Khamis, 7 Jun 2012

TUMIS SARDIN LIMAU PURUT


                                                        
TUMIS SARDIN LIMAU PURUT
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1 tin besar ikan sardin
  • 1 biji lada hijau-buang biji dan potong 
  • 1 labu bawang besar-potong bulat
  • 5 helai daun limau purut
  • 5 ulas bawang putih-di ketuk
  • sedikit garam/jika perlu
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 batang serai-ketuk
  • 2 biji cili padi-ketuk
Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak d dalam kuali dan tumiskan bawang putih,serai dan bawang besar hingga naik baunya.
  • Masukkan sedikit air dan daun limau purut,serbuk lada hitam serta cili padi.
  • Masukkan ikan sardin dan tambahkan sedikit air lagi mengikut kepekatan yang di ingini.
  • Tambahkan lada besar dan masak di atas api perlahan sehingga mendidih.
  • Sesuaikan rasanya(tambah sedikit garam jika perlu) dan bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi putih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan