Kuih belimbing adalah kuih dulu-dulu yang berasal dari Terengganu. Biasanya ia disalut dengan air gula kalau ikut resepi dulu-dulu tapi sekarang ni di buat dengan menyalutnya dengan gula kastor.Saya pula,buat plain sahaja kerana adunannya sedang elok manis untuk lidah saya.Orang lain buat bentuknya elok sahaja,saya punya bengkang-bengkok...he..hee.
KUIH BELIMBING
Sumber:Hana memorries.Thanks
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu makan marjerin/mentega
1 sudu makan gula
1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya
- Didihkan air,gula marjerin dan tambahkan esen vanila.Tutupkan api.
- Masukkan tepung gandum dan kacau cepat-cepat dengan senduk kayu.
- Pukul telur sebentar dan masukkan ke dalam adunan tepung dan kacau sebati.
- Panaskan minyak seukupnya dan masukkan adunan tadi ke dalam piping bag dengan nozzle bintang.
- Picitkan aduan ke dalam minyak dan potong setiap 5 cm.
- Goreng hingga kekuningan dan angkat
- toskan minyak dan taburkan gula kastor.Sedia untuk di hidangkan.