Selasa, 25 Disember 2012

DAGING GORENG DAUN BAWANG

Salam bahagia buat semua...

Selama beberapa hari ini saya tidak menulis disini kerana pergi bercuti dengan keluarga di Kuala Lumpur,Pahang dan Terengganu.Banyak plan yang tak jadi,dari plan A sampailah ke plan D!dek kerana hujan, cuma semasa di Kuala Lumpur sahaja panas terik pula.
Entri hari ini adalah daging goreng yang selalu saya buat jika rasa jemu makan daging goreng kunyit.Ia sedap di makan dengan nasi panas.Hujan-hujan begini kalau makan berlaukkan daging goreng ni,pasti menambah nasi lagi!

DAGING GORENG DAUN BAWANG
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 250 gm. daging 
  • 1 biji lada merah-hiris nipis 
  • 1 labu bawang besar-belah dua dan potong separuh bulat
  • 2 batang daun bawang-potong panjang
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • sedikit garam
Cara membuatnya
  • Potong nipis daging dan gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.Perapkan selama 2 jam.
  • Panaskan sedikit minyak dan masukkan daging tadi dan di goreng hingga hampir masak.
  • Tambahkan lada merah,bawang besar dan daun bawang serta gaulkan hingga rata.
  • Sesuaikan rasanya dan bila daging masak,bolehlah padamkan api dan sedia di hidang.

2 ulasan:

  1. Saya pun suka makan daging goreng, selalu goreng dulu, lepas tu tumis semula bubuh kicap & lada putih & tambah kentang goreng... memang sedap!

    BalasPadam