Kek mentega yang amat lembut ini amat sesuai sekali di makan bersama secawan nescafe panas.Ia adalah kek kosong yang tidak di lapisi oleh topping.Menariknya kek ini sebab ada lapisan belang-belang seperti marmar.Resepinya saya tengok kat blog Azlita masam manis.Walaupun kejadian kek ini tidak secantik yang di buat oleh Azlita tapi saya puas hati kerana ia menjadi!..
By: Chef Zubaidah
Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek
Bahan-bahan
- 250 gm mentega
- 200 gm gula kastor
- 4 biji telur
- 290 gm tepung naik sendiri
- 50 gm susu pekat manis
- 100 g susu cair
- 1 sudu besar coklat emulco
- 1 sudu teh kapucino emulco
- 1 sudu teh esen vanila
- Kepingan badam sebagai hiasan
- Panaskan oven pada suhu 150'C
- Sediakan loyang ukuran 8 inci
- Sapukan mentega dan alas dasar loyang dengan kertas kek.
- Pukul mentega dan gula sehingga sebati
- Masukkan telur satu persatu
- Kemudian masukkan susu pekat manis
- Pukul sehingga adunan sebati
- Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan susu cair
- Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung.
- Ambil 1/4 adunan
- Letakkan coklat emulco dan kapucino emulco
- Kacau rata
- Letakkan esen vanilla didalam adunan plain dan kacau rata
- Tuangkan adunan plain ke dalam loyang
- Diikuti adunan coklat kapucino
- Buatkan bentuk marble dengan belakang sudu
- Hiaskan dengan taburan kepingan badam saya letak badam cincang
Nampaknya dapur kita hari ni seharum mentega... kita pun buat kek mentega juga, boleh tukar2 piring ni..he he he ehh
BalasPadamNampak kek yang Amie buat tu mesti menpunyai rasa yang mewah.saya pun nak cuba lah nanti.
PadamCantek la tu... bak nak sepotong
BalasPadamsudikanlah..kita pos ye!hee..hee
Padam