Ahad, 22 Januari 2012

BUN BADAM MANIS


Salam bahagia ..hari ini 22 Januari 2012,sehari sebelum Tahun Baru Cina,jalanraya kat Kelantan ni mengalami kesesakan yang agak teruk juga.Biasanya macam itu lah pada setiap kali musim cuti sekolah dan cuti perayaan.Semua pakat balik kampung.Meriah betul...jalanraya!





Saya buat roti lagi,kali ini roti manis pula .Pada setiap masa roti sentiasa sahaja di buat di rumah ini.Setiap kali buat cuma satu adunan sahaja,cukuplah untuk di habiskan dalam masa 2 hari.Saya menggunakan resipi doh roti Bun bijan manis atas permintaan my bodyguard yang mahukan saya buat roti manis.


BUN BADAM MANIS
Resepi Asal: Tiffin biru.blogspot
Olahan: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Doh (untuk bun manis)
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung
  • 1/4 sdt. bread improver
  • 1/4 sdt. bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gm. instant yeast
  • 20 gm. mentega
  • 125 ml air suam
Untuk Topping
  • 1 biji telor/lebihan telur - dipukul sedikit
  • sedikit gula pasir
  • sedikit bijan(saya guna almond flakes)
Cara membuatnya
  • Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh
  • Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat-bulatkan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 
  • Keluarkan doh, tumbuk-tumbuk doh, bahagi kpd 16 dan bulat-bulatkan doh dan susun dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu. Buat hingga siap.
  • Biarkan doh naik dua kali ganda selama lebih kurang 40 minit.
  • Sapukan doh dengan telur, tabur bijan dan gula pasir.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C (ikut oven masing-masing) selama 20 minit/hingga masak.
**saya meletakkan inti kacang merah di dalam doh roti ini.
Ramai yang menyatakan membuat roti itu sukar dan memerlukan kemahiran. Sebenarnya tidak. Ragi bahan yang mudah digunakan. Kita tidak akan tersalah, asalkan jangan membantutkan ragi dengan mencampurkan cecair panas. Tidak seperti membuat pastri dan kek, yang memerlukan sentuhan perlahan, menguli doh roti memerlukan masa dan tenaga
Ada yg menyatakan doh roti harus dibuat menggunakan cecair suam dan disimpan di tempat panas.. Roti yg dibuat cepat di rumah memanglah baik.Tetapi rasa serta teksturnya kurang baik. Lebih baik doh dibiarkan kembang di tempat sejuk pada suhu bilik, kerana doh yg naik perlahan-lahan akan rasa lebih enak. Ia lembut apabila dikunyah dan tidak mengandungi gelembung udara
~ CHEF WAN(Dari Azlitakitchen)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan