Setiap kali masak ketam,hanya dua ekor sahaja yang saya masak kerana hanya Abang Amzar seorang sahaja peminatnya di rumah ini.Kalau buat banyak-banyak pun tak ada siapa yang akan menghabiskannya.Resepinya dari azlitamasammanis Thanks.Let's try masak
KETAM MASAK CILI
Bahan-bahan
4 ekor ketam - cuci bersih,buang bahagian yang tidak perlu dan toskan
1 batang serai di titik
3 sudu besar sos cili
garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun ketumbar- dihiris
Bahan kisar
15 tangkai cili kering - rendam dan kisar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit belacan - jika suka
Cara membuatnya
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga harum dan pecah minyak.
- Tambahkan air jika terlalu kering.
- Masukkan serai dan sos cili.
- Masak hingga kuah pekat.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan ketam dan biarkan ketam masak dan empuk.
- Taburkan hirisan daun ketumbar.
- Tutup api dan hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan