Rabu, 12 Jun 2013

ROTI BAKAR TUNA BERKEJU

 As-Salam buat semua..
Sudah lama saya tidak menyediakan makanan kudapan ringkas. Sekali buat Roti bakar tuna berkeju ni,sekejap sahaja dah licin di sapu bersih oleh dua orang budak tu.Roti bakar yang rangup dengan inti tuna pasti sedap di makan semasa menonton rancangan kesukaan.Tengok-tengok dah tinggal pinggan....alahai tukang masak sempat makan satu saja!

ROTI BAKAR TUNA BERKEJU
Resepi:daridapurkakyah

Bahan-bahan
roti keping-buang tepi
tuna
sosej- rebus dan potong nipis
cili merah-hiris nipis
telur-di pukul 
serbuk lada hitam
keju mozarella parut
tomato ceri belah 4   saya tambah

Cara membuatnya
  • Nipiskan roti dengan menggunakan penggelek/torak.
  • Masukkan ke dalam petitin atau acuan yang sesuai.Saya guna acuan tart.
  • Tekan sedikit dan biar beralun membentuk seperti bunga.Bakar selama 15 minit dengan suhu 170'C (Saya bakar selama 7 minit).Keluarkan dari oven.
  • Masukkan inti tuna sosej,cili ,telur,lada hitam dan akhir sekali taburkan parutan keju mozarella di atasnya.Hiaskan dengan potongan tomato ceri.
  • Bakar semula di dalam oven selama 20 minit atau sehingga telur kelihatan masak.
  • Keluarkan dari acuan dan hidangkan.

5 ulasan:

  1. Yang bubuh keju itulah yangb tambah sedap!

    BalasPadam
  2. Resepi ni simple je kan. Roti tu time baru kuar dari oven yg best.. Anak2 suka time tu sbb roti tu jadi rangaup.. Tambah2 pula ada cheese tu..Mmg lagi best rasanya..

    BalasPadam