Hari ke -3 kat K-el pagi-pagi lagi kami bersiap untuk ke AQUARIA KLCC.Inilah salah satu tempat yang menjadi permintaan budak 3 orang tu untuk pergi.Mujurlah masa kami sampai orang masih belum ramai lagi.Senang je nak cari parking.
Aquaria KLCC ialah taman dalam air yang terletak di bawah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dalam kawasan pembangunan KLCC.
Meliputi kawasan 60,000 sq ft (6,000 m²) dalam dua aras dengan terowong bawah air sepanjang 90 meter, Aquaria KLCC menempatkan lebih 20,000 hidupan daratan dan air dari lebih 250 spesies berbeza dari dalam dan luar negara. Juga terdapat pondok maklumat interaktif mengenai pemuliharaan hidupan laut, serta kawasan peruncitan bertema seluas 5,000 sq ft (500 m²).
- permandangan di dalam terowong.
Kami melalui satu lorong yang di panggil The stream-creatures of the fresh water.Kat sini tak ambil gambar sebab saya geli. Ada The giant water rat(tikus) yang mengalami obesiti.Apa dia makan agaknya sampai gemuk begitu sekali.Kemudian ruang Jewels of the jungle:the land- bound animals.Kat sini pula ada Asian Small-clawed Otter(memerang),Butterfly life cycle,Beetle(kumbang),Reptilia(ulorr),Amfibia(katak) dan serangga,Coatimundi(Rakun),Frog life cycle dan level pertama tamat di sini.Tempat ini adalah 2 tingkat di bawah tanah..seronok dan amazing tapi scary(saya la).
Kami memasuki ruang bawah yang kedua dan menyusuri tangga turun .Di sini terdapat berbagai ikan yang di letak dalam tempat seperti balang kaca gergasi dan amat tinggi di panggil -The deep forest.Di tengah-tengahnya di letakkan batang pokok besar dan ikan-ikan mengelilinginya.Ikan Arapaima sungguh besar sekali!.
Tempat yang paling seronok tentulah semasa memasuki terowong sepanjang 90 meter yang di panggil The Oceanarium.Kat sini lagi hebat ciptaan manusia dengan keizinan Allah menjadikan tempat ini sungguh mengujakan .Di mana terdapat ikan -ikan dalam laut yang tak pernah kita jumpa sebelum ini .Azim sibuk bertanya sampai saya tak boleh jawab nama ikannya.Kalau tak nak berjalan ia ada Moving travelator,letak je kaki kat sini dan ia akan membawa kita sampai ke hujung tanpa berjalan.Dalam Oceanarium juga ada Sand tiger shark,Marine turtle dan Stingrays.Informer tu cakap saiz hidupan laut kat dalam ni adalah 30 peratus dari yang ada kat dalam laut.Tu pun dah nampak besar sangat.Paus biru dah tentu tak muat.
Hai ..letihnya buat karangan,banyak lagi cerita sebenarnya.Kita akhirinya dengan budak -budak 3 orang tu membeli serta 'membelah' duit kat kedai Atlantis souvenir store.Buat kenangan katanya..haa.. ye la tu. kopak duit lagi!!.tak pe lah anak-anak, sekurang-kurang awak bertiga tidur lena..bye**
Tiada ulasan:
Catat Ulasan