PUDING KEJU
Sumber :Alongroz
Bahan-bahan
- 13g Serbuk agar-agar
- 1 liter Air
- 120g gula
- 3 biji telur
- 120-150g Biskut Cheese - blend halus
- 1 sdb. tepung kastad
- 400ml susu cair
- 200g susu pekat
- 50g mentega
Cara membuatnya
- Masak serbuk agar-agar dengan air sehingga hancur. Kacau selalu.
- Masukkan gula dan kacau sehingga sebati.
- Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dengan tepung kastad.
- Masukkan susu dan kacau sebati.
- Tuangkan ke dalam adunan agar-agar tadi dan tutup api apabila mendidih.
- Masukkan mentega sehingga sebati. Tuang ke dalam tin/acuan dan biarkan sejuk di suhu bilik.
- Sejukkan sebelum di hidangkan.
**Bila dah tuang ke dlm adunan agar-agar, adunan akan jadi pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih.
** Padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sedikit), baru lah dituang kedalam mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang).-Kak Nor secubit garam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan