Selasa, 7 Februari 2012

SWEET ALMOND BUN

Salam bahagia,mari-mari semua, makan roti buatan sendiri.Hari-hari makan roti pun tak apa,janji jangan badan naik seperti roti sudahlah.Saya buat Bun manis badam ini dengan meletakkan inti kacang merah di tengahnya dan di taburkan badam nibs di atasnya.Dohnya pula di letakkan satu-satu di dalam acuan kek cawan.

Doh Asas Roti Manis
Sumber resepi: Rosmarlina @ jintanmanis.com.TQ


Bahan-bahan

  • 300 gm tepung roti
  • 50 gm tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
  • 2 sudu besar mentega/marjerin
  • 180ml susu suam/air suam
  • 2 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil bread improver/ boleh ganti dengan 2 sdb.water roux.
Untuk gliss
Baki telur+2 sudu besar susu segar/air dan beberapa titik madu.


Cara-cara ( Doh Roti)

  • Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah seterusnya(**) di bawah.
  • Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
  • Tip untuk dapat doh yang lembut, ambil plastik bersih dah letakkkan doh di dalam plastik tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik. 
  • Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  • ** Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari,setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  • Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutannya. Selamat Mencuba

**Tip tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan