As-Salam buat semua..
Sekarang ni masa nak hilangkan stress,tulis resepi dan tengok gambar kek boleh juga tenangkan jiwa!..selalu saja sekarang ni saya pulang lewat selepas habis masa bertugas kerana menunggu anak-anak pulang dari sekolah,rasa stress jugak sebab panas dan letih..kalau pulang ke rumah dulu malas pula nak keluar lagi akhirnya saya duduk saja di hospital.
Satu lagi kalau nak hilangkan stress tu,masa balik saya pandu kereta laju-laju tapi bukan macam dalam movie fast'n'furios tu!.why jadi begini,entahlah!.
Kek di atas telah di olah menjadi Kek cawan.Resepi sebenarnya adalah Orange chocolate chip pound cake.Mudah sikit nak makan.Anak-anak lebih suka kek cawan berbanding dengan kek yang di potong.Let's try baking...
ORANGE CHOCOLATE CHIP CUPCAKE
Sumber:Noor Abdul Rahim/Buku resepi.com.thanks
Bahan-bahan
3/4 cawan butter(185 gm)
1 cawan gula halus saya guna 1/2 cawan
3 biji telur saiz besar
1 1/2 cawan tepung gandum-di ayak
3/4 cawan dairy whipping cream-suhu bilik
1 1/2 sudu kecil orange paste
3/4 cawan chocolate chip
Cara membuatnya
- Pukul butter hinga berkrim kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil di pukul hingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil adunan di pukul .
- Masukkan 1/2 cawan tepung gandum dahulu sambil di gaul cara kaup-balik.
- Masukkan setengah krim ,gaul rata.
- Masukkan 1/2 cawan tepung gandum lagi dan di gaul rata kemudian baki cream,di gaul rata.
- Akhir sekali masukkan orange paste dan coklat chip.Gaul rata.
- Tuang adunan ke dalam acuan kertas kek cawan.Saya taburkan coklat urai di aatsnya sebagai hiasan.
- Bakar di dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 170'c sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
namp sedap je Su mesti wangi ni sbb ada paste orange tu boleh try ni
BalasPadamsedap la Kak Noor sebab rasa oren lagipun ada krim putar di dalamnya.
Padam