13 Disember 2013..
Percutian kami di penghujung 2013 yang terakhir dalam tahun ini.Banyak sangat berjalan sampai semua cuti tahun saya tak berbaki lagi.Hari pertama di Simpang 3 Karangan,Kedah kerana menghadiri kenduri kahwin.Hari seterusnya di Pulau Pinang
14 Disember 2013..
Hari kedua di Simpang 3 karangan,Kedah kerana menghadiri kenduri kahwin Shahila Anis(kanan) dan Syafiqah(kiri) pada Sabtu,14 Disember 2013.Lauk kenduri orang Kedah yang best!..Kurma telur,Kari nangka,Acar buah,Gulai daging dengan umbut batang pisang!.
15 Disember 2013..
Hari ketiga dan keempat di Pulau Pinang,kali pertama bercuti di Pulau Pinang,anak-anak paling suka,kami pun ....Akhirnya dapat juga merentasi jambatan terpanjang di Malaysia(13.5 km) dan keempat di Asia.
16 Disember 2013..
Akhirnya sampai di Bukit Bendera,umur dah dekat separuh abad baru dapat menjejakkan kaki di atas Bukit Bendera.Puncak Bukit Bendera mempunyai suhu yang dingin dan permandangan yang indah dan nyamannya di atas bukit.Takut dan berdebar-debar naik train ke atas bukit yang tingginya 830 meter.
Train penuh sampai kena berdiri semasa naik dan juga semasa turun..
Disini kita boleh melihat ke bawah dan boleh nampak seluruh Pulau Pinang.
Kat Padang Kota,Georgetown yang mengadap ke laut.Di sini ada bangunan bersejarah-Fort Cornwallis,tinggalan British-tempat Kapten Francis Light mengibarkan bendera Union Jack.Di sini juga ada makanan hawker's street seperti Pasembor,Nasi Kandar,Cendol dan Laksa.
Akhirnya sampai juga kat Pesta Pulau Pinang..murah-murah barang kat sini.
Happy Ending...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan