Kek cawan untuk waktu senggang makan tengahari buat anak-anak.Saya buat pada hari tidak bertugas.Isi siap-siap dalam bekas dan letakkan sahaja di atas meja makan.Kalau letak dalam peti ais tak sapa pun buka bekas tu dan ambil makan kek cawan..macam tu lah selalu,makan yang nampak depan mata sahaja...taktik nak suruh cepat habis!nanti boleh try buat resepi kek cawan yang lain pula.Kalau sedap sangat,..repeat order sekali lagi.Let's try baking
ULTIMET COCOLATE CUPCAKE
Sumber:PATY'S KITCHEN ..thanks
Bahan-bahan
90 gm chocolate masakan
1/3 cawan serbuk koko
3/4 cawan kopi panas
3/4 cawan tepung roti/tepung gandum
3/4 cawan gula kastor saya guna 1/2 cawan
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
6 sudu besar minyak sayur
2 sudu teh cuka
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya
- Panaskan oven ke 170'c.
- Alas acuan muffin dengan acuan kertas kek cawan.Ketepikan.
- Masukkan coklat dan serbuk koko ke dalam mangkuk dan tuangkan kopi panas(saya double boil dulu coklat).
- Kacau sampai coklat cair dan licin.Simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.
- Sementara itu,gaulkan tepung,gula,garam,soda bikarbonat dalam mangkuk dan ketepikan.
- Setelah 20 minit,ambil adunan coklat tadi dan masukkan telur,minyak sayur,cuka dan esen vanila dan pukul hingga rata dan licin.
- Masukkan bahan tepung dan kacau rata .
- Sudukan adunan dalam acuan muffin beralas tadi sebanyak 3/4 penuh dan bakar selama 17-20 minit atau sehingga masak.
- Keluarkan dan sejukkan.Hias dengan frosting pilihan.
Bahan-bahan asas
80 gm butter
250 gm creamwell
1/2 cawan gula aising
1/4 cawan golden sirap
saya tambah
1 sudu kecil Mocha paste atau
1 sudu kecil serbuk nescafe
Potong butter kecil.
Kemudian satukan butter bersama creamwell dan pukul hingga kembang dan putih
Masukkan gula aising ,golden sirap,mocha paste/serbuk nescafe ke dalam butter yang telah dipukul kembang tadi.
Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula hingga bercampur sebati.
Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.
3 ounces chocolate,
dihiris ( 90 g) ⅓ cawan cocoa powder ¾ cawan kopi panas ¾ cawan tepung
roti (tepung biasa pun bole) ¾ cawan gula ½ sdt garam ½ sdt baking soda 6
sdb vegetable oil 2 biji telur 2 sdt cuka 1 sdt vanilla Copy and WIN :
http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
3 ounces chocolate,
dihiris ( 90 g) ⅓ cawan cocoa powder ¾ cawan kopi panas ¾ cawan tepung
roti (tepung biasa pun bole) ¾ cawan gula ½ sdt garam ½ sdt baking soda 6
sdb vegetable oil 2 biji telur 2 sdt cuka 1 sdt vanilla Copy and WIN :
http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
3 ounces chocolate,
dihiris ( 90 g) ⅓ cawan cocoa powder ¾ cawan kopi panas ¾ cawan tepung
roti (tepung biasa pun bole) ¾ cawan gula ½ sdt garam ½ sdt baking soda 6
sdb vegetable oil 2 biji telur 2 sdt cuka 1 sdt vanilla Copy and WIN :
http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Salam... saya kurang sikit pasal kek nih sebab manis... takleh tahan manis manis tapi saya suka template nih... mana dapat template nih... cantik betul... macam saya nak tiru jer.. hehehe
BalasPadamsilakan tiru,tak kisah pun.template ni dapat kat photoscape.
Padamerm, yummy..sedap ni makan kak su :)
BalasPadam