Kali pertama cuba membuatnya,ia kena dengan selera saya mungkin kerana saya peminat pasta.Kali pertama juga makan pasta perasa manis not bad jugak lah sebab ia sedap.Selalunya makan yang jenis savouri sahaja.Sukatan pula boleh di buat bergantung kepada keperluan kita.Let's try buat..
MAKARONI FRUIT SALAD
Sumber: mybakingworkshop.blogspot. thanks
Bahan-bahan
1 bungkus makaroni
470 ml mayonis
1 kotak cheddar cheese-potong kiub kecil saya parut
1/2 tin susu pekat manis
1 tin buahan campuran-toskan airnya
1 tin nata de coco-toskan airnya
sedikit kismis
sedikit gajus /kacang panggang
Cara membuatnya
- Rebus makaroni hingga lembut dan toskan airnya.
- Dalam mangkuk besar,masukkan semua bahan-bahan yang lain dan gaul sebati.
- Kemudian masukkan makaroni dan gaul rata.
- Sejukkan sebelum di hidangkan.
- Akhir sekali,saya taburkan cheese parut .
Sedapnya nampak, memang wajib cuba ni!
BalasPadamBtw, Selamat Hari Raya in advance buat tuan blog ye :)
memang sedap,thanks dengan ucapan hari raya yang advance tu..
Padam