Popia kentang ni walaupun nampak simple sahaja tapi lama juga nak menyiapkannya.Di kala mood saya yang dah semakin baik sekarang ni semangat juga nak habiskan menggulungnya.Saya buat agak banyak juga,sebahagian di goreng dan sebahagian lagi di simpan kat freezer sahaja,boleh di goreng bila -bila masa saja atau masa tetamu datang nanti.Sebelum hilang mood yang dah sedikit baik ni,mari kita tengok resepinya.Kata-kata semangat untuk hari ini..Bahagia itu bukan bererti memiliki semua yang kita cintai..bahagia itu mencukupi semua yang kita miliki.
POPIA KENTANG
Sumber:Dari Dapur CT Thanks
Bahan-bahan
5 biji ubi kentang-rebus empuk,buang kulit dan lecek halus
1 biji bawang besar-cincang halus
2 ulas bawang putih-cincang halus
1/2 sudu teh serbuk lada putih
secubit serbuk lada hitam kasar
3 keping daging ayam burger saya guna daging cincang
3 tangkai daun sup -cincang halus
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak masak untuk menumis
kulit popia secukupnya
minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.Masukkan lada putih dan lada hitam,kacau seketika.
- Masukkan daging cincang dan masak hingga air kering.Perasakan dengan sedikit garam(saya tidak menggunakan garam tetapi menggantikan dengan serbuk cukup rasa).
- Masukkan kentang lecek(saya dadu kecil).Kecilkan api dan gaul rata kesemua dan tutup api.
- Akhir sekali masukkan daun sup.Gaul rata dan sejukkan seketika .
- Sediakan kulit popia,isikan intinya di tengah dan gulung kemas.
- Goreng dengan api sederhana hingga perang keemasan.
- Angkat dan toskan di atas paper towel.
- Hidangkan dan boleh di makan begitu sahaja atau di cicah dengan sos pilihan.
Sos popia
5 biji cili merah-belah dua buang biji
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil cuka
secubit garam
gula scukupnya
air masak
Cara membuatnya
- Masukkan semua bahan di atas ke dalam blender dan kisar hingga halus .
- Boleh juga jika ingin di masak di atas api sebentar hingga mendidih sedikit.
- Letak sedikit garam dan gula sesedap rasa,kacau sebentar dan angkat.
- Hidangkan bersama popia goreng ketika masih panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan