Ahad, 12 Mei 2013

PUDING MILO LAPIS OREO


 As-Salam buat semua..

Ucapan hari ibu dari Azim.Biasanya saya tidak memberitahu tentang hari ibu kepadanya kerana saya tidak menyambutnya.Tetapi dia ingat rupa-rupanya.Tulisannya di atas sekeping kertas besar membuat saya senyum sorang-sorang!tengoklah apa yang di tulisnya.Banyaknya Azim puji mama,tapi mama rasa satu je yang betul!Yang dia lupa tulis-ibu saya suka tidur!...hee..he.
Ok...kita ke entri masakan pula,kalau boleh nak postkan satu resepi sehari dan hari ini punya banyak masa untuk menulis..(dalam hati ada taman!).
PUDING MILO LAPIS OREO
Sumber:Suriani Osman-facebook/Buku Resepi

Bahan-bahan
10 gm. serbuk agar-agar
750 ml.air
150 gm gula
1 tin susu cair
3/4 cawan milo
biskut oreo-patahkan dua
sedikit garam      saya tambah

Cara membuatnya
  • Masak serbuk agar-agar dengan air sehingga larut.Kemudian masukkan gula dan masak lagi hingga gula larut.
  • Masukkan susu cair ,sedikit garam dan kacau sebati hingga mendidih.Tutup api.
  • Bahagikan adunan agar-agar kepada dua bahagian.Ambil satu bahagian dan di campur milo dan kacau sebati.Satu bahagian lagi di biarkan warna asal.
  • Adunan agar-agar milo tadi di bahagi dua sama banyak.Ambil satu bahagian dan masukkan ke dalam acuan.Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk hingga ia mengeras. sedikit.Goreskan dengan garfu.
  • Seterusnya tuangkan adunan agar-agar warna asal dan taburkan biskut oreo yang telah di patah dua tadi.Biarkan ia mengeras sedikit.
  • Akhir sekali tuangkan adunan milo yang separuh lagi dan masukkan ke dalam peti sejuk semula.
  • Setelah agar-agar mengeras,bolehlah di potong dan hidangkan.
*semasa melapis jika agar-agar membeku,bolehlah di panaskan semula hingga cair.

2 ulasan:

  1. Seronoknya baca coretan anak-anak ye Suzana, ikhlas dari hatinya tu.
    Cantik & kemas puding milo lapis oreo tu... suka sangat tengok!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Amie..berjela2 anak puji kita!.seronok sebenarnya.

      Padam