Sabtu, 7 Julai 2012

SUP SAYUR CAMPUR

Salam bahagia buat semua dan semoga kehidupan anda semua sentiasa mendapat rahmat dari-Nya.Amin.

Sekarang ni saya sedang membaca buku bertajuk -Jom jaguh oleh Dr Hm Tuah Iskandar.Memetik kata-katanya dalam buku tersebut,
jadilah diri sendiri tapi sedikit bagus-"be yourself but a bit better".Begitu juga semasa memasak ,kita perlu menjadi diri sendiri,barulah sesuai dengan citarasa.
Hidangan tengahari ini yang di makan bersama nasi dan lauk ikan ialah Sup sayur campur.Kalau yang tengah berdiet tu(bukan saya!)bolehlah makan sayur ni sahaja.

SUP SAYUR CAMPUR
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 2 batang karot-potong bulat
  • 2 keping tauhu-goreng dan potong nipis
  • 10 ekor udang-buang kulit
  • 1/2 cawan taugeh segar
  • 3 batang daun sup/daun bawang-potong 1/2 inci panjang
  • 1 biji ubi kentang-dadu
  • 1 kiub pati ayam
  • isi dada ayam
  • 2 sudu besar rempah sup
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah.
  • 4 biji cili padi -di ketuk(pilihan)
  • garam/gula secukup rasa
Cara membuatnya
  • Tumbuk bawang putih dan bawang merah hingga hancur.[anaskan sedikit minyak dan tumis bawang hingga naik baunya.
  • Masukkan air secukupnya untuk di buat kuah sup.Tambahkan rempah sup dan kiub pati ayam.
  • Tambahkan karot,ubi kentang ,ayam dan biarkan semuanya empuk.Masak dengan api perlahan
  • Bila kuah mendidih,masukkan cili padi,udang,tauhu goreng  dan masak lagi.Sesuaikan rasanya dengan garam dan gula .
  • Sebelum di angkat masukkan daun bawang/daun sup serta taugeh dan kacau rata.
  • Bolehlah di angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan