Ahad, 17 Ogos 2014

BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE

As-Salam buat semua...
Macam ni la jadi kalau hati tengah tak tenang tapi nak juga buat kek.Hasilnya nampak seperti dalam gambar.Cooking with soul la sangat kan,tak dak soul la ni!.sememeh saja..Biarlah dah jadi,bukan nak jual pun,nak makan sendiri saja  he..hee.Letak juga resepi yang panjang berjela ni untuk tatapan semua,mana tau lain kali nak buat lagi.

BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE.
Sumber:Azlita masam manis.

Bahan A
30 gm serbuk koko
1/2 cawan air panas
1 sudu teh coklat emulco
4 biji kuning telur
100 gm gula halus
130 gm tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan minyak masak
1 suud teh esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
1/4 sudu teh krim of tartar
65 gm gula halus

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 180'c.Sediakan loyang ukuran 8 inci.
  • Lengserkan dengan mentega dan lapik dasar loyang dengan kertas kek.Ketepikan.
  • Campurkan tepung,soda dan baking powder kemudian di ayak.Ketepikan.
  • Larutkan serbuk koko dan coklat emulco bersama air panas.Ketepikan.
  • Dalam bekas berasingan campurkan kuning telur,gula halus,bahan tepung yang telah di ayak,minyak dan esen vanila.Kacau rata
  • Kemudian masukkan larutan koko tadi dan sebatikan adunan.Ketepikan.
  • Dalam bekas pemutar,putarkan putih telur dari bahan B hingga berbuih.
  • Tambahkan cream of tartar dan gula dan putar dengan speed laju hingga kembang,kaku dan bertanduk.
  • Ambil 1/3 adunan bahan B dan kaup- balik dalam adunan dari bahan A(adunan koko).
  • Tuangkan baki adunan dan kaup balik rata.
  • Tuangkan adunan dalam loyang dan bakar dalam oven dengan suhu 180'c selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna.
**kek ini juga boleh di bakar dengan kaedah steam bake.
  • Bila kek sudah masak,sejukkan di atas redai.Potong kek yang telah sejuk kepada 3 kepingan.Ketepikan.
CHOCOLATE MOUSSE
Bahan-bahan
250 gm krim putar bukan tenusu/non diary whipping cream
50 gm serbuk koko
80 gm gula halus
1 sudu besar nescafe atau mocha paste
1 sudu besar gelatine
4 sudu besar air panas

Cara membuatnya
  • Sementara itu satukan air panas dan serbuk gelatine.Kacau rata.
  • Dalam bekas pemutar,putar krim hingga kental ,tambahkan serbuk koko,gula dan mocha paste.Pukul dengan kelajuan perlahan.
  • Akhir skali masukkan larutan gelatine.Kacau rata.
CHOCOLATE GANACHE

Bahan-bahan
150 ml krim tenusu/diary whipping cream
20 gm sirap glukos
260 gm dark chocolate-hiris halus
20 gm mentega
1 sudu teh esen vanila
1 sudu makan paste almond atau 1 sudu makan nutella-jika suka
1 sudu teh paste oren atau sunquick-jika suka

Didihkan krim dan sirap glukos
Tuangkan dalam bekas yang berisi dark chocolate
Kacau rata hingga larut sepernuhnya
Tambahkan mentega,esen vanila,paste almond atau paste oren dan gaul rata.

Kaedah penyediaan

pisang secukupnya-belah dua
air nescafe-untuk melembapkan kek .
ganache coklat secukupnya

letakkan sepotong kek span coklat atas lapik kek.Lembapkan sedikit dengan air nescafe.
Letakkan mouse coklat dan ratakan.
Susunkan potongan pisang di atsnya dengan kemas.
letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang sama hingga habis 3 lapis.
Salutkan keseluruhan kek dengan coklat  mousse dan simpan dalam peti ais hingga mengeras.
Bila dan mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan coklat ganache dan hias mengikut kreatuviti masing-masing.

2 ulasan:

  1. yang penting rasa kek tetap sedap kan kak walaupun deko simple

    BalasPadam
  2. wah mengancam lah su teruja akak tengok..

    BalasPadam