Jumaat, 6 September 2013

COCONUT SHAKE

As-Salam buat semua...
Hari ini nak hidangkan minuman Coconut Shake untuk tatapan siapa yang sudi singgah di sini.Kalau nak try buat sila tengok resepi di bawah.

COCONUT SHAKE
Daridapursuzana

Bahan-bahan
500 ml air kelapa muda
3 sudu besar isi kelapa muda
1 ceduk ais krim vanila
ketulan kiub ais
susu pekat manis-ikut manis yang di inginkan

Cara membuatnya
  • Masukkan isi kelapa muda ke dalam pengisar.
  • Tambahkan susu pekat manis.Masukkan kiub ais,air kelapa muda dan aiskrim vanila.
  • Kemudian kisar hingga sebati.
  • Masukkan ke dalam gelas tinggi dan tambah 1 ceduk aiskrim vanila lagi di atas dan ceri merah untuk hiasan.
  • Sedia untuk di hidangkan.

2 ulasan:

  1. Assalam suzanna
    Femes coconut shake ni kan
    Kat Pilah ada satu kedai jual tp kita lum rasa keenakannya
    Tqq share resepi ye blhlah try nanti

    BalasPadam
  2. waalaikummusalam,mama sara try la buat sendiri,lebih terjamin kesedapan dan kebersihannya!he..hee

    BalasPadam