Kek oren kepingan badam yang terhasil ini adalah kek mentega kosong yang berperisa oren.Ia gebu dan moist sahaja.Buat makan-makan waktu petang bersama secawan nescafe.Saya bakar dalam loaf pan kerana keknya pun kecil sahaja.
KEK OREN KEPINGAN BADAM
Resepi:Nurul Asyikin Boinan/Majalah Saji November 2014.thanks.
Bahan-bahan
160 gm tepung naik sendiri
130 gm mentega
100 gm gula castor saya letak 90 gm
2 biji kuning telur
1 biji oren-parut kulit
1/2 sudu kecil esen oren
25 ml susu cair
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar jus oren
Bahan B
2 biji putih telur
25 gm gula kastor
1/2 sudu kecil krim tartar
Bahan hiasan: sedikit kepingan badam
Cara membuatnya
- Panaskan ketuhar pada suhu 175'c .
- Putar mentega dengan gula hingga kembang dan gebu.
- Masukkan kuning telur dan putar lagi seketika.
- Sebaik adunan sebati,masukkan susu pekat manis.
- Kemudian masukkan parutan kulit oren dan esen oren,gaul hingga sebati.
- Selepas itu,masukkan tepung naik sendiri dan jus oren,secara selang -seli lalu di pukul hingga adunan bergaul rata.
- Di dalam bekas lain,satukan kesemua bahan B iaitu putih telur,gula kastor dan krim tartar.
- Pukul hingga putih telur kembang dan gebu.
- Kemudian satukan adunan putih telur dengan adunan tepung tadi.Gaul rata.
- Alaskan loyang menggunakan kertas minyak.Tuangkan adunan kek ke dalam loyang.
- Akhir sekali taburkan dengan kepingan badam cincang.
- Bakar di dalam ketuhar selama 45 minit hingga masak /bergantung pada ketuhar masing-masing.
Erm..Mesti kek ni sedap dan masa bakar tu harum semerbak dgn wangi Oren..lma wana x bt kek Oren..nak sket Kak??:)
BalasPadamnanti kak su postkan dengan belon..haa..haa
BalasPadam