Ikan Kukus Tom yam yang saya gunakan di dalam masakan ini adalah Ikan Cermin yang besar dan muat di dalam bekas tahan panas yang besar ini.Pada mulanya saya ingin memotongnya sahaja menjadi dua keping tapi akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengukusnya seekor begitu.Tak muat sikit kepala dan ekornya dalam pinggan bulat itu!.Boleh juga di tambah sayuran kesukaan.
IKAN KUKUS TOM YAM
Olahan:daridapursuzana
Bahan A
1 ekor ikan besar
5o gm pes tom yam
Bahan B
2 cm. halia
3 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 labu bawang besar
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
*semua bahan di atas di hiris halus
2 batang serai -di ketuk
1 biji tomato-potong enam
1 biji limau nipis-ambil jus
2 tangkai pokok bawang-potong 1 inci panjang
50 gm.pes tom yam atau secukup rasa
garam/gula secukup rasa
500 ml.air
3 helai daun limau purut
1 sudu teh tepung jagung
Cara membuatnya
- Perap ikan dengan pes tom yam selama 20 minit dan kukus selama 15 minit hingga masak.
- Untuk sosnya,masukkan semua bahan B ke dalam kuali dan masak hingga pekat(tambahkan tepung jagung yang di bancuh dengan sedikit air).
- Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan jus limau nipis.
- Apabila kuahnya pekat,tuangkan ke atas ikan tadi.Akhir sekali masukkan tomato.
- Kukus sebentar lagi hingga bahan-bahan meresap ke dalam ikan.
- Hiaskan mengikut kreativiti sendiri dan hidangkan .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan