Jumaat, 20 Disember 2013

AYAM MASAK MERAH

 As-Salam buat semua...
Selesai sahaja tugasan malam sebentar tadi saya terus saja ambil sarapan pagi.Kalau kat Kelantan ni sarapan pagi adalah makan nasi dan hari ini saya bersarapan pagi dengan Nasi kerabu ayam bakar dan ikan keli goreng.Best...baru lena tidur!.Resepi hari ini ialah lanjutan lauk untuk Nasi beriani yang saya postkan resepinya semalam iaitu Ayam masak merah.Jom kita tengok resepinya.

AYAM MASAK MERAH
Sumber:gee-hut.blogspot.com/Tq!

Bahan A
1 kg ayam

Bahan B (kisar)
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
20 gm cili kering
2 sudu makan tomato puri
1 inci halia

Bahan C
1 biji tomato-belah empat
1 biji bawang besar-potong bulat
garam dan gula secukup rasa
 sos tomato dan sos cili secukup rasa
1 paket perencah ayam masak merah Maggi      saya tambah
hirisan daun limau purut     saya tambah

Cara membuatnya 
  • Ayam di potong,di bersihkan dan gaul dengan garam kunyit dan di goreng sebentar.
  • Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan-bahan B sehingga garing dan pecah minyak.
  • Masukkan ayam yang sudah di goreng tadi dan gaulkan sehingga sebati. 
  • Masukkan pula bahan C dan biarkan hingga mendidih .
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa yang di inginkan.
  • Sedia untuk di hidangkan.

2 ulasan:

  1. Cantik ayam masak merahnya tu... menggamit selera bila melihatnya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amie terliur ya..sila lah menjamu mata,nak jamu selera jauuuh...

      Padam