Isnin, 27 Julai 2015

PENGAT BUBUR GANDUM

 As-Salam buat semua..
Dalam  tak nak makan manis-manis tu,saya terbuat juga pengat bubur gandum ni.Versi yang saya buat ni sudah dikurangkan manisnya.Macam tu lah hanya tinggal janji sahaja.Lagi pun bukan selalu(memujuk selera) yang sebenarnya teringin!..Let's try masak.

PENGAT BUBUR GANDUM
Sumber:Majalah Saji/Ramunah Mohd Said.thanks.

Bahan-bahan
2 cawan santan
1 ketul gula melaka
2 cawan air
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir/ikut manis sendiri
sedikit garam
daun pandan

Cara membuatnya
  • Didihkan air bersama daun pandan dan gula.
  • Sementara itu bancuhkan tepung gandum dengan sedikit air.Jangan biarkan bancuhan tepung anda cair.
  • Setelah air mendidih,cekup adunan tepung dengan jari dan cucurkan ke dalam air mendidih tadi.Jika ia melekat pada jari anda,celupkan jari ke dalam air.Saya menggunakan piping bag,yang di potong sedikit di hujungnya.
  • Setelah adunan habis,tuangkan santan ,gula melaka dan sedikit garam .
  • Biarkan ia mendidih tapi perlu di kacau sentiasa.

2 ulasan:

  1. assalam kak su,

    wana datang beraya kat sini..maaf lama wana tak jalan2 sini..sibuk sangat sebelum ni..

    salam aidilfitri dan maaf zahir batin dari wana ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Wana,kak su pun mengucapkan selamat hari raya buat Wana yang jauh di mata...

      Padam