Khamis, 5 Disember 2013

AYAM BAKAR SOS BARBEKU

As-Salam buat semua..
Tengahari semalam sayabuat Ayam bakar untuk Azim ,sekali dia makan habis satu ketul paha ayam besar ini(ayam potong empat).Saya ingat dia tak suka makan kerana ayam ini di campur dengan sayuran,rupa-rupanya berselera sekali dia makan sampai dua pinggan!.

AYAM BAKAR SOS BARBEKU
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
2 ketul peha ayam yang besar
2 sudu besar sos barbeku
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
1 sudu teh serbuk cukup rasa Maggi
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 batang karot-potong baji
1 biji bawang besar-potong nipis
1 biji ubi kentang-potong dadu besar
garam secukup rasa

Cara membuatnya
  • Perapkan ayam dengan semua bahan dan sayuran serta bawang besar  selama 15 minit.
  • Panaskan oven ke suhu 200'C.
  • Alaskan loyang dengan aluminium foil dan letakkan ayam yang telah di perap bersama sayuran tadi .
  • Bakar di dalam oven selama 1 jam.Di antara masa membakar selama 1/2 jam keluarkan ayam sebentar dan balikkan ke sebelah lagi.
  • Bakar ayam hingga semua air hampir kering.Bila masak hidangkan bersama nasi putih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan