Saya selalu buat mini piza ini di rumah.Untuk lebih menarik dan sedap bolehlah di taburkan keju mozarella di atas sebelum membakarnya .Saya cuma meletakkan mayonis dan sos cili sahaja mengikut resipi dari kak Yati.tq!!
MINI PIZZA
Sumber:yatimemories.blogspot
BAHAN-BAHAN
- 250 gram tepung roti (high protein flour)
- 50 gram gula halus @ gula kastor
- 1/2 camca teh garam halus
- 10 gm. susu tepung
- 1/4 sdt. bread improver
- 1/4 sdt.bread softener
- 30 gm. telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
- 6 gm. instant yeast
- 20 gm. mentega
- 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
- 10 batang sosej , celur sekejap, tos dan sejukkan
- Mayonis secukupnya
- Sos cili/sos tomato, secukupnya
- Mix. vege secukupnya
CARA MEMBUAT DOH
- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
- Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
- Bulat-bulatkan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
- bila doh sudah mengembang sekali ganda dari saiz asal, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 gm. setiap satu). Ambil satu bahagian, canai dan ratakan.
- Sapukan sedikit sos cili/sos tomato...boleh juga sapukan sos prego. Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
- Tabur mix vege, sosej yg di potong-potong, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonis.
- Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan