan